Tuesday 1 November 2011

Thursday 7 July 2011

Ulasan Video Kebiadapan Pekerja KFC





Isu hangat tentang kebiadapan pekerja KFC sedang berlegar-legar di ruang internet tanah air. Bloggers pun mengambil peluang ini untuk menyuarakan pendapat masing-masing tentang perkara ini. Sesungguhnya, terlalu ramai yang sakit hati setelah menonton kedua-dua video di atas. Selepas satu, satu lagi video yang keluar. Mungkin selepas ini akan ada lagi video baru.

Kebiadapan pekerja tersebut amat memalukan dan menyakitkan hati. Makanan yang dijadikan darah daging diperlaku sedemikan hina untuk keseronokan. Keseronokan jelas terpancar apabila kita dapat dengar sendiri mereka gelak terkekeh-kekeh. Seronok melakukan pengkhianatan!

Apa yang memalukan, seperti yang kita tahu, mereka itu berbangsa Melayu, dan Melayu adalah sinonim dengan Islam. Mereka telah memalukan bangsa Melayu, dan secara tidak langsung telah memalukan agama Islam. Lihat, betapa besarnya pengkhianatan mereka terhadap Islam! Walhal, Nabi Muhammad SAW adalah seorang pekerja yang sangat amanah dan berbudi pekerti mulia.

Apa yang pasti, inilah kerosakan dan kebejatan yang berlaku tatkala Islam tidak didaulatkan dalam kehidupan. Umat manusia tidak dididik untuk beramanah. Sekalipun kita tidak terdaya untuk 100% amanah, di mana rasionalnya membuat perlakuan keji seperti yang dipaparkan dalam video di atas? Sistem pendidikan hari ini jelas mempamerkan kegagalan. Sekolah yang menjadi barisan terawal dalam proses pentarbiyahan dilihat secara umumnya, gagal untuk mencetak generasi yang takutkan Allah. Bahkan, lahir generasi yang berani melanggar amanah, lalu dengan berani pula merakam aksi-aksi khianat tersebut. Pekerja-pekerja lain juga tidak menghalang tindakan tersebut. Tetapi cukup sekadar bertanya, "buat apa tu?". Hakikatnya, mereka juga bersubahat dengan pengkhianat itu.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." [TMQ Al-Anfaal(8): 27]

Imbas kembali peranan Nabi SAW dalam membantu dan mengembangkan perniagaan Saidatina Khadijah RA. Baginda SAW adalah seorang pekerja yang teramat-amat jujur. Satu sen pun tidak pernah dicuri oleh Baginda SAW. Kebijaksaan insan ini juga telah menyebabkan perniagaan Saidatina Khadijah RA berkembang maju. Inilah contoh tauladan terbaik. Tetapi sayang seribu kali sayang. Pekerja-pekerja KFC yang celaka itu sangat berani melanggar amanah dan menghina rezeki Allah SWT.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., ia berkata (maksudnya), "Suatu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan kami, dalam khutbahnya beliau berkata, "Tidak ada iman bagi yang tidak memiliki sifat amanah. Dan, tidak ada agama bagi yang tidak menepati perjanjian"." (Shahih, Ahmad [III/135, 154, 210 dan 251], al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah [38], Ibnu Hibban [194], al-Baihaqi [IV/97, VI/288 dan IX/231], al-Qudha'i dalam Musnad asy-Syihaab [848, 849 dan 850])

Apapun, kita tidak seharusnya menghukum KFC secara keseluruhan. Bukan semua pekerja mereka celaka seperti pekerja-pekerja dalam video itu. Apa yang diharapkan, pihak KFC mengambil langkah-langkah yang proaktif lagi Islami untuk membendung masalah ini. Diharapkan juga, KFC dapat menyediakan makanan yang halal lagi baik.

rupa - rupanya aku orang bertuah dapat 'present' ni,,,
dah serata dunia glamour,,,
orang lain kene berebut nak beli,,,
tapi aku dapat free jer,,,
terima kasih kepada pemberi tu,,,



mY BiRThDay PrESenT


hadiah besdayku,,,
entah siapa yang bagi,,,
aku pun heran,,,
tapi apa2 hal aku mekasih sangat2 yang bagi kat aku,,,
hadiah yang paling termahal,,,
passport ni serata dunia boleh bawak,,,
rinduku pada rasul bukan kepalang,,,
cintaku pada perjuangannya amat mendalam,,,
thank you so much to my "sahabat" because give the present for my birthday...
jazakallahu khairo kathiro...

Thursday 30 June 2011

CinTA LePAs NiKaH,,


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ..السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Engkau bila nak kahwin ni?”. Tanya seorang kawan apabila aku membuat panggilan setelah lama tidak berjumpa.


“Aku? haha.. mungkin lambat lagi. Belajar pun belum habis.” Aku membalas dengan nada lucu, terdengar juga dia ketawa dicorong suara telefon bimbit.


“Kahwin la cepat-cepat, boleh dapat anak cepat. hehe.. “. Kawan aku membalas dengan suara seperti mencabar.

Sesi perbualan panjang, bersembang itu dan ini. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa.

Dalam Islam amat menitik beratkan tentang berkahwin ini, dan meletakkan hukum-hukum bagi seseorang individu. Hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan atau peribadi seseorang. Anda perlu ingat, hukum berkahwin adalah tidak sama bagi setiap individu dan akan berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Contoh, hukum berkahwin adakalanya menjadi wajib bagi individu pertama, manakala menjadi sunat bagi individu kedua. Adakalanya boleh menjadi makruh, atau haram jika berkahwin.


Hukum berkahwin

Pertama : Wajib – seseorang itu wajib berkahwin jika sudah mempunyai kemampuan dan kesanggupan serta memenuhi syarat untuk berkahwin. Nafsu dan kehendak batin memuncak dan mendesak serta ditakuti terjerumus ke lembah perzinaan. Penzinaan boleh membawa kepada dosa dan memudharatkan kehidupan manusia. Perbuatan zina merupakan dosa besar dan diwajibkan hukuman sebat atau rejam sampai mati.

Kedua : Sunat – Apabila kemahuan batin dan nafsu mendesak, namun dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan zina atau perbuatan lain yang haram seperti homoseks, lesbian dan seumpamnya. Dia juga mampu dari segi zahir dan batin. Dalam keadaan ini, disunatkan untuk berkahwin. 

alangkah indahnya hidup bercinta selepas akad yang sah,,,


Impianku menjadi suami soleh,
mencintai, mengasihi zaujahku selepas Allah dan RasulNYA.

Wednesday 29 June 2011

aNTra BeNAr AtaU PaLSu

Bismillah
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU 1
Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. GunaPhotoshop..
Jadi.. Mana yang  ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.
** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?  Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **
Untuk menerokai keadaan lebih jelas di sekitar Masjid Al Aqsa dan Qubbatul Sakhra serta melihat keadaan sebenar di bawah Batu Terapung seolah-olah anda berada di Palestine sila klik di sini.
Terima kasih buat antum semua yang sudi menziarahi halaman Qhazanah, ada buah tangan menanti. Dapatkan wallpaper sempena menghayati sejarah Isra’ Mikraj.Sila klik di sini
P/S: Anda mungkin ada pengalaman ke bumi Palestine.. Kongsikanlah bersama kami..
Buat anda yang berminat untuk meraih pendapatan Ramadhan ini dengan Qhazanah; Intipati Lebih Asli Dengan  Gabungan 10 Makanan Sunnah, sila klik di sini.
Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;
Topblogs @ iLuvislam
Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..

AMANAH SEBUAH KEPIMPINAN - IMAM AS SYAHID HASSAN AL BANNA -

Amanah Sebuah KePEMIMPINan

Suasana telah mengkehendaki kita untuk kita berada dalam generasi yang umatnya berebut-rebut dan bertarung untuk kekal dengan begitu sengit dan kemenangan sentiasa diperolehi oleh sesiapa yang mempunyai kekuatan. Begitu juga suasana mengkehedaki kita supaya menghadapi kesilapan yang lampau dan menelan kepahitannya. Adalah menjadikewajipan ke atas kita untuk memperbaikinya dan membalut keretakan serta menyelamatkan diri kita, anak-anak kita, mengembalikan kemuliaan, keagungan, menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita.

Begitu juga suasana mengkehendaki kita mengharungi gelombang zaman perpindahan yang bergelora, yang mana rebut pemikiran, aliran-aliran kejiwaan, keinginan-keinginan peribadi yang mempermainkan indivodu, umat-umat, kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan dunia amnya. Bahkan menyebabkan fikiran menjadi tidak keruan, jiwa menjadi tidak tenang- ibarat seorang kapten kapal berdiri di tengah-tengah gelora mencari dan meneliti jalan dalam keadaan gelap gelita. Segala petunjuk/ tanda-tanda yang dapat dijadikan panduan telah kabur dan hilang. Di atas setiap kepala jalan terdapat seorang penyeru yang menyeru kepadanya dalam malam yang pekat dan kegelapan yang bertimbun-timbun, sehingga tidak didapati satu perkataan yang dapat digambarkan dengannya tentang kejiwaan umat dalam zaman yang seperti ini lebih baik dari perkataan “huru-hara”. Begitulah yang dikehendaki dari kita oleh suasana supaya kita berusaha untuk menyelamatkan umat dari bahaya yang mengelilingi mereka dari setiap penjuru”.

*Imam As-Syahid Hassan Al-Banna*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...