Friday 29 November 2019

PENDIDIKAN

" Education is the most powerful weapon which you can use to change the world" (Nelson Mandela)


Berdasarkan kenyataan diatas betapa pentingnya pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Hanya dengan ilmu manusia itu mampu untuk mengubah diri, masyarakat dan juga negara. sesungguhnya negara yang berjaya ialah yang berjaya mengangkat bidang pendidikan kearah yang terbaik. Sebagaimana dalam firman Allah SWT "Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadilah : 11).

Mengenai ayat di atas, diterangkan dalam Tafsir Ibn Kathir bahawa Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa Abu At-Tufayl `Amir bin Wathilah berkata bahawa Nafi` bin `Abdul-Harith telah bertemu Umar bin Al-Khattab semasa berada di wilayah `Usfan. Umar telah melantik Abu At-Tufayl menjadi Amir di Mekah. Umar bertanya kepada beliau,“Siapakah yang telah anda lantik sebagai Penolong bagi (mengatur urusan) penduduk di lembah itu (Mekah)”. Amir berkata, “Aku telah melantik Ibn Abza, seorang daripada hamba-hamba yang telah kita merdekakan sebagai penolongku”. Umar berkata lagi, “Engkau telah menjadikan seorang hamba merdeka sebagai Amir mereka semasa ketiadaanmu?!”. Amir menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dia telah menghafaz Kitab Allah dan dia mempunyai ilmu mengenai harta pewarisan di samping berupaya menjadi seorang hakim yang berwibawa”. Kata Umar, “Sungguh, Nabimu telah bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat suatu kaum kerana kitab ini (al-Quran) dan merendahkan kaum lainnya dengannya” [HR Muslim].Hadis ini sesungguhnya menerangkan mengenai keutamaan orang-orang yang berilmu.

Dalam Sunan Abu Daud pula ada diriwayatkan bahawa Abu Ad-Darda berkata,“Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredaan kepada penuntut ilmu. Orang yang berilmu akan dimintakan maaf oleh penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut. Kelebihan seorang alim di bandingkan dengan ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak”.Secara bahasa, ‘ulama merupakan bentuk jamak dari kata ‘alim yang bererti orang yang berilmu.

Secara syarie, Allah S.W.T dan RasulNya telah menjelaskan pelbagai sifat dan ciri-ciri orang yang layak disebut sebagai ‘ulama.Ulama adalah orang-orang yang merupakan lambang iman dan harapan umat, memberikan tunjuk ajar dengan hanya berpegang kepada syariat Islam. Mereka mewarisi keperibadian Nabi dalam keterikatannya terhadap wahyu Allah swt.Rasulullah S.A.W bersabda,“Sesungguhnya perumpamaan ‘ulama di bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk di dalam kegelapan bumi dan laut. Apabila dia terbenam maka jalan akan kabur” [HR Ahmad].

“Sesungguhnya kedudukan seorang alim sama mulianya dengan bulan di tengah-tengah bintang. Sesungguhnya ‘ulama itu adalah pewaris para nabi” [HR Abu Daud dan Tirmidzi].Seorang ‘ulama sejati tidak akan menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.Kedua, ‘ulama itu berjuang di jalan Allah S.W.T serta sentiasa memberikan nasihat kepada para penguasa. Mereka tabah dan sabar menghadapi segala macam tentangan dan halangan, demi memperjuangkan Islam dan umatnya, bukannya membela kepentingan peribadi, pemimpin atau kelompoknya.

Sunday 24 November 2019

Dynamic Instructional Design (DID)


Model reka bentuk pengajaran dinamik (Dynamic Instructional Design (DID)) merupakan salah satu model yang direka bersesuaian dalam PnP. Model ini mempunyai enam langkah yang mana setiap satunya memerlukan kepada tindak balas formatif.
Sebelum guru memulakan PnP, perlu bagi guru untuk mengenal pelajar dari segi demografi, tahap perkembangan gaya belajar, kekuatan pelajar dan tahap pengetahuan sedia ada. Apabila guru mengenal para pelajar maka ianya akan memudahkan sesi PnP terutama dari segi interaksi. Sebagai contoh, dalam pembelajaran Al-Quran, tidak semua pelajar mampu untuk menerap segala input atau ilmu. Terdapat juga pelajar yang masih lemah dalam membaca Al-Quran. Secara tak langsung guru telah melakukan langkah pertama iaitu mengenal pasti masalah pelajar.
Seterusnya langkah kedua memerlukan objektif dan setiap objektif yang dinyatakan seharusnya berfokus pada pencapaian pelajar yang telah dikenalpasti masalah. Guru boleh menggunakan Taksonomi Bloom sebagai panduan dalam menentukan objektif. Berkait dengan situasi pelajar lemah dalam membaca Al-Quran, objektif yang boleh dinyatakan ialah pelajar akan dapat menyebut kalimah/ayat Al-Quran berdasarkan baris dengan betul.
Setelah objektif telah di nyatakan, guru akan membentuk persekitaran iaitu menentukan persekitaran pembelajaran sama ada strategi pengajaran teknologi yang membantu serta sikap dan peranan guru. Antara yang boleh dilakukan oleh guru adalah mengubah suai ruang dalam bilik darjah supaya keadaan yang lebih kondusif. Pelajar yang lemah akan duduk bersebelahan atau satu kumpulan dengan pelajar yang berkebolehan. Hal ini penting kerana seorang guru tidak mampu untuk memberikan masa untuk semua pelajar atas ruang masa yang sangat terhad. Maka, pelajar yang lemah akan belajar dengan pelajar yang lebih pandai atau berkebolehan dalam membaca al-Quran.
Langkah seterusnya guru akan mengenal pasti strategi-strategi PnP. Strategi yang digunakan mestilah bersesuaian agar objektif yang dinyatakan tercapai. Disinilah guru akan menggunakan segala pedagogi, sama ada guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Pelajar diberi peluang untuk mengajar rakannya yang lemah dan boleh membetulkan bacaan jika berlaku kesalahan.
Kelima, kenal pasti dan memilih teknologi sokongan sama ada audio, visual atau digital. Sebelum memilih, guru itu sendiri harus memahirkan diri dengan teknologi yang dipilih dan akan digunakan dalam PnP. Antara teknologi yang boleh digunakan adalah animasi. Menurut Mayer dan Moreno (2002) animasi memiliki 3 fungsi utama: (1) gambar – animasi merupakan sebuah penggambaran; (2) gerakan – animasi menggambarkan sebuah pergerakan; (3) simulasi – animasi terdiri atas objek-objek yang dibuat dengan digambar atau metode simulasi lain. Antara lainya animasi berfungsi sebagai alat untuk memberikan pemahaman kepada pelajar atas bahan yang diberikan.
Langkah terakhir adalah proses menilai dan menyemak semula reka bentuk yang telah dilaksanakan. Didalam langkah kelima, selepas animasi digunakan, para pelajar akan diuji dengan latihan yang disediakan. Maklum balas sumatif akan dinilai pada akhir rekabentuk untuk melihat keberkesanan model secara keseluruhan setelah maklum balas formatif di ambil kira dalam setiap langkah.  
Gambar rajah 1: Infografik Model DID dalam, PnP





Rujukan

Handani, S. W., Suyanto, M., & Sofyan, A. F. (2016). Penerapan konsep gamifikasi pada e-         learning untuk pembelajaran animasi 3 dimensi. Telematika9(1).

Lever-Duffy, J., Mcdonald, J. B., & Mizell, P. A. (2003). Teaching and Learning with       Tecnhology, 200-231.

Mayer, R. E., & Moreno, R. (2002). Animation as an aid to multimedia learning. Educational        psychology review, 14(1), 87-99.

Thursday 14 November 2019

Video Pendidikan DWP 10403


Saksikan video ringkas tentang salah satu topik dalam matematik Tingkatan 2 iaitu polygons. selamat menonton.


Thursday 31 October 2019

Falsafah

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial. Berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan Islam satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan agama kearah untuk mencapai keberkatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

PENDIDIKAN