NOTES

*Medan ini saya gunakan untuk menggalakan diri saya supaya berkongsi segala ilmu yang saya perolehi.Kadang-kadang tak sempat nak berkongsi ilmu dgn orang lain. *Medan syok sendiri for develop diri untuk rajin membaca dan membina keyakinan diri *berceloteh sendirian bhd..lebih untuk tatapan diri supaya sentiasa story back what did i get.any ibrah(pengajaran) yang diperolehi buat diri sendiri *Doakan sesama Ummah Islam

Friday, October 11, 2013

Mina zulumati ila nur~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah ala kulli hal wa kulli nikmat.Akhirnya, setelah bertahun tidak menulis blog,dapat juga akhirnya menghasilkan blog versi baru(dulu Kembara hidup ,http://aeishahslife.blogspot.com/ . Aeishah yang dulu tidak sama jiwanya dgn Aeishah sekarang.Fizikal tetap sama,jiwa semakin membesar.InshaAllah moga dapat istiqamah.Jiwa baru yang sentiasa mengharapkan perubahan diri.

Harapan saya,moga saya dapat menjadikan blog ni sebagai medan buat diri supaya sentiasa menjadi pemuda yang berjiwa besar.Jadi, bilamana futur datang memanggil,saya dapat membelek semula segala karya ini untuk dijadikan pencetus semangat diri..

usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang
khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya:

'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- 

Usia muda kamu sebelum tua,
masa sihat sebelum sakit, 
harta kekayaan kamu sebelum papa,
 masa hidup kamu sebelum mati,
dan masa kosong kamu sebelum sibuk.