Isnin, 23 Februari 2009

Pes Pencuci Pinggan Asas Sawit Efektif




KEPENTINGAN menjaga alam sekitar adalah menjadi tanggungjawab kepada seluruh masyarakat dan pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan keadaannya terjamin. Bagi pengguna yang menggunakan bahan cucian untuk membasuh pinggan mangkuk, mereka amat prihatin dengan bahan cucian yang tertinggal pada pinggan mangkuk selepas basuhan. Malah sisa kimia daripada basuhan yang disalurkan ke sungai juga boleh menyebabkan pencemaran.

Untuk menghasilkan pes pencuci berasaskan sawit itu yang lebih bersifat semulajadi dan mesra alam, alpha metil ester sulfonat (SME) digunakan sebagai bahan aktif. SME atau dikenali sebagai MES adalah surfaktan anionik yang berasaskan oleokimia seperti minyak sawit yang boleh diperoleh menerusi proses sulfonasi ke atas metil ester tanpa melalui penyediaan alkohol. Dengan mengguna bahan ini kos pengeluarannya adalah lebih murah berbanding surfaktan lain seperti linear alkil benzen sulfonat (LAS) yang perlu diimpot.
Kelebihan penggunaan SME sebagai bahan aktif dalam pes pencuci pinggan mangkuk dan produk yang diformulasikan menunjukkan prestasi cucian, kuasa busa dan daya larutan yang lebih berkesan berbanding dengan produk yang berada di pasaran.“Dengan menggunakan pes ini juga dapat mengekalkan bentuk fizikal asal dan menghalang pengecutan ke atas produk selepas ia digunakan. “Pengguna juga akan berasa selesa menggunakan pes ini kerana ia tidak meninggalkan kesan comot selepas dicuci dan pes itu senang digunakan kerana ia lembut dan tahan ke atas air,”

Penghasilan pes pencuci pinggan mangkuk berasaskan sawit dapat membantu mengurangkan eksport agen surfaktan dari luar Negara Kelebihan yang ada pada pes pencuci pinggan mangkuk berasaskan sawit itu berjaya menarik minat beberapa syarikat swasta untuk membangunkan dan mengkomersialkannya.

Ahad, 22 Februari 2009




Ruangan pembaca mulai keluaran bulan depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Sidang Pengarang Berita Sawit mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana setia melanggan dan membaca sisipanBerita Sawit ini yang menjangkau usia 8 tahun 3 bulan sehingga kini. Sejak mula diterbitkan pada 2001, Berita Sawit mengalami evolusi mengikut perkembangan masa dan kemajuan teknologi terkini.


Daripada terbitan 8 muka surat berwarna di muka hadapan dan belakang hingga terbitan 12 muka surat berwarna sepenuhnya pada masa ini, Berita Sawit menunjukkan kematangan dan berjaya memaparkan berita industri sawit negara disamping menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi memangkinkan perkembangan industri komoditi utama negara ini untuk tatapan pembaca. Mulai terbitan Disember 2008 , Berita Sawit akan menyediakan Ruangan Pembaca bagi memberi peluang kepada pembaca menulis untuk memberi pandangan, cadangan dan komentar yang berupaya membantu bagi meningkatkan lagi kualiti Berita Sawit terbitan-terbitan berikutnya.