Natrah: `Common Law' penghancur hidup si gadis kecil
Tiada niat menulis karangan rekaan semata, ataupun kisah penglipur lara hikayat 1001 malam, mahupun cerita dongeng pembuai mimpi tika larut malam. Cerita ini adalah kisah benar yang sangat tragis berlaku 50 tahun dahulu menggambarkan kebangsatan si penjajah kuffar melakukan segalanya dengan sewenang-wenangnya.
Sudahkah kita lupa pada Si gadis malang Natrah?
Natrah, atau nama asalnya Maria Huberdina Hertogh merupakan anak Belanda yang dibesarkan serta dididik sebagai seorang Muslim dengan penuh kasih sayang oleh sepasang suami isteri muslim di sebuah kampong di Terengganu.
Ibu asalnya menyerahkan Natrah kepada Aminah bt Mohamed kerana ancaman daripada tentera Jepun yang kejam. Sejak dari saat itu, Natrah diasuh, diajar, dan dilatih membaca Al-Qur'an, Solat sebagaimana seorang Muslim.Walaubagaimanapun, ibu bapa asalnya tidak begitu mudah mengalah.
Akhirnya setelah keadaan berubah menjadi seperti sediakala, mereka mula berusaha untuk mendapatkan Natrah kembali dan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Singapore .Ahmad Ibrahim merupakan peguam bagi Natrah ketika itu telah kalah. Namun, mereka tidaklah begitu mudah mengalah, kemudiannya difailkan kes rayuan di Mahkamah Rayuan pula. Ketika ini, Natrah berjaya dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Natrah kembali hidup riang ditambah lagi dengan pinangan yang datang dari seorang jejaka bernama Mansor b Adabi. Mereka kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan gilang-gemilang mengikut tatacara pernikahan Islami.
Ketika inilah media massa akhbar Inggeris terutamanya News Straits Time memainkan peranan menyebarkan propaganda busuk mengatakan bahawa pernikahan antara Natrah dan Mansor Adabi tidak sah di sisi undang-undang, kerana Natrah masih berumur 13 tahun, yang mana seorang gadis hanya boleh berkahwin setelah mencecah usia 16 tahun.Manakala akhbar jawi pula membalas dengan menyatakan bahawa perkahwinan mereka sah disisi hukum syara' kerana pada hakikatnya umur baligh itu menjadi ukuran samada seseorang itu masih kanak-kanak ataupun sudah dewasa.
Lebih menyakitkan hati, akhbar menggambarkan bahawa Natrah telah sujud, berdoa, menangis dihadapan patung Mariam agama Kristian.Kes Natrah ini selanjutnya dibicarakan ke mahkamah sekali lagi iaitu di Supreme Court. Pada saat inilah 3000 umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk Tanah Melayu termasuk dari Pantai Timur dan Utara sanggup datang walaupun berbasikal untuk melakukan protes terhadap pemberian hak penjagaan Natrah kepada keluarga asalnya kerana bahaya Murtad yang akan menimpa.Akhirnya keputusan hakim berpihak pada keluarga asal Natrah.
Keadaan yang tidak terkawal ditambah dengan perasaan geram bercampur marah ingin mempertahankan kesucian Agama Islam akhirnya mencetuskan rusuhan sehingga membakar 2 buah bangunan, 200 kereta dirosakkan, 78 orang cedera, ratusan ditahan dan dipenjarakan, dan 18 orang terbunuh ketika kejadian itu. Semuanya terjadi kerana rasa tidak puas hati yang muncul dari ketidakadilan pihak kuffar yang menerapkan hukum akal buatan manusia terhadap umat Islam yang mana hal ini tidak sepatutnya berlaku kepada Umat terbaik (Khaira Ummah) ini.
Kes Natrah ini telah membuktikan kekuatan semangat Islam satu masa di Tanah Melayu. Umat Islam pada waktu itu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi terhadap masalah yang menimpa saudaranya sehingga mereka sanggup datang daripada tempat yang jauh semata-mata untuk memberikan sokongan walaupun mereka tidak pernah mengenali Natrah.Tetapi apa yang menjadi ikatan antara mereka hanyalah Aqidah Islam yang membuatkan mereka terpanggil untuk bersama mendukung keadilan untuk saudara se-Islamnya, Natrah.
KhatimahTerlihat kebangkitan Islam kira-kira 50 tahun dahulu mempertahankan kedaulatan Agamanya. Walaubagaimanapun, kebangkitan itu sedikit demi sedikit hilang mengikut arus peredaran zaman sehinggakan protes terakhir dari umat Islam itu hanyalah mencapai jumlah 500 orang iaitu ketika kes Lina Joy (1999).Selepas itu muncul pula kes Siti Fatimah Tan (2009) yang mana membawa kesan perundangan (legal effect) yang jauh lebih besar daripada kes-kes terdahulu iaitu sesiapa yang mahu murtad boleh disahkan oleh Mahkamah Tinggi `Syariah'.
Namun, tidak kelihatan langsung bantahan dari umat Islam akan kes murtad ini.Wahai Umat Islam!Lihatlah akan dahsyatnya kejahatan system undang-undang common law yang diterapkan di tanah kita, tanah Umat Islam yang bertuah ini!
Penjajah telah lama meninggalkan kita tetapi pemimpin – pemimpin kita pada hari ini masih begitu sayangkan undang – undang ini sehingga mereka sanggup mempertahankannya sehingga ke akhir hayat mereka, Na'udzubillah!Apakah kita masih mahu berharap kepada pemimpin – pemimpin pengecut yang memakai baju – baju Islam kerana hanya untuk mengaburi pandangan umum?
Kita katakan pada mereka bahawa darah muda yang mengalir di tubuh kita ini sudah lama menggelegak, hanya menunggu masa untuk dilepaskan.Wahai Pemuda Islam!
Engkau adalah perwira umat!Engkau adalah harapan umat!Di tangan kalianlah terletak kebangkitan dan perubahan yang dijanjikan Allah!Lihatlah para sahabat yang terulung, kebanyakan datang dari kalangan pemuda seperti Saidina Ali ra, Arqam b Abi Arqam ra, Mus'ab b Umair dan banyak lagi.
Lihatlah penakluk Sepanyol, Tariq b Ziyad yang hanya berusia 17 tahun mampu memimpin ketumbukan tentera para Syuhada'.
Khalifah Sultan Muhammad Al-Fateh yang hanya berusia 20 tahun, adalah penakluk Constantinople ! Lihatlah bukti di lembaran sejarah kemuliaan umat Islam, kalian akan dapati bahawa kebangkitan itu bermula daripada kalian, wahai pemuda Islam!
Read more