Saturday 10 May 2014

PRESIDEN ISMA JANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

RESIDEN ISMA
JANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH.

Di sebuah negara Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah  penganut agama lain diberi hak kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama mereka serta diberi pelindungan sewajarnya.Islam tidak memaksa mana-mana penganut agama lain memeluk Islam atau mengikuti ajarannya.

Daripada catatan sejarah kegemilangan kerajaan  Islam yang mashyur,Sultan Salahudin al ayubi. setelah berjaya merampas kembali kota palestine dari tentera salib.penganut agama lain ketika itu bebas mengamalkan ajaran agama mereka sepanjang pemerintahan Islam tanpa gangguan dan diskriminasi malah hak,harta benda dan rumah ibadat mereka juga dilindungi.itulah indahnya Islam,bukan setakat adil untuk semua bahkan menghormati hak penganut agama lain.

Berkenaan kenyataan presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengatakan bahawa bukan Islam tidak dikenakan enakmen kanun jenayah syariah (Hudud) adalah tidak adil dan mencadangkan supaya bukan Islam juga tidak terlepas daripada enakmen tersebut.

Kenyataan Abdullah Zaik Abdul Rahman ini menambahkan lagi keliruan dan presepsi buruk bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah (hudud).Melihat daripada kenyataan presiden isma ini,ia lebih kepada cuba mengeruhkan lagi keadaan dan kemungkinan cuba untuk mendapat politik milage.

Seharusnya sebagai bekas badan dakwah isma patut memberikan gambaran serta penerangan terbaik mengenai hukum Allah ini agar masyarakat bukan islam lebih faham dan bukan mencari kesempatan dengan meneguk di air yang keroh.

Pemimpin dan rakyat bukan Islam tidak seharusnya gusar dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan. Undang-undang yang diluluskan itu hanya meliputi orang-orang Islam sahaja. Oleh itu penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang-undang hudud.

Untuk parti kecil seperti Isma ini adalah lebih baik diam sahaja daripada berkata-kata kerana apabila bersuara ia menonjolkan taraf mentaliti politik pemimpinnya yang rendah walaupun berpelajaran tinggi.

Andri Zulkarnaen Hamden @ abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan perhubungan Pas Sarawak.

Thursday 8 May 2014

PEMIMPIN BN SARAWAK KAYA RAYA TETAPI RAKYAT PAPA KEDANA

Selesai sudah tugas saya membantu Pengarah Pilihanraya Pas Sarawak Saudara Fidzuan mencana gerakkerja pilihanraya.Amanah saya seterusnya ialah untuk menyampaikan sumbangan kebajikan yang di amanahkan kepada saya oleh para penginfak dari tanah seberang.

Ditemani oleh Pesuruhjaya Pas Sarawak Tuan hj Adam Ahit serta beberapa pimpinan tertinggi Pas Sarawak,kami meredah ke kawasan Tamuk iaitu di batu 10 Matang.2 orang sahabat saya dari pimpinan NGO Islam turut serta sebagai pemandu jalan untuk ke sana.kami telah dibawa mengelusuri jalan-jalan kampung di kawasan Matang untuk menjejaki sasaran penerima sumbangan yang sudah dikenalpasti.

Meskipun satu ketika dulu agak lama saya tinggal di bandar kuching tetapi saya masih kurang arif tentang jalan dan arah yang dipandu oleh sahabat saya.apa yang saya nampak ialah kami menuju ke kawasan perkampungan kecil di pinggir bandaraya kuching.

Akhirnya kami sampai ke rumah sasaran pertama.Alangkah terperanjatnya hati saya apabila tiba dan terpandang rumahnya.mana tidak terperanjatnya melihat keadaan rumahnya yang amat daif.tidak pernah terlintas di hati saya menyangka ada lagi di negeri Sarawak dimana sebagai sebuah negeri kaya raya dalam Malaysia dengan sumber asli yang banyak masih ada insan bernama manusia mendiami sebuah pondok yang tidak layak dipanggil rumah serta menjalani kehidupan seharian yang amat daif.

Melihat gaya hidup pemimpin pemerintah Sarawak yang mewah dan rata-rata kaya raya,rumah bagaikan istana tetapi rakyat ternyata cukup miskin.sukar bagi saya mempercayai bahawa masih ada rumah rakyat di sarawak masih seperti ini namun hakikat sebenar terbentang di depan mata.saya pernah melihat dan melawat pondok serupa didiami oleh satu keluarga miskin menumpang ditanah kepunyaan seorang cina di sebuah ladang buah-buahan di gelang patah Johor tetapi keadaannya tidak sedaif ini.

Pondok usang didiami oleh Aiman Anak Jalen.sasaran pertama kami.seorang warga emas yang sudah menjengkau usia 80 tahun.beliau sudah memeluk Islam selama 30 tahun dan menjalani kehidupan sebatang kara.tiada mempunyai saudara mara maupun adik beradik dan tidak pernah berumah tangga.katanya beliau hanya menerima bantuan baitulmal sebanyak RM200 sebulan dan tidak pernah mendapat bantuan JKM kerana tidak mempunyai kad pengenalan sejak lahir.

Menurut timbalan Pengerusi Surau Al-Nur,Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Palma indah yang hadir semasa kami menyampaikan sumbangan berkata Pak Aiman sentiasa istiqamah bersolat berjemaah 5 waktu di surau walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan namun beliau tetap hadir dengan berjalan kaki.Jarak rumah beliau ke surau hampir 700 meter.

Sasaran kedua kami ialah ke rumah keluarga Daud bin Abdullah.seluruh keluarga beliau seramai 7 orang termasuk isteri,anak dan menantunya memeluk Islam lebih 15 tahun.beliau berusia 67 tahun dan mengalami penyakit kencing manis yang teruk hingga menjejaskan penglihatannya.beliau tidak mempunyai sumber pendapatan hanya mengharapkan sumbangan dari baitulmal sebanyak RM200 itupun hanya sekali sahaja beliau menerimanya.

Anak lelakinya Hasan Daud yang tinggal bersamanya juga tidak berkerja dan tiada sumber pendapatan.beliau yang menyara 4 orang anak yang masih kecil serta isteri hanya mengharapkan simpati saudara dan rakan taulan.beliau yang dulunya berkerja kampung sebagai tukang kayu tidak mampu lagi berkerja kerana kecederaan serius yang dialami akibat terlibat dengan kemalangan jalanraya beberapa bulan lalu.Hasan tidak pernah mendapat bantuan baitulmal maupun JKM kerana tidak mempunyai kad pengenalan sejak dilahirkan.

Apa yang saya harungi dan nampak dalam misi bantuan kebajikan ini sudah cukup jelas bahawa saya mempercayai dan yakin Majlis Agama Islam Sarawak ( MAIS) terutamanya Baitulmal Sarawak gagal memainkan peranannya dalam membantu golongan saudara baru ini termasuk 8 asnaf yang layak.

Wang zakat yang diterima hasil kutipan tidak di maafaat sepenuhnya kepada mereka yang layak.saya masih ingat isu yang dibangkitkan oleh DAP Sarawak  mendakwa Menteri Muda Sarawak yang menjaga hal-Ehwal agama Islam mengunakan duit zakat untuk pelaburan perniagaan melalui syarikat peribadinya.Isu dakwaan tersebut sehingga kini masih tidak dijawap oleh menteri berkenaan.

Ternyata tiada misi dan visi jelas MAIS hatta tiada kesungguhan dalam mengeluarkan golongan asnaf ini dari kelompok kemiskinan.ini belum lagi kita bicara tentang soal dakwah dalam membantu saudara baru mengenali islam.saya amat yakin usaha dakwah memang jauh sekali dan mungkin tiada dalam stretagik perancangan mereka.

Saya berani tegaskan bahawa Pas dari dulu lagi senantiasa mengutamakan kebajikan kepada rakyat tidak kira agama dan bangsa kerana islam itu mengajar menitik beratkan konsep kebajikan bernegara dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna.

ia sememangnya berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud: 

“Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah” 

(Riwayat at-Tabarani)



Andri Zulkarnaen Hamden @ abusiraj almuner
ketua penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Sarawak.

Wednesday 23 April 2014

PERTEMUAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM LAJNAH TANAH PAS PUSAT KEPADA DATOSERI NAZRI AZIZ



Lajnah Pembangunan Tanah,Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat (LPTPBHEOA) yang diketuai oleh pengerusinya Saudara Mazlan Aliman berserta 10 Ajk (LPTPBHEOA) termasuk pengerusi Lajnah Pas negeri mengadakan majlis pertemuan serta penyerahan memorandum kepada Menteri pelancongan dan kebudayaan Dato' Seri Nazri Aziz di kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia di bangunan Sultan Abdul Samad petang semalam.

Pertemuan dan pembincangan bersama Dato Seri Nazri Aziz dan beberapa pegawai tetinggi kementeriannya berlangsung selama 1 jam setengah itu diadakan dalam suasana penuh muhibah.kesudian Dato Seri Nazri Aziz melapangkan masa mendengar isu yang dibawa oleh LPTPBHEOA Pas pusat menguatkan lagi iltizam LPTPBHEOA untuk melangkah kehadapan terutamanya agenda memelihara khazanah bersejarah ini agar ia tidak pupus ditelan arus pembangunan.
Usaha PAS ke arah memulihara dan mempertahankan Kampung- kampung tradisi orang melayu di tengah-tengah bandaraya adalah antara agenda utama yang turut dibincangkan panjang lebar.

Dato Seri Nazri sendiri menunjukkan minat yang mendalam dalam isu yang dibawa bagi memelihara status warisan negara.Meskipun perjumpaan serta Pembincangan ini berjaya dan Dato seri Nazri Aziz berjanji akan memperhalusi memorandum penduduk,ia bukan jaminan bahawa kampung-kampung warisan melayu terselamat dari ancaman pembangunan.


2 memorandum yang diserahkan kepada Dato' Seri Nazri Aziz itu adalah isu mempertahankan Kampung Puah Seberang dan tuntutan mewartakan Kampung Batu Uban iaitu perkampungan Melayu Islam pertama di Pulau Pinang sebagai tapak warisan negara.Selain kampung tersebut terdapat 7 buah kampung dalam projek RAPID Pengerang adalah sebahagian kampung melayu berusia lebih 100 tahun yang bakal pupus dan lenyap dalam lipatan sejarah turut diambil perhatian.

Saudara Mazlan berkata LPTPBHEOA sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mempertahankan perkampungan tradisional dan monumen warisan di seluruh negara.Kesudian LPTPBHEOA duduk semeja bersama bagi menyambut saranan kerajaan selepas ini untuk menyumbang dalam penyediaan draf rang undang-undang berkaitan perwartaan tapak warisan ke atas entiti warisan yang dituntut.disamping itu juga Mazlan menggesa pihak kementerian mengambil inisiatif memelihara dan memulihara penempatan warisan Melayu terutama di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang.

Manakala,Pengerusi NGO Gerakan Pertahankan Kampung Tradisi Melayu dan Warisan (Anak Warisan), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi memberitahu Dato Seri Nazri,penempatan di Kampung Puah Seberang di Setapak sedang dalam proses dirobohkan padahal Perdana Menteri pada 20 Januari 2012 dan Datuk Bandar pada 12 Jun 2013 sudah beri jaminan untuk mempertahankan status lebih enam kampung di ibu kota yang berusia 100 tahun ke atas sebagai perkampungan tradisi Melayu. Malangnya, penduduk di gugusan Kampung Puah dizalimi apabila menerima notis pengusiran bagi memberi laluan kepada projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) Fasa II dan sebagainya dengan hanya diberi sagu hati sebanyak RM1,000.


Bagi Pengerusi NGO Pertubuhan Pembangunan Tanah Kota (Kota), Mohamad Ramingon, 62, kementerian harus menggazetkan Kampung Batu Uban yang wujud sejak tahun 1700 itu sebagai khazanah nasional bagi mengelak kepupusan jemaah di masjid kampung itu. 

Pertemuan dengan Dato'Seri Nazri Aziz boleh membuka ruang dan peluang bagi LPTPBHEOA untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan yang lain bukan hanya isu-isu mempertahankan perkampungan tradisional dan monumen warisan di seluruh negara tetapi terbuka kepada isu-isu tanah yang lain demi kesejahtera rakyat marhaen.



Andri Zulkarnaen @ abusiraj almuner

Pengerusi LPTPBHEOA
Pas sarawak
Ajk LPTPBHEOA Pas Pusat