http://1keris.blogspot.com

Video : Pahlawanku di Lahad Datu

Showing posts with label 3PRU13. Show all posts
Showing posts with label 3PRU13. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

TERKINI #PRU13 : WAN AZIZAH DAN ANWAR BERSELISIHFAHAM PASAL PEMBAHAGIAN KERUSI DAN CALON PRU13 ???



HOT : SANDIWARA WAN AZIZAH TIDAK BERTANDING TERBONGKAR..MARAH RUPANYA..?? #GE13 #tolakPR

Pelikkan..Presiden parti terpaksa berkorban tidak bertanding sebab tak nak dikatakan PKR mengamalkan Nepotisme..

Pelikkan Presiden parti tidak menghadiri mesyuarat penting untuk menentukan pembahagian kerusi untuk parti pembangkang..

Pelikkan bila suami kata isterinya tidak bertanding sedangkan si anaknya pula kata itu "hanya cakap-cakap politik"...

Jadi tak hairanlah mengapa pegawai dalam partinya sendiri boleh kata Wan Azizah Presiden yang lembik..

Mesti ada sesuatu yang tak kena ni..Jika tidak, takkan la sampai celaru macam ni anak-beranak ni...Kejap kata ya..kejap lagi kata tak...Yang mana satu yang betul ni...Adakah Wan Azizah dah tengok video terbaru Anwar??



Apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah menyangkal kenyataan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ibunya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya ke-13 akan datang, ada pihak tertanya apakah yang berlaku dalam keluarga PKR?

Mungkinkah ia hanya sandiwara atau wujud perselisihan secara terbuka dalam parti itu?

Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai menyifatkan kenyataan ketua pembangkang itu sebagai “hanya cakap-cakap politik” dan setakat ini tidak ada perancangan sebegitu.

Malah, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan ketua umum PKR itu.

“Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti,” Nurul Izzah memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada malam tadi.

Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, penyokong kuat Anwar, sebaliknya mengesahkan kenyataan Anwar yang dibuat ketika ditemubual stesen televisyen Al-Jazeera pada Rabu malam.

“Wan Azizah akan mainkan peranannya untuk menjelajah seluruh negara bagi memikat pengundi wanita dan tidak akan bertanding untuk peringkat dewan undangan negeri (DUN),” kata Azmin mengenai presiden partinya semasa ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Dr Wan Azizah sebelum ini menyatakan beliau akan bertanding kerusi DUN di Selangor tetapi kawasannya belum diputuskan.

Setakat ini Dr Wan Azizah bagaimanapun belum membuat sebarang komen sejak siaran Al-Jazeera itu.

Anwar memberitahu stesen Al-Jazeera bahawa isterinya mengambil keputusan tidak bertanding apabila menjawab pertanyaan berhubung kritikan nepotisme dalam PKR kerana beliau merupakan penasihat PKR sementara Nurul Izzah naib presiden parti.

Dr Wan Azizah juga tidak kelihatan apabila Anwar dan pemimpin parti pembangkang bermesyuarat semalam di ibu pejabat PKR untuk menyiapkan agihan kerusi.

Admin - Anwar main sesuka hati dia je, tak respek langsung Wan Azizah sebagai presiden PKR !!!

Agaknya, Wan Azizah tak setuju Anwar bertanding di dalam PRU13 takk ??!! Anwar memang semata mata jadi liabiliti atau perosak je bagi PKR dan Pakatan Haram Rakyat !!! 

Oleh itu, jangan berlengah lagi dan tetapkan hati !!! 
Undi BN Anda Selamat dan Masa Depan Anda dan Keluarga Anda akan Terjamin.  

KERIS MELAYU@blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comment Box

Like Button

Activity Feeds