Monday, July 6, 2009

PENGENALAN PERFECT CHANNEL SDN BHD

PERFECT CHANNEL SDN BHD adalah satu syarikat pengeluar besi keluli di Malaysia. Ianya telah beroperasi sejak 1994 lanjutan dari pengalihan dari Perwaja Steel. Pada masa yang lalu pihak syarikat sentiasa prihatin kepada semua pekerja, begitu juga dengan syarikat PERFECT CHANNEL SDN BHD yang begitu prihatin kepada pekerja dengan menjadikan Surau sebagai institusi yang boleh memajukan diri seorang insan dan membentuk seorang pekerja yang berilmu dan berwawasan. Bagi tujuan tersebut syarikat telah memberi sumbangan untuk memajukan pembentukan modal insan.


PERFECT CHANNEL SDN BHD melalui KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF iaitu MR WILLIAM PHENG CHIN HUAT telah berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM5,000 setiap bulan bagi menjana aktiviti dan penyelenggaran di Surau Perwaja.

Sumbangan ini amat bermakna kerana pihak ahlijawatankuasa dapat merancang dan melaksanakan aktiviti bermanfaat terutama kepada pekerja dan masyarakat sekeliling.

Program sambutan MAULIDUR RASUL adalah satu aktiviti tahunan yang dirancang dengan bertujuan bagi memperingati jasa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Objektif lain adalah mempratikkan akhlak baginda , memperbesarkan manusia yang amat teragung dimukabumi.

Program ini juga dikaitkan dengan satu isu yang telah melanda umat Islam pada hari ini iaitu penindasan di bumi GAZA PALESTIN. Ahlijawatan bagi menginsafi dan memaklumkan terdapat hubungkaitnya rakyat PALETIN dan orang Islam di MALAYSIA.

Bagi merealisasikan semua objektif ini, Ahlijawatankuasa dengan sukacitanya telah menjemput dua insan pendakwah yang terkenal bagi mengupas lebih lanjut tajuk yang diutarakan.

Penceramah yang pertama adalah UST DR DANIAL ZAINAL ABIDIN dari Pulau Pinang. UST DR DANIAL telah dikenali sebagai penceramah siri HALAQAH TV 9. Sebelum ini beliau banyak mengupas tajuk berkaitan sains dan Islam.

Penceramah kedua adalah UST SHAHARUZZAMAN BISTAMAM dari Perak Darul Ridzuan. Beliau adalah Pengerusi Aman Palestin Cawangan Perak. Beliau amat berpengalaman dengan isu-isu yang melibatkan penindasan rakyat GAZA oleh YAHUDI LAKNATULLAH

Ahlijawatankuasa Surau Perwaja mengucapkan terima kasih kepada pihak Pengurusan yang memberi galakkan untuk mengadakan setiap aktiviti dan juga kepada semua individi yang terlibat langsung atau tidak begi menjayakan program MAULIDUR RASUL 1430H.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates