Wednesday 17 July 2019

MESYUARAT AGUNG PGPK DAN JAMUAN MESRA AIDILFITRI GURU PENDIDIKAN KHAS KULAI 2019

Pada 2 Julai 2019 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung PGPK kali ke 3 dan Jamuan Mesra Aidilfitri Guru Pendidikan Khas Daerah Kulai 2019 di Hotel Creator Kulai. Majlis dimulakan dengan mesyuarat agung PGPK yang dikelolakan oleh Pengerusi PGPK Cawangan Kulai, Pn. Norlaili Ishak. Seterusnya diraikan guru-guru Pendidikan Khas Kulai dalam majlis Jamuan Mesra Aidil Fitri 2019. Masjis diserikan dengan kehadiran Cik Nurbiha Bt Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis dan Pn. Siti Khalijah Rahim telah bertuah memenangi hadiah kedua berupa sebuah kipas berdiri. Guru-guru PPKI SMK Bandar Tenggara yang hadir turut bertuah. Tahniah.

Bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir
Mesyuarat Agung PGPK yang dipengerusikan oleh Pn. Norlaili Ishak

Jamuan Mesra Aidilfitri

Antara tetamu VIP yang hadir

Persembahan murid PPKI SMK Kulai Besar

Guru-guru PPKI SMK Bandar Tenggara yang bertuah


No comments: