Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 9, 2009

Daerah Kerian

Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka. Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 kilometer.

Keluasan daerah ini lebih kurang 918.83 kilometer persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai.

Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut. Sementara kawasan berbukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Ketinggian Gunong Semanggol lebih kurang 150 meter dari aras laut.

Terdapat dua sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau, Kuala Kurau, Tanjong Piandang, Bagan Tiang, Kampong Gula asalnya kawasan paya tetapi kini ditebus guna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

Pinggiran Sungai Kerian (imej dari tanah.perak.gov.my)

Sekitar tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar.

Ketika pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan itu, beliau telah menyebut KIRIAN (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak.

Perkataan KIRIAN telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah hendak menamakan daerah ini, perkataan KIRIAN telah dipilih dan diubah kepada KERIAN.

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadan dengan Pulau Pinang (sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. Di sebelah barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Keunikan daerah ini ialah ia terletak bersempadan dengan tiga negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga-tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian di Kampung Acheh, daerah Seberang Perai Selatan.

Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke bandar Parit Buntar atau bandar Bagan Serai).

Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.

Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 kilometer.

Keluasan daerah ini lebih kurang 918.83 kilometer persegi.

Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai. Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.

Sementara kawasan berbukit di mukim Gunung Semanggol dan Beriah.

Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 meter dari aras laut.

Terdapat dua sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kampung Gula asalnya adalah kawasan paya.

Daerah Kerian turut dikenali sebagai jelapang padi negeri Perak kerana terdapat banyak kawasan penanaman padi yang luas diusahakan di sini.

Skim pengairan dibina di kawasan ini bagi tebus guna tanah.

Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air untuk masuk dan keluar dari sawah.

Beberapa bahagian sawah mengalami masalah banjir pada musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutamanya mereka yang tinggal di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Kepadatan penduduk daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan adalah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjong Piandang.

Mukim Selinsing adalah kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan penduduk daerah Kerian ialah 1.4 setahun.

Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Di Kerian terdapat 43 buah sekolah rendah, 10 sekolah jenis kebangsaan Cina, 14 sekolah jenis kebangsaan Tamil dan 17 sekolah menengah dan salah satunya adalah sekolah menengah teknik dan agama.

Walau bagaimanapun, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak terdapat dalam daerah ini tetapi terdapat sebuah pusat latihan teknikal di Semanggol dan Parit Buntar.

Daerah Kerian dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan penanaman padi yang luas.

Skim pengairan dibina di kawasan ini bagi tebus guna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah.

Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Sumber: Sinar Harian

No comments: