PENGUMUMAN

Ibubapa/penjaga boleh melihat keputusan UJIAN 1 2012 di

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

CARTA ORGANISASI PIBG 2011/2012

















YDP PIBG: TN. HJ. RAZALI B. UJANG

LAPORAN SEKRETARIAT PIBG 2009/2010
1. FALSAFAH PIBG
PIBG adalah komponen penting dalam merealisasikan wawasan sekolah. Peranannya ialah sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat  dan  hendaklah diterjemahkan melalui pelbagai program peningkatan sekolah. Di dalam apa juga program, PIBG sebagai pelengkap kepada aktiviti-aktiviti sekolah.
2. KEANGGOTAAN PIBG
Semua guru yang mengajar di SK Seremban Jaya dan semua ibu bapa dan penjaga kepada murid SK Seremban Jaya. Tuan Guru Besar sebagai anggota ex-officio.
3. SUMBER KEWANGAN PIBG
Yuran tahunan sebanyak RM30.00 untuk satu keluarga serta sumbangan daripada individu.
4. TEMPOH PERKHIDMATAN
Ahli jawatankuasa PIBG SK Seremban Jaya bagi sesi 2009-2010 dilantik pada 29 Mac 2009 dan tamat perkhidmatan pada 28 Mac 2010.
5. PENGAGIHAN TUGASAN
Jawatankuasa PIBG yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung pada 29 Mac 2009 telah mengadakan mesyuarat pertama pada 18 Mei 2009 dan bersetuju melaksanakan tugasan berdasarkan biro-biro yang telah dilantik bertujuan agar  setiap kerja dapat dijalankan dengan lebih fokus. 
a) Biro Pendidikan Moral & Agama – En. Nyanasegar a/l Ezhamalai
b) Biro Keselamatan – En. Eaganathan a/l Govindan
c) Biro Keceriaan & Kebersihan – Pn. Fatimah bt Hj. Fadzil Haq
d) Biro Kebajikan & Sosial – Pn. Rozita bt. Yaakob
6. MESYUARAT
AJK PIBG telah bermesyuarat sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan. Kebiasaannya, mesyuarat akan diadakan pada hari Ahad waktu  pagi memandangkan kesulitan untuk para ahli mengadirkan diri pada waktu lain. Mesyuarat telah dijalankan di Bilik Percambahan Minda, SKSJ.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI PAUTAN PILIHAN

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.