Friday, June 15, 2012

Faekah perlu perhatian, Eloklah Badrul Amin yang berikan

Filed under: Kolum Panas,Nasional,Selangor Sana Sini |

Bukan kali pertama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin melakukan sesuatu yang lazimnya tidak dilakukan oleh Setiausaha-Setiausaha Politik yang lain.
Peranan Setiausaha Politik lebih kepada merancang dan mengatur acara dan jadual untuk urusan dan aturacara politik kepada wakil rakyat yang dilantik untuk tugasan Menteri. Ada juga antara mereka yang juga membantu strategi dan taktik politik Menteri tetapi selalunya tugasan itu lebih dimainkan oleh Penasihat Politik Menteri.
Namun begitu, Setiausaha Politik tidak pernah ditugaskan untuk membuat kenyataan awam dan berdebat di khalayak awam dengan ahli politik. Sebabnya mereka tidak ada locus standi untuk lakukan demikian.
Selama ini, Faekah selalu membuat kenyataan dan mengkritik ahli-ahli politik. Ada yang membalas dan bertegang lidah dengan Faekah.
Ramai kini sedar Faekah hanya berperanan untuk mengalihkan serangan ke atas bossnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Langsung kenyataannya tidak lagi dihirau atau dijawab ahli politik BN.
Dato Noh Omar yang sedang memainkan isu pasir telah baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengecam dan mengkritik teruk SELCAT yang sengaja tidak difungsikan untuk menutup penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.
Isi ini timbul dari kesilapan Khalid menjemput menyerahkan dokumen dan bukti tentang penyelewengan pasir kepada syarikat Konsesi, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan NGO asing, Transparency International.
Bagai bola tanggung, Noh Omar mengkritik SELCAT habis-habisan kerana seolah tidak berfungsi dan menjadi alat untuk PKR menutup kesalahan exco-exco dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Faekah membalas kenyataan Noh Omar dengan menjemputnya beliau hadir ke pendengaran Selcat. Lalu dicemoh Noh Omar, “Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah.”
Apa perlu Faekah bersuara bagi pihak Selcat sedangkan Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim sudah memberi kenyataan untuk menyambung sesi Selcat selama tiga hari mulai 5 Mac.
Sebenarnya rakyat bukan hendak dengar kenyataan Faekah tetapi kenyataan dan pendirian Khalid selaku ketua pentadbiran Selangor.
Bukan taraf Faekah yang hanya Setiausaha kepada Menteri Besar untuk berdebat dengan Noh Omar yang merupakan Menteri Persekutuan. Malah Faekah bukan sama taraf dengan wakil-wakil rakyat yang mendapat rakyat untuk mewakili mereka.
Elok tidak dihuraikan sahaja kenyataan-kenyataan Faekah yang bodoh dan cetek itu. Menjawab Faekah hanya merendahkan martabat si penjawab. Mungkin itu yang mahu dilakukan Khalid.
Namun begitu, perbuatan Faekah yang tidak tahu malu dikritik dan diperbodohkan menimbulkan misteri. Mengapa dia cuba mengetengahkan dirinya konon sebagai heroinne? Setiap kata-katanya tidak membantu PKR, malah dia dilihat sebagai gila kuasa.
Adakah dia memerlukan perhatian dan belaian seperti seekor kucing? Kucing Selangor … Sel Cat?
Kalau benar itu kehendaknya, apa salahnya Khalid padukkan Faekah dengan Pengarah Penerangan Pejabat MB sendiri, Dr Badrul Amin. Kuotanya baru terisi satu lagi tetapi masih ada lagi sekurang-kurangnya satu tempat kosong sebelum ia cukup empat.

FROM.. http://sel13.com/archives/1632

No comments:

Post a Comment