Ahad, 28 September 2014

cekak pinggang

HUKUM CEKAK PINGGANG

Bismillahirrahmanirrahiim ..
Apa itu bercekak pinggang? Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu apa itu bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah di mana kita letakkan tangan kita di pinggang. Mungkin ramai daripada kita tidak tahu apa hukum bercekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak menyangka yang bercekak pinggang ini MAKRUH hukumnya.
Jujurnya saya sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini, ingin sekali saya kongsi informasi tentang hukum bercekak pinggang ini yang saya dapat dari mendengar ceramah dari Ustaz favorite saya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz. Rasulullah melarang kita bercekak pinggang ketika di dalam solat. Hal ini kerana yang pertama bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika diturunkan ke dunia.


Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu:
i- Bersiul
ii- Bercekak pinggang


Bercekak pinggang ialah MAKRUH kerana:
1) Perbuatan iblis laknatullah. Bercekak pinggang ni bagi kita biasalah, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je bergaduh. Tak sah kalau bercekak pinggang ketika sedang marah mahupun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, haa confirm la tu tengah marah.


2) Bercekak pinggang itu juga adalah cara Yahudi. Nabi kata orang Yahudi ni kegemarannya ialah bercekak pinggang.


3) Nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang2 sombong.


4) Bercekak pinggang cara2 ahli neraka duduk didalam neraka, hal ini kerana ahli2 neraka mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang.


*Sebab itulah Nabi larang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga Nabi larang walaupun saja2 kita bercekak pinggang ketika berjalan. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan