Selasa, Ogos 03, 2010

Karnival Usahawan Desa

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur bermula pada 22-25/07/2010. Karnival Usahawan Desa ( KUD ) ini telah menempatkan sejumlah usahawan diseluruh pelusuk negara bagi memasarkan dan mempromosi produk mereka. Karnival ini adalah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Felcra berhad tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam karnival ini. Sebanyak 30 buah gerai niaga telah diperuntukan kepada Felcra berhad. Antara kawasan negeri Johor yang terlibat dalam ekspo ini ialah Felcra Sekijang, Bukit Kepong, Sri Mahkota dan Sg Ara.

Felcra Sekijang telah menghantar seorang usahawan Puan Kalimah binti Shahidan. Beliau adalah pengusaha produk Sambal Ikan Bilis Taucu. Projek ini telah beliau mulakan pada akhir tahun 2009. Kini pengeluaran produk beliau telah mula berkembang dan diminati ramai. Beliau adalah seorang yang aktif dalam berpersatuan dan merupakan pengerusi Wadira Felcra Sekijang dan Ketua Wanita UMNO Sekijang. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi terus beliau melalui telepon 019-6649206.

Terima kasih kepada Felcra berhad Wilayah Johor kerana telah memberi peluang kepada beliau untuk mengambil bahagian dalam karnival tersebut.

Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan