Saturday, April 5, 2008

TANPA PERAYU UNDI PUN BOLEH MENANG?

Sesuatu yang pelik tapi benar apabila KeAdilan mampu menawan DUN Ampangan. Sudah sekian lama Ampangan di dominasi oleh Puak Melayu Sekular, sehingga kefanatikannya amat menular dan terserlah sejak sekian lama.

Pengusaan Puak Melayu Sekular tiada batasnya dari mimbar masjid ke bangku sekolah sehinggalah ke peringkat pentadbiran. Perkara ini bukan baru, tetapi suatu lumrah yang menjadi adat dan budaya politik di negara ini.

Pada PRU-12 yang lalu, saya tidak yakin BA akan menang dengan mudah di Ampangan. Apa tidaknya hanya, semasa hari mengundi hanya Puak Melayu Sekular menempatkan seramai mungkin perayu undi mereka di depan pintu (dijadikan pusat pembungan undi).

Seribu satu persoalan, kemana perginya pejuang-pejuang KeAdilan? Adakah mereka redha untuk di kalahkan? Tidak risaukah mereka dengan kehadiran perayu undi dari Puak Melayu Sekular yang mampu mengubah pendirian para pengundi di saat langkah terakhir sebelum masuk ke pusat mengundi? Nampak gaya akan kalahlah KeAdilan....

Aku cuma berserah pada Allah Yang Maha Esa yang menentukan segalanya. Aku tidak mampu membantu mereka kerana aku pun sedang berjuang untuk PAS di Senawang.

Namun tanggapan aku silap. Pada malam pengiraan undi, sesuatu yang sukar aku percayai apabila KeAdilan bukan sahaka menang di Ampangan malah meliputi Sikamat! Keadaan menjadi sungguh memeranjatkan apabila PAS juga menang di PAROI. Ini bermakna PAS & KeAdilan telah membentuk jajaran BA yang panjang dan bersambung pula dengan DUN yang di menangi oleh DAP.

Mengapa rakyat Ampangan, Sikamat dan Paroi menolak Puak Melayu Sekular? Rakyat di kawasan terbabit bukanlah hidup dalam kemiskinan, malah mereka hidup dalam suasana lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan ramai diantara mereka boleh dikatakan hidup mewah.

Maka disini boleh kita katakan bahawa isu pembangunan atau janji-janji pembangunan bukan lagi umpan yang terbaik untuk Puak Melayu Sekular untuk menawan hati para pengundi di Seremban. Rakyat mahukan sesuatu yang lain dari janji-janji pembangunan duniawi. Apalah erti pembangunan tetapi tidak membawa kebaikan kepada rakyat. Semakin membangun semakin susah rakyat? Malah rakyat juga mahukan wakil rakyat yang mesra rakyat dan bersama rakyat. Bukan wakil rakyat yang sombong, ego dan tidak prihatin kesusahan rakyat malah tidak berani memperjuangkan kebajikan rakyat di DUN atau PARLIMEN. Apa erti ada wakil rakyat tapi mereka tidak bertindak seperti wakil kepada rakyat?

Maka jelas keputusan PRU-12 yang lalu membuktikan bahawa rakyat mahukan wakil rakyat yang mampu memimpin dengan adil, bersih, telus, berakhlak dan mengutumakan/ memperjuangkan kebajikan rakyat.

No comments: