Saturday 4 April 2015

GERHANA BULAN 4 APRIL 2015 (14 JAMADIL AKHIR 1436H): PETANDA KEBESARAN ALLAH SWT

Fasa Gerhana Bulan 

Bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi

Assalamualaikum dan Salam ceria Petang Sabtu....
Pada tanggal 4 April 2015M bersamaan 14 Jamadil Akhir 1436H, Umat Manusia di Malaysia dan sekitar Benua Asia dapat melihat fenomena GERHANA BULAN yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT. Secara ringkasnya, gerhana ini bermula pada jam 5.01 petang. Bulan pada masa itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm . Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulanya fasa gerhana penuh.

Kemuncak gerhana Penuh dapat disaksikan tepat jam 8.00 dan hanya selama 2 minit, bulan akan bergerak keluar daripada bayang-bayang umbra. Gerhana ini berakhir pada jam 9.44 pm apabila bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, ataupun masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58.

Firman Allah Dari Surah Fussilat ayat 37 yg bermaksud:

 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas kehendak dan kuasa Allah atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.
Sebagai umat Islam kita mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT adalah pentadbir seluruh alam, 
Segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah yang maha berkuasa menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah SWT dan ianya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri.

Lantaran itu juga kita dituntut untuk melihat segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan tidak lalai daripada memikirkan segala penciptaanNya. Tidaklah Allah menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia, malah terdapat hikmah disebalik peraturannya. Kejadian seperti ini juga sepatutnya mengingatkan kita tentang kehancuran alam ini dan kedatangan hari kiamat yang penuh huru hara, hari yang dibimbangi dan dahsyat yang pasti akan berlaku. Kesedaran sebegini akan meletakkan diri kita begitu kerdil dan sentiasa mengharapkan rahmat serta pertolongan Allah s.w.t.

Sumber: Khutbah Khas Gerhana: Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Illahi
                     http://www.islam.gov.my/khutbah-online

No comments:

Post a Comment