Monday, March 23, 2009

Berita Gempaq: 3 bulan Gantung Harakah & Suara Keadilan

Dikatogerikan sebagai akhbar nyamuk ? Kali ini Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan. Harakah dan Suara Keadilan, kedua-dua nya adalah akhbar suara parti bagi PAS dan PKR. Maknanya sejarah telah membuktikan nyamuklah ternyata mengugat dan menyengat. Bisa nyamuk boleh memnyebabkan penyakit kepada manusia. Terkini adalah penyakit jangkitan nyamuk ades boleh menyebabkan kematian kepada mangsa yang digigit, dengan syarat mangsa gigitan nyamuk tersebut kurang antibodi. Maknanya akhbar perdana suara UMNO terutamanya rangkaian media Utusan dan BH gagal mencegah dan menyediakan vaksin bagi melawan akhbar-akhbar nyamuk. Kini nyamuk baru iaitu blog yang menjadi 'akhbar digital' pilihan ramai, yang cukup mengancam dan mengugat media arus perdana.

Inilah UMNO, akhbar Harakah 100% milik orang MELAYU , iaitu teras perjuangan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Dengan senang dan mudah menafikan hak MELAYU slogan keramat UMNO, nak menaikkan dan memartabatkan Melayu. Ini jenis apa perjuangan UMNO ni ? Harakah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia, Harakah memberi ekonomi ummah, percetakan hidup, penjual kertas cetakan, hidup, rangkaian penghantaran hidup, lori hidup, semuanya hidup. Dalam teori ekonomi nampaklah sumbangan kedua-dua nya ekonomi negara. Ini jenis apa punya UMNO melingkupkan perniagaan orang MELAYU ni.

Maka dengan pengharaman tersebut, ramai yang akan menganggur. Ekonomi sekarang tengah TENAT, UMNO buat keputusan ikut KELAKU dan PERANGAI HODOH dia. Jadi SAH lah UMNO pelingkup bangsa, pelingkup MELAYU... Rakan-rakan UMNO ku, tunggu apa lagi kasi ajarlah SAMA UMNO ni....


Permit Harakah, Suara Keadilan digantung 3 bulan

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan perkara tersebut petang ini.

No comments: