Sunday, December 10, 2006

Jadikan Membaca Sebahagian

Kata Najib kepada rakyat Malaysia .................

Rakyat Malaysia patut menjadikan tabiat membaca sebagai sebahagian gaya hidup mereka untuk menjadi masyarakat yang berpengetahuan, kata Datuk Seri Najib Abdul Razak Rabu malam.Timbalan Perdana Menteri berkata sebaik sahaja membaca menjadi budaya dan tabiat seseorang, penguasaan pengetahuan akan menjadi mudah -- sesuatu yang akan dapat dicapai secara berterusan tanpa disedari."Inilah cara berfikir yang kita mahu pupuk di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia, inginkan pembelajaran berterusan dan mahu mendapatkan lebih banyak pengetahuan. Malangnya, konsep membaca sebagai satu gaya hidup masih belum menjadi budaya di Malaysia," katanya pada jamuan malam sempena sambutan 100 tahun Kumpulan MPH di sini.Malahan, katanya membaca merupakan pilihan kedua berbanding televisyen, filem, Internet dan hiburan berbentuk lain dan beliau kecewa berikutan hasil kajian yang dijalankan tahun lepas mendapati secara puratanya, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun."Keseluruhan kajian itu menunjukkan fakta yang menyedihkan iaitu rakyat Malaysia tidak banyak membaca, dan sekiranya mereka ada membaca, mereka memilih bahan bacaan ringan seperti surat khabar dan majalah," katanya dengan menambah bahan bacaan itu menduduki tempat ketiga sebagai pilihan rakyat Malaysia.Najib berkata hasil kajian itu juga mendedahkan masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki daripada segi membina minda dan sikap rakyat Malaysia."Kita masih jauh ketinggalan sebelum kita boleh mendakwa mempunyai masyarakat yang berpengetahuan," katanya.Najib berkata statistik menunjukkan membaca merupakan tabiat yang banyak diamalkan oleh golongan berada di kawasan bandar manakala lainnya di negara ini masih menganggap membaca sebagai satu beban.Menyedari keadaan itu, kerajaan telah melancarkan pelbagai program untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan membaca sebagai tabiat dan budaya.Ini termasuk melaksanakan kempen membaca bagi tempoh lima tahun dengan peruntukan sebanyak RM50 juta di samping menjalankan pelbagai langkah dan memperkenalkan banyak insentif ke arah menggalakkan rakyat Malaysia membaca.Beliau juga menggesa perbadanan-perbadanan membantu memupuk tabiat membaca dengan membekalkan buku kepada orang ramai.-- BERNAMA

No comments: