Save Palestin!!!

Thursday 2 February 2012

Apa Itu Cinta?

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatu...terima kasih buat semua pembaca blog yang setia mengunjungi blog Pena Hati. Pena Hati bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang sentiasa merahmati hambanya. hm...dari hari ke hari makin ramai pula yang menulis dan bertanya tentang cinta. Pelik juga Pena Hati. Ada juga yang bertanyakan kepada Pena Hati tentang cinta ni...ada juga yang minta Pena Hati menulis dengan menerangkan tentang cinta. Em...macam mana Pena Hati nak berkongsi tentang cinta ni??? pengalaman??? cinta budak-budak (monyet) dengan cinta remaja serta cinta selepas bernikah ni amat berbeza. Kalau cinta monyet tu...Pena Hati rasa ramai yang pernah mengalaminya, kan? tapi cinta remaja ni Pena Hati tidak tahu macam mana nak kongsi. Apatah lagi cinta selepas bernikah, Pena Hati bertunang pun belum lagi, macam mana nak kongsi...baiklah, Pena Hati cuba terangkan Apa Itu Cinta dari apa yang diceritakan oleh rakan-rakan dan apa yang Pena Hati baca dan kaji.

Cinta ni Pena Hati bahagikan kepada 3 iaitu :-

1.  Cinta Monyet
2.  Cinta Remaja
3.  Cinta Selepas Nikah

Apa Itu Cinta Menurut Bahasa?
>Suka
Apa Itu Cinta Menurut Istilah?
>Cinta itu ialah satu perasaan yang datang apabila kita menyukai sesuatu atau seseorang kerana bersebab.
Apa Itu Cinta Menurut Islam?
>Cinta Kepada Allah S.W.T. sebagai Pencipta
>Cinta Kepada Rasulullah S.A.W. kerana memberi syafaat
>Cinta sesama manusia kearana Allah S.W.T.

CINTA MONYET

      Ini Pena Hati rasa semua orang sudah mengetahuinya. bagi yang belum pernah mengalaminya...cinta monyet ini ialah kita menyukai pasangan kita sedangkan ketika itu kita masih belum  matang (kebudak budakan / kurang matang). cinta ini memang tidak akan membawa ke gerbang pernikahan. kalau ada pun...jarang...soal jodoh ni kita tidak boleh dipersoalkan kerana ianya tercatat di Luh Mahfuz (papan terjaga).

CINTA REMAJA

      hm...yang ini Pena Hati rasa berat sedikit untuk terangkan. Kerana Pena Hati tahu jika Pena Hati salah menerangkannya, maka ia akan menyebabkan perbualan panjang atau salah faham dengan apa yang Pena Hati cuba terangkan.

      Kebiasaannya cinta remaja ini dikaitkan dengan persekolahan iaitu "bercinta semasa dibangku pelajaran". Tapi tahukah kamu bahawa cinta sebelum kahwin juga dikatakan cinta remaja? ini kerana cinta remaja adalah tidak diikat dengan pernikahan yang halal... Maka tiada redha Allah disitu... kita menjalinkan hubungan yang tidak halal sudah tentu ianya tidak diredhai Allah S.W.T. Allah S.W.T telah menyebut dalam KitabNya "Janganlah kamu menghampiri zina". Allah S.W.T tidak menyebut "jangan kamu terlibat dengan zina" tapi Allah S.W.T. melarang kita untuk mendekatinya. Dengan mendekati zina pun sudah dikira berdosa, apatah lagi jika kita terlibat dengan zina. Dan perhubungan dengan yang bukan mahram sebelum ikatan yang sah itu adalah telah terlibat dengan zina. Nauzubillah minzalik...adakah kamu suka dengan murka Allah S.W.T.

>Kenapa ya, Pena Hati katakan yang bercinta sebelum kahwin itu adalah zina???
>tak semua pasangan yang ber couple tu pegang tangan, bersentuhan antara bukan mahram, kalau keluar berdua pun bukan jalan rapat-rapat, lagi pun...jarang jumpa.
>kami ni bercinta secara islamik, jaga batas pergaulan, kami sekadar sms je, sekali sekala je contact. takkan tu pun tak boleh?

Kemana sepatutnya cinta kamu itu di salurkan?
Adakah kamu lupa siapa yang mencipta kamu?
Adakah kamu lupa siapakah yang akan menolong kamu semasa kamu meraung di padang mahsyar?
Adakah kamu lupa dari siapa kamu keluar dan siapa yang susah payah membesarkan kamu?

JAWAPAN PENA HATI :-


Pena Hati katakan begitu kerana, mustahil jika seorang yang ber couple tidak berhubung/contact. Baiklah, soalan Pena Hati pula. Kemana sepatutnya cinta kamu itu di salurkan? adakah kamu lupa siapa yang mencipta kamu? adakah kamu lupa siapakah yang akan menolong kamu semasa kamu meraung di padang mahsyar? adakah kamu lupa dari siapa kamu keluar dan siapa yang susah payah membesarkan kamu? sudahkah kamu buktikan kamu cinta kepada Yang Menciptakan kamu dengan melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang? solat paling utama, jika itu pun kamu tidak dapat penuhi, tidak layak untuk kamu ber couple walaupun yang kononnya secara "islamik". Adakah kamu membuktikan cinta kamu kepada pembawa syafaat kepadamu dengan berselawat keatas Rasulullah S.A.W. sekurang kurangnya 7 kali sehari. Rasulullah S.A.W. cukup mengingati kita sebagai ummat yang amat dikasihi sehingga diakhir hayat beliau menyeru "UMMATI UMMATI UMMATI" apa yang kita balas? langsung tidak balas apa-apa...nak berselawat pun tunggu Maulidur Rasul dan selepas solat sahaja. Kalau berselawat pun, adakah kamu selami ucapan selawat itu dengan berasa benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W.? (itu pun kalau melakukan solat yang cukup) kalau tidak? Maulidur Rasul sahaja kamu berselawat (itu pun kalau pergi berarak) kalau tidak hadir? langsung tidak berselawat, apatah lagi nak melakukan sunnah-sunnah Rasulullah. Bagi Kaum Adam, jangan kamu nak ambil hal poligami dengan mengatakan bahawa itu sunnah Rasulullah S.A.W. tidak layak untuk kamu mengatakan begitu kalau sunnah yang lain kamu tinggalkan. Kamu boleh dianggap mempermainkan sunah Rasulullah S.A.W. Sudahkah kamu mencintai kedua-dua ibu bapa mu dengan membalas jasa-jasa dan kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kamu sejak kamu di dalam kandungan sehingga kamu dewasa? Pakaian dan makanan pun masih ibu bapa belikan lagi. Malulah kamu, bawa anak dara orang tetapi semua yang ada pada kamu itu bukan milik penuh kamu. Sedarlah… yang perempuan / wanita pula, mana pergi maruah kamu??? Murahnya nilai diri kamu, senang sahaja bagi dekat lelaki. Bawa kehulu-kehilir  pegang sini sana, malah yang lebih JAHANAM ada yang berikan mahkota terpelihara yang selama ini susah payah ibu bapa kamu pertahankan dengan didikan agama dan moral, tapi kamu  “sadin” je serahkan semuanya dekat “jantan” yang kononnya nak setia. Sedangkan, dia akan tinggalkan kamu setelah dia puas meratah kamu. Sedarlah, tiada seorang pun lelaki yang mahukan perempuan yang rosak. Seteruk-teruk lelaki, apabila mereka terpandang Muslimah solehah dia akan tanamkan satu tekad untuk memperisterikan Muslimah solehah tersebut. Maka tinggallah kamu wahai perempuan “terpakai” dan menyesal serta merudunglah kamu dengan linangan air mata yang tidak dapat mengubah apa-apa pun kepada maruah diri kamu. Selepas itu jangan lah kamu meraung “jantan tak guna!!!” Pena Hati nak tanya, siapa yang tak guna? Kamu atau “jantan” tu? Ketahuilah bahawa kamu yang tidak berguna. Kerana Allah S.W.T telah mengurniakan setiap hambanya akal. “MAKA BERUNTUNGLAH KEPADA ORANG-ORANG YANG BERFIKIR…” kamu sebagai hiasan dunia, sepatutnya diri kamu itu hanyalah untuk suami kamu sahaja… maka betullah apa yang dikatakan “lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu” sudah tentu “jantan-jantan” di luar itu pandai untuk memerangkap kamu (wanita) kerana kamu “1 akal dan 9 nafsu”. Maka jalan untuk kamu selamat dari bisikan syaitan dan perangkap-perangkap “jantan-jantan” di luar sana ialah hanya bertaqwa (takut kepada Allah) dan sentiasa meningkat iman kamu dengan amalan-amalan yang disyorkan Islam. Maka kamu akan selamat dunia dan akhirat. fahamkan kata-kata hikmah ini “lelaki akan mengikut rentak wanita yang dia mahukan” tadi pena hati ada bagi tahu bahawa sejahat-jahat lelaki, apabila terpandang Muslimah solehah, dia akan tanamkan tekad untuk memiliki / memperisterikan Muslimah solehah itu. Ada yang bersuara “kalau semua lelaki nak pilih wanita-wanita yang solehah, abis tu kami nak jadi isteri siapa?”. Jawapan Pena Hati senang sahaja, kenapa kamu tak nak jadi Muslimah solehah? Kamu yang menentukan diri kamu. Sekarang ini, lelaki-lelaki semuanya cari Muslimah solehah. Kalau kamu nak kahwin, jadilah kamu Muslimah solehah. Pena Hati bagi tahu satu tips, lelaki akan memilih calon isteri berdasarkan agama. Kalau kamu nak rumah tangga kamu bahagia dan aman buat selamanya, maka jagalah agama dan akhlak kamu.

Bercinta Sebelum Kahwin? Apa Faedahnya? Lebih Baik Tumpu Kepada Meningkatkan Iman, Taqwa Dan Ilmu. Sudah Tentu Rumah Tangga Ku Nanti Akan Bahagia Bersama Si Dia.

>Apabila tepat pada masa, ketika, siapa dan bila, cinta tiada tolok bandingnya
>“siapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid” 
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain-lain)

Apabila Pena Hati berbincang tentang cinta sebelum kahwin, ada yang menceritakan pengalaman masing-masing. Pena Hati tertarik dengan kata-kata sahabat Pena Hati yang seorang ni. Dia kata “bercinta sebelum kahwin ni penat” bila yang lain bertanya kenapa? Dia jawab “sebab kena jaga perasaan dia, duit cepat habis sebab massage dan call, kadang-kadang sampai hati sendiri tak senang sebab asyik fikirkan macam mana nak jaga hati dia. Urusan pun banyak terganggu. Lebih baik tak payah bercinta sekarang. Lebih baik bercinta dengan isteri lepas nikah nanti,”

Cinta Sebagai Pemangkin Semangat?

Remaja selalu kata “bila tiada teman dihati, rasa tidak semangat untuk balajar. Teman hati itu sebagai penyeri hidup…kalau tiada, rasa macam kosong je dunia ni, malas nak belajar,” wau…hebatnya aura perempuan…

Nasihat Pena
Cinta sememangnya fitrah manusia…
Tapi…
Cinta Allah adalah yang paling utama…
Cinta Rasulullah menyusuri bersama…
Cinta kepada Ibu Bapa berkekalan selamanya…
Cinta dengan yang bukan mahram adalah sia-sia…
Cinta semasa belajar perlu dihindarkan dengan sibukkan diri…
Cinta yang sebenar adalah di dalam syurga…

Solehkan diri…bukan cari yang solehah…
Solehahkan diri…bukan cari yang soleh…
Maruah diri adalah mahkota yang perlu dijaga…

Cintakan manusia, dia akan mati,
Cintakan bunga, ia akan layu,
Cintakan dunia, dunia akan ditinggalkan,
Tapi…
Cintakan Ilahi, itu adalah cinta sejati.

Jadilah seperti Muslimah di dalam bekas kaca,
Hanya yang mampu sahaja boleh memiliki dan menyentuhnya,


No comments:

Post a Comment