Thursday, August 15, 2013

SELAMAT BERTUNANG SAHABAT BAIK KU..FARHANA JAAFAR DAN BAKRI..

Letih masih terasa,,lepas solat Subuh aku sambung tidur balik..Cadangnya nak tidur sekejap je sebab nak pergi rumah Ana..Hari ni hari pertunangan dia..akhirnya aku terlajak tidur sampai mama kejutkan aku..Alamak dah pukul 10 pagi sedangkan janji dengan Uda nak pergi pukul 10.30 pagi..Call Uda,,aku cakap kat Uda "faham-faham je la pukul 10.30 aku.." Uda kata dia faham bebenor..terima kasih kerana memahami aku..Mandi,,gosok baju dan terus keluar jam dah menghampiri 11 lebih..dah lewat dari waktu yang di janjikan..

Seronok tengok riak BAHAGIA di wajah Ana..Cantik Ana hari ni dengan makeup tipis dan baju sedondon dengan Bakri..Mudah-mudahan kalian bahagia hingga ke akhir hayat..Hmm tak sabar pulak nak melalui detik-detik manis sebegini..Syyh!!dengar kat abah,,mati aku kena bebel..Apapun belajar dulu.. Jodoh tak kemana..In Sha Allah..

Lepas balik rumah Ana aku dan kawan-kawan beraya sakan,,main terjah je pergi rumah member-member sekolah dulu kebetulan dah lama tak jumpa..Ada yang tak mandi lagi..Hampir Maghrib baru sampai rumah..Seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai walaupun tak semua ada..Entah bila akan boleh berjumpa dan berkumpul kembali..Terima kasih buat semua..Ain,,Syahida,,Aizat,,Wak,,Kheril,,Bonzer,,Amir jugak Shahril,,Eira dan Iwan..Dah lama tak jumpa ada yang terpegun tengok aku (time ni yang paling lucu),,katanya aku cute..Terima kasih..Hahaha perasan sebentar..Kemudian tanya aku ada BOYFRIEND tak?? Kenapa pulak dah...

Tapi yang pasti aku agak kecewa sebab tak dapat berjumpa dengan member-member baik aku..Syaza balik UiTM Machang dan Bella pulak balik kampung..susahnya nak berkumpul berlima seperti dulu..Rancangan untuk berbuka puasa bersama pun tak jadi,,namun begitu aku dapat berbuka dengan Bella di S.Iskandar..Harap-harap cuti sem nanti dapat jumpa dia orang..

"Selamat Bertunang.." aku ucapkan buat Ana dan Bakri..Sorry sebab aku tak jumpa kau masa nak balik..Time tu tengah tukar hantaran so aku dan Uda tak nak menggangu..Moga bahagia dan ceria selalu dalam menghitung hari bergelar seorang isteri buat SI DIA TERCINTA..




No comments:

Post a Comment