selagi jantung berdegup selagi nadi berdenyut jadikan hanya namaMu yang kuseru

click to create your own

Wednesday, June 29, 2011

dia tak solehah



بسم الله الرحمن الرحيم


kisah ini terjadi di suatu malam yg hening di dalam kereta besar berwarna hijau ^_^

man:makcik,nak tanyer sikit boleh??

makcik:apenyer??kamu nak kawen dgn anak makcik ke??

man:ish..takdelah makcik...(sambil pura-pura tersipu malu walau dalam hati mahu juga...)

makcik:habis tu?

man:emm..ada kawan sayer ni..dia ada masalah chenta sikit..ada budak perempuan kat Universiti tempat dia belajar sekarang ni ajak dy kawen..

makcik:......(pandang muka man dgn penuh curiousity)

man:before ni dah banyak kali dah budak tu nyatakan hasrat hatinya pada kawan saya ni..mula-mula dia ajak "couple" ,tapi comfrom for surely la kawan saya ni tolak..haram dy kata..

makcik:...(tersenyum mengiakan)

man:then..baru-baru ni budak tu datang lagi menyatakan hasrat hatinya pada kawan saya ni..namun kali ni..budak girl tu ajak kawen pula..sebab kalau dah couple tu haram..so jalan halalnya kawen la...

makcik:...(kening terangkat sebelah)

man:kawan saya cakap..budak tu kata dia dah tanya pendapat kakak naqibah dia dan buat solat istikharah dah..dan dia rasa jawapan dari istikharahnya adalah kawen dengan kawan saya ni..

makcik:...(dengan tenang beliau bertanya)kawan awak dah istikharah?

man:mm..dia kata dia tak ada apa-apa perasaan pon dekat budak girl tu,lagipun dia tak sedia lagi nak kawen ni..tak terfikir pon lagi..so dia rasa dia tak perlu buat solat istikharah pon..

makcik:erm..itu kata dia...kata Allah??

man:.....(sekarang man pula yg terdiam)

makcik:dia mesti buat solat istikharah juga..minta petunjuk dan jalan keluar dari Allah..mana yang terbaik untuk dia..

man:tapi dia kata budak tu tak solehah pon...boleh ke dijadikan pasangan hidup??

makcik:yang itu kita kena minta..kena doa pada Allah agar dipertemukan dengan pasangan hidup yang solehah..yang boleh membimbing tangan kita ke syurga Allah..tapi mungkin juga doa kita tidak dimaqbulkan atau lambat dimaqbulkan oleh Allah disebabkan terhijab oleh dosa-dosa kita..mungkin juga pasangan kita tu jadi solehah setelah berkahwin dengan kita...

man:mmm....



(perbualan sebenar dgn seorang istri kepada seorang suami dan ummi kepada 6 org anak yg soleh dan solehah berlaka ^_^)

surely ada edit sket...ngee ~

ikuti kisahnya disini

istikharah bukan hanya kerna cinta


بسم الله الرحمن الرحيم

semalam alhamdulillah sy berpeluang mendengar ceramah berkaitan isra' dan mi'raj..
di masjid taman TAR..kehadiran 2 ulama' besar dari jauh datangnya,seorang dari Syria dan seorang dari Iraq
mereka dtg semata-mata memenuhi jemputan dari guru kami Syeikh Fuad bin kamaludin al-maliki untuk memberi siraman mutiara indah ke atas jiwa-jiwa yg gersang dgn mahabbah Rasulullah (s.a.w)..
ceramah semalam cukup memberi kesan pada hati yg penuh dosa ini...betapa sedikit sekali aku berselawat ke atas Nabi... sedang lidahku berdusta bahawa aku mencintainya....

peristiwa isra' dan mi'raj ini mendatangkan hikmah yg begitu besar bukan saja kepada kekasih Allah ,Rasulullah (s.a.w),malah mendatangkan i'tibar yg begitu besar buat para mu'min yg memandang peristiwa ini dgn mata hati...

bagi org-org yg beriman
solat umpama mi'raj baginya
dimana detik pertemuannya dgn Rabbul jalil Allahu Rabbi
dia merasa tenang dengan solat
hingga saat dia mengangkat takbir dgn laungan Allahu Akbar
dia merasakan seolah-olah solatnya dan jiwanya adalah satu

apabila kamu merasa takut
solatlah
moga berasa aman dengannya

apabila kamu merasa gelisah dan resah
solatlah
moga kamu berasa rehat dengannya

apabila kamu buntu
solatlah
moga kamu menemui jalan keluar dengannya

solat adalah ibadah yg paling dicintai oleh Rasullullah
tanda syukur seorang hamba pada Tuhannya

kita merancang
Allah juga merancang
yakinlah bahawa perancangan Allah adalah yg paling sempurna

"boleh jadi apa yg kamu tidak suka itu adalah baik bagimu
dan boleh jadi apa yg kamu suka itu adalah buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(QS,2:216)

yakinlah
segala yg telah terjadi,sedang terjadi dan akan terjadi
semuanya sudah ada dlm ilmuNya Allah

berdoalah kepadanya
moga ditunjukkan jalan keluar bagimu
sesuai dengan apa yg sudah ada dalam IlmuNya

jika kita sering berdoa
agar dikurniakan pasangan hidup yg solehah
namun ditemukan pula dgn insan yg jauh berbeza dari bayangan kita

sedarlah
boleh jadi doa kita terhijab oleh dosa-dosa kita
maka wanita solehah tidak layak utk kita

boleh jadi juga Allah sengaja menguji keimanan kita
adakah benar cinta kita keranaNya ??
atau kerna makhlukNya semata??

boleh jadi juga
wanita itu menjadi solehah seperti yg diimpikan setelah kita bernikah dgnNya

"rasa cinta tak semestinya hadir sebelum bernikah,rasa cinta hadir justru setelah bernikah,kerna pernikahan yg berdasar cinta kepada Yang Maha Cinta,pasti insyaAllah beroleh cintaNya"

Saturday, June 25, 2011

have you engaged dear ???


بسم الله الرحمن الرحيم


"engagement is not the ticket for you to commit 'zina'.. coz

the seeds of hell can't produse the trees of paradise..."

believe me dear you ^_^











Tuesday, June 21, 2011

terang ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

tiada satu pun yang tiada bayang - bayang di dunia ini

kecuali terang itu sendiri


moga setiap jiwa diterangi cahaya Ilahi

agar nanti dpt berjumpa dgn kekasih hati

yg bergelar cahaya di atas cahaya

sang Nabi kekasih ilahi





andai bayang2 menghantui di belakang

pandanglah ke hadapan

nescaya kau akan bertemu cahaya itu

dengan izinNya pasti

(copied from a vid at youtube)

jahil = ?


بسم الله الرحمن الرحيم


jahil = gelap

perlukan cahaya !!!

cahaya = nur = hidayah

hidayah + taufiq = amal soleh

amal soleh + istiqomah = karomah

Allahu Allah....

"jalan lurus itu tidak akan kau temui tanpa = menghimpunkan diri dengan orang2 yg telah diberi nikmat Ilahi + menjauhi org2 yg dimurkai Ilahi dan didalm kesesatan."
-memetik kata murabbi yg dikasihi di jalan ini-



bantu kami ya Allah

Sunday, June 19, 2011

hipokrit

بسم الله الرحمن الرحيم


tak nak jadi hipokritttt

depan orang baeekkk

belakang orang....

cakap tak serupa bikin je..

macam mana hati nak bercahaya

macam mana nak jadi cahaya

pada nurani


wahai Tuhan Maha Pemberi Cahaya

kurniakan aku cahaya

kuatkan aku berbuat ketaatan kepadaMu

kurniakan aku taufiqMu untuk meninggalkan perkara lagha dan maksiat


Allah.....................

isnin ni puasa jom!!! ^_^

Friday, June 17, 2011

3 ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah ^_^

segala puji hanya bagi Allah

walaupun aku ni banyak buat dosa

Allah tetap limpahkan aku

nikmat demi nikmat

alhamdulillah

MUET aku kira muat lah untuk aku meneruskan ijazah

^_^

alhamdulillah

p/s:- angka 3 tu kira hebat dah tau untuk budak benci bahasa macam cik nurani kiter ni


alhamdulillah~

mmm..takda lah benci ..cuma kurang gemar ..

salam!

Thursday, June 16, 2011

keelokanmu ~_^

بسم الله الرحمن الرحيم


mulai dari malam ni

aku akan cuba isi masa dgn lamanhatikuberlari ni

at least aku tak buat benda lagha

sebab Rasulullah(s.a.w) berpesan:

"dari Abu Hurairah radiallahu'anhu,Rasulullah(s.a.w) bersabda:daripada keelokan Islam seorang adalah pada meninggalkan perkara yang tiada bermanfaat baginya."

(hadith ini hasan diriwayatkan oleh at-tirmizi dan org yg lainnya beginilah)


p/s:- tegur aku jika salah ^_^

entah bila =_=


بسم الله الرحمن الرحيم



semalam aku tgk FB
http://www.blogger.com/img/blank.gif
seorang akhi seuniversiti telah kembali ke rahmatullah
http://www.blogger.com/img/blank.gif
sebaya..

insyaAllah husnul khatimah..mati lemas

Allah..

beliau dah..

aku??

entah bila

entah apa pengakhirannya

aku harap husnul khotimah

ameen =_=

p/s:- bila baca blog arwah pada link kt atas tu..buat aku rasa dekat dgn penulisnya walaupun aku tak pernah kenal pun beliau siapa

mgkin sbb ketulusannya menulis -_-


guru aku pesan,jika ada sahabat atau orang meninggal..sedekahkan alfatihah 1x & al-ikhlas 11x..

al-fatihah~

Monday, June 13, 2011

hati bicara ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

andai kau rasa apa yang ku rasa..

itu tandanya hati kita telah berbicara

<3 <3 <3

Monday, June 6, 2011

sila mengulang ye cik nurani!!!!



بسم الله الرحمن الرحيم


TEORI BERIKUT AKAN MENUNTUN ANTUM UNTUK HAFIDZ QUR'AN DALAM 1 TAHUN, INSHA ALLAH, SILAHKAN IKUTI SAMPAI TUNTAS

Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad Shalallahualaihi Wassalam.

Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan alquran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran.

Teori ini sangat mudah untuk dipraktiskan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa sajayang ingin menghafalnya. Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktiskannya:

Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan Surat An-Nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:

1- Bacalah ayat pertama 20 kali:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

2- Bacalah ayat kedua 20 kali:

وَآتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا

3- Bacalah ayat ketiga 20 kali:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا

4- Bacalah ayat keempat 20 kali:

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.

6- Bacalah ayat kelima 20 kali:

وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلا مَعْرُوفًا

7- Bacalah ayat keenam 20 kali:

وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ وَلا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَنْ يَكْبَرُوا وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ فَأَشْهِدُوا عَلَيْهِمْ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا

8- Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالأقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالأقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا

9- Bacalah ayat kedelapan 20 kali:

وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينُ فَارْزُقُوهُمْ مِنْهُ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلا مَعْرُوفًا

10- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

11- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, maka anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga hal ini supaya hafalan tersebut kokoh dan kuat dalam ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

BAGAIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG(MURAJA'AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, karena jika anda menghafal alquran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu hingga bisa menyelesaikan semua Al Quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal niscaya hal itu akan terasa berat sekali, karena secara tidak disadari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari nol, oleh karenaitu cara yang paling baik dalam meghafal al quran adalah denganmengumpulkan antara murajaah (mengulang) dan menambahhafalan baru.

Anda bisa membagi seluruh mushaf menjadi tigabagian, setiap 10 juz menjadi satu bagian, jika anda dalam sehari menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juz, jika anda telah menyelesaikan sepuluh juz maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak delapan halaman.

Setelah satu bulan anda mengulang hafalan, anda mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman sehingga anda bisa menyelesaikan 20 juz, jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman tergantung kemampuan dan setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 lembar, hingga anda bisa menyelesaikan seluruh al-quran.

Jika anda telah menyelesaikan 30 juz, ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan setiap harinya setengah juz, kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya juga setiap harinya diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama, kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juz terakhir dengan cara yang hampir sama, yaitu setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.


Sekiranya teknik ini dilakukan selama 80hari berturut-turut, anda akan dapat mengingati 10 juzuk Al-Quran dengan lancar.Insyaallah


-Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat seorang kwn kpd pemilik blog ini

Saturday, June 4, 2011

buat yg mengaku cintakan nabinya..


بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad waala alihi wasahbihi ajmain.

Di dalam kitab Mukashafah al Qulub (Penenang Jiwa) karangan Imam al Ghazali ra (semoga Allah merahmati beliau)

Diceritakan bahawa seorang lelaki sering tidak pernah berselawat ke atas Nabi saw. Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasululah saw. Baginda langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya “Wahai Rasululah, apakah engkau marah padaku?”. Rasululah saw menjawab “Tidak”. Lelaki itu bertanya lagi “Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?” Jawab Rasululah saw “Kerana aku tidak mengenalimu”. Lalu lelaki itu menambah “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu?.Padahal para Ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya.” Rasululah saw menjawab “Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku”.

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasululah. Rasululah berkata, “Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau”.

Maka tanya lah dirimu adakah engkau mnyintai Baginda saw?
Berapa banyak dirimu berselawat kepada Baginda saw setiap tahun,blan,minggu,hari, jam dan saat?
Berapa banyakah titisan air matamu kmu titisan kerana rindu untuk berjumpa Baginda saw yang mulia?
Siapakah yang kamu selalu puja dan bangga?
Siapakah ikonmu?

Sudah tentu soalan di atas tiada satu pun yang mampu kita jawab kerana jauhnya cinta kita kepada Baginda saw (terutamanya diriku).

Oleh itu Tuhan kami, kami mengadu kepadaMu.Ya Allah suburkan cinta kami kepada KekasihMu Nabi Muhammad saw, basahilah lidah2 kami dengan selawat dan pujian kepada TemanMu Baginda Muhammad saw, bangkitlah kami di akhirat kelak di bawah panji Baginda saw serta di bawah syafaat Baginda, Nabi Muhammad saw.
Allahumma amin T.T

terjupe di FB ..hee

jom selawat banyak2!!!wahai dikau yg mengaku cintakan nabimu!

Thursday, June 2, 2011

husnul khotimah



بسم الله الرحمن الرحيم


19 Tanda Kematian yang mulia
Posted on Mei 31, 2011 by albakriah
Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh

MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad.

Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.

Memang sedih apabila de ngar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.

Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini.

Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini.

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)

Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?

Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”

Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).

Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).

Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)

di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).

Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah denganhttp://www.blogger.com/img/blank.gif satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.

Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin

dari sini

tausyiah murabbi


Bismillah...

Sedikit perkongsian…
Taushiyah Ustaz Muhadir

(di talaqi terakhir utk sem 2010/2011, pada 11/5/2011, malam Rabu, di AX 101, CFS,PJ)
“(Muqaddimah Ustaz dengan pujian dan solawat…)

Alhamdulillah, malam ini merupakan perjumpaan terakhir untuk talaqi bagi semester ini. Mudah-mudahan pengakhiran malam ini, mendatangkan kebaikan yang besar bagi sesiapa yang akan melangkah masuk ke kampus Kuantan dan Gombak.

Semoga Allah merahmati kesungguhan entum dalam menuntut ilmu secara bertalaqi, yang pada zaman ini sudah jarang dibuat orang. Kalau adapun, barangkali kurang istiqomah dan mendapat tentangan. Kerana itu, sesiapa yang tergolong dalam orang-orang yang asing, maka dia adalah beruntung, bertepatan dengan hadith Nabi :
جَاءَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah meraka yang dagang.”

Di akhir zaman ini, sangat kurang orang yang mengamalkan ilmu agama. Ramai yang tahu ilmu agama, tetapi sangat sedikit mereka yang bawa ilmu agama dalam kehidupan. Barangkali seseorang itu tidak mempunyai Master, phD dan sebagainya, tetapi ubudiyyahnya sangat tinggi, sehingga tiada wali yang datang ke tempat tersebut, melainkan menziarahi guru tersebut. Sehingga tiada penuntut ilmu yang datang ke tempat tersebut, melainkan mendapat barakah daripada khusyu’nya, tawadhu’nya, tadharru’nya kepada Allah. Demikianlah manusia yang dipilih oleh Allah, jika kita bawa agama dalam kehidupan. Dia dikenal oleh penduduk langit kerana mereka belajar ilmu dan amalkan ilmu dengan ikhlas. (Al-Fadhil Ustaz merujuk kepada Al-Marhum al-Maghfur lah, Habib Ali bin Jaafar al-Aydrus).

Kerana itu, Al-Marhum Habib Ali bin Jaafar al-Aydrus pernah mengatakan seperti yang dinukilkan guru kami, Syeikh Baba Abdul Aziz: “Yang dinamakan karomah itu bukan sekadar terbang di angin, berjalan di atas air, tak basah dek hujan, mengetahui sesuatu dan sebagainya, tetapi karomah yang paling besar adalah bagaimana jika pada hari itu, seorang hamba itu boleh pastikan dirinya taat kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Itulah karomah yang terbesar dalam hidup walaupun kadang-kadang dia tidak mencapai tahap kewalian, tetapi dia telah berjaya mendidik hatinya untuk taat kepada Allah dan meninggalkan maksiat, maka itulah karomah yang terbesar.”

Kadang-kadang orang sebegini, adalah orang yang sangat sederhana. Kadang-kadang dia tidak pandai meminta kepada Tuhannya, tetapi Allah beri kepadanya kerana hatinya bersih. Perumpamaannya, seorang ibu tidak akan memberikan lauk kepada anaknya yang menangis-nangis meminta makanan sekiranya ibu tersebut mendapati ada najis ataupun tahi cicak di dalam pinggan anak tersebut, kerana ibu itu tidak mahu anaknya makan lauk yang bercampur dengan najis. Tetapi, jika anak tersebut tidak menangis dan hanya membawa pinggan kosong yang bersih, dan anak ini sangat lurus, sangat mustaqim dan bersih hatinya, maka jika anak itu tidak meminta pun ibu tersebut akan memanggilnya dan memberi lauk ke dalam pinggan anak tersebut. Demikanlah Allah, Allah tidak akan memberi sesuatu walaupun kita meminta, jika hati kita tidak bersih. Oleh itu, bersihkan hatimu daripada sifat-sifat mazmumah kerana sifat-sifat ini adalah umpama makanan bagi anjing berupa iblis, syaitan, jin. Kita boleh menghindari gangguan jin dengan bacaan Al-Quran dan sebagainya insyaAllah, tetapi jika iblis menggoda nafsu, ia akan menjadi hawa’.

Nafsu itu tidak selamanya jahat. Yang namanya nafsu itu asalnya tiada dosa, tidak ternoda dan tidak bermaksiat. Tinggal lagi, nafsu itu sering dikalahkan oleh hawa’ sehingga seseorang itu tidak boleh lari dari kejahatan. Hawa’ adalah makanan dan minuman kepada nafsunya, namun tidak semestinya. Ada orang yang tidak perlu kepada hawa’ sehingga dia hanya melihat akan Allah. Dia hanya syuhud kepada Allah sehingga Allah membuka mukasyafahnya terhadap alam ini. Tidak ada yang dilihatnya melainkan Wajibal Wujud, Allah SWT.

Nafsu ini tidak selamanya jahat, tinggal lagi, bagaimana kita hendak mengasuh nafsu sehingga menjadi orang yang berjaya meningkatkan nafsu Ammarah kepada Lawwamah, kemudian kepada Mulhimah dan naik lagi kepada Muthma’innah. Kemudian Radhiah, Mardhiah, Kamilah dan Mutakamilah sehingga akhirnya dalam pandangan dan zauqnya hanya melihat Allah. Orang ini walaupun dirinya ada problem, ada masalah, tetapi ada sesuatu Yang Maha Kaya dalam hatinya iaitu Allah. Kerana itu, walau apapun yang terjadi padanya, hanya yang dilihatnya adalah Tauhid Af’al. Kerana itu, orang yang bijak, memandang segala yang berlaku dalam hidupnya adalah dari Allah.

Semuanya kembali kepada hati. Hati mesti bersih. Seperti seorang ibu yang apabila sinki di rumahnya melimpah air, maka pasti dia akan mengemop, mengelap dan sebagainya. Namun ibu yang bijak, akan ditutupnya punca air dari pili itu dahulu. Demikianlah orang yang tahu punca masalah, dia akan segera dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.

Kerana itu, hati ini mesti didorong kepada ilmu tasawwuf, kepada mujahadah, zikir tariqat dan guru yang mursyid dan guru yang murobbi kerana guru itulah yang akan mendorong kita kepada jalan mengenal Allah. Dalam ilmu sufi, setiap daripada kita dikenali sebagai salik, orang yang berjalan. Maka jalan itu tidak sunyi daripada rintangan-rintangannya. Kadang-kadang, ketika berjalan kita ditumbangkan oleh hawa nafsu. Jalan ini terlalu banyak rintangannya sehingga ada yang dipanggil salik waqif, iaitu orang yang berjalan tetapi akhirnya berhenti. Adapun orang yang terus berjalan, dan terus dibimbing oleh gurunya, maka orang ini akan terbuka asrarnya (rahsia-rahsia batin), maka orang ini hatinya telah mi’raj kepada Allah sehingga dia tidak memandang makhluk, tetapi yang dipandangnya adalah Allah. Orang ini adalah orang yang hatinya terus terbang kepada Allah. Maka orang ini dipanggil salik tho’ir, kerana hatinya sudah terbang kepada Allah sehingga dia boleh merasai alam malakut dan jabarut. Siapakah yang boleh menunjukkan kepada kita semua ini? Itulah guru murobbi. Daripada apa? Daripada ilmu tasawwuf. Al-Imam As-Syeikh Abul Hasan asy-Syazili menyebutkan:
وَمَن لَّمْ يَتَغَلْغَلْ فِي عِلْمِنَا هَذَا، فَمَاتَ مُصِرًّا عَلَى الْكَبَائِرِ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ
“Dan sesiapa yang tidak tenggelam dalam ilmu sufi kami ini, maka orang ini takut-takut nanti dia mengekali meninggal dalam dosa besar, sedangkan dia tidak mengetahui.”

Ibnu Allan ash-Shiddiqi mengatakan bahawa perkara yang dikatakan ini adalah benar. Ini kerana, segala solat dan ibadah jika disertai dengan riya’ dan ujub, maka semua ibadah ini ditolak oleh Allah.
Sesiapa yang belajar feqah dan dia belajar ilmu tasawwuf, maka dia telah mendapat ilmu yang tahqiq. Orang yang belajar feqah, tetapi tidak belajar tasawwuf, maka orang ini adalah orang fasiq. Orang yang hanya belajar ilmu tasawwuf, tetapi tidak belajar feqah, maka orang ini adalah zindiq. Demikianlah Imam Malik menerangkan tentang kepentingan ilmu tasawwuf, beliau menyebutkan:
مَن تَفَقَّهَ وَلَمْ يَتَصَوَّفْ فَقَدْ تَفَسَّقَ، وَمَن تَصَوَّفَ وَلَمْ يَتَفَقَّهْ فَقَدْ تَزَندَقَ، وَمَن جَمَعَ بَيْنَهُمَا مَعًا فَقَدْ تَحَقَّقَ
“Sesiapa yang belajar ilmu feqah, tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka dia menjadi fasiq. Siapa yang belajar ilmu tasawwuf sahaja, tetapi tidak belajar feqah, mengetahui halal haram dan sebagainya, maka dia adalah zindiq. Sesiapa yang mengumpulkan antara keduanya, maka dia telah mendapat ilmu yang tahqiq.”

Kerana takut-takut orang yang zindiq ini akhirnya mendakwa dia adalah Tuhan, dia terlepas daripada maqam syariat dan sebagainya. Orang ini adalah orang yang maghrur, iaitu orang yang ditipu daya oleh syaitan.

Kerana itu, kita dapati semua alim ulama’ kita dalam empat mazhab, kesemua mereka adalah ahli sufi, walaupun mereka terkenal sebagai ahli feqah. Buktinya adalah Imam Abu Hanifah rahimahullah, diriwayatkan beliau solat Subuh selama 40 tahun dengan wudhu’ solat Isya’. Imam Malik rahimahullah, ketinggian ilmu tasawwuf beliau sehingga dikatakan beliau ketika buang air kecil atau besar, beliau tidak akan duduk di bumi Madinah. Ini tidak dilakukan melainkan sebagai tanda hormat kepada kekasihnya, Rasulullah yang berada di dalam bumi Madinah. Demikian juga, Imamuna, Alim Quraisy, Imam Syafie, tahajjudnya luar biasa. Dikatakan beliau mengkhatamkan bacaan Al-Quran setiap hari. Ini merupakan cabaran buat para huffaz. Di dalam kitab Latho’ful Ma’arif karangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah ketika di bulan Ramadhan, setiap hari akan mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali. Maka selama 30 hari di bulan Ramadhan, mereka telah khatam Al-Quran sebanyak 60 kali. Kerana itu, Imam Syafie ibadahnya sungguh luar biasa, sehingga kecintaannya kepada Nabi pun sungguh luar biasa. Sehingga beliau menyebutkan:
فَقِيهًا وَصُوفِيًّا فَكُن لَيْسَ وَاحِدًا
وَإِنِّي وَحَقُّ اللهِ إِيَّاكَ أَنصَحُ
فَذَلِكَ قَاسٍ لَمْ يَذُقْ قَلْبُهُ تُقًى
وَهَذَا جَهُولٌ كَيْفَ ذُو الْحَهْلِ يَصْلُحُ
“Jadilah orang faqih dan orang sufi, jangan diasing-asingkan. Dan aku menasihatimu dengan nama Allah. Maka orang yang hanya faqih tahu mengqiyaskan hukum-hakam sedangkan hatinya tidak merasa taqwa, dan orang yang jahil, bagaimana orang jahil boleh mengislahkan?.”

Sebab orang yang faqih, tetapi tidak belajar ilmu hati, maka hatinya akan menjadi gersang kerana dia tidak tahu yang namanya zauq, majzub, fuyudhot, sebab hatinya kotor kerana tidak belajar ilmu sufi. Manakala orang yang belajar tasawwuf sahaja, tetapi tidak tahu hukum hakam, maka dia akan menjadi orang yang jahil. Jadi, bagaimana orang yang jahil hendak memimpin? Jadi, tiada jalan lain, hendaklah kita menuntut ilmu pengetahuan yang benar.

Kerana itu, ana menasihatkan, apapun subjek yang diambil oleh entum, TALAQI JANGAN TINGGAL…, di manapun entum berada; sama ada di Kuantan, Gombak, PJ dan Nilai. Bertalaqilah dengan sesiapapun. Yang penting, dengan guru yang bersanad dan guru yang mengamalkan ilmunya. Insya Allah, walaupun sedikit, kita tetap akan dapat belajar daripada guru tersebut; ilmunya, pengalamannya, kasihnya, cintanya kepada ilmu dan alim ulama’, cintanya kepada Nabi dan Ahlulbait. Semua ini kita belajar.

Tidak kurang 5000 orang yang menghadiri majlis ilmu Imam Ahmad. Anak murid Imam Ahmad yang benar-benar belajar dengannya dengan membawa pensil dan kertas adalah seramai 500 orang sahaja. Ketika ditanya kepada 4500 hadirin yang hadir yang selain daripada anak murid Imam Ahmad, mereka mengatakan: “Kami ingin melihat cara khasyah, khusyu’ dan tawadhu’nya Imam Ahmad. Kami juga ingin melihat bagaimana Allah memberi ilham kepadanya.”. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan, bagaimana para masyaikh kita menyampaikan sesuatu ilmu (tanpa henti)? Ini tidak lain melainkan semuanya adalah ilham daripada Allah kerana mereka berpegang kepada mafhum hadith:
مَنْ عَلِمَ عَمَلَ، يُعَلِّمُهُ اللهُ مَا لَمْ يَعْلَمْ
“Sesiapa yang tahu sesuatu ilmu dan beramal, malah dia mengajar ilmu tersebut kepada orang lain, maka Allah akan ajarkan kepadanya apa yang dia tidak tahu.”

Maka, tidaklah dia berbicara melainkan ilham daripada Allah. Semuanya berbalik kepada hati yang bersih. Kalaupun dia tiada meminta, Allah akan beri ilham kepada hati yang bersih. Mereka inilah kekasih Allah.

Kerana itu, jangan tinggal talaqi walau di mana pun entum berada. Cari ilmu. Tidak rugi orang yang cari ilmu. Tidak kira apa sahaja bidang entum. Entum sangat ‘special’ sekali kerana entum tidak ambil IRK dan sebagainya, tetapi entumlah yang mengungguli majlis-majlis talaqi. Cuma, tidak ada yang tinggal melainkan ikhlaskan niat dalam belajar. Bukan semata-mata untuk dikasihi dan dikenal oleh guru, ini semua datang kemudian. Yang penting, ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu.

Yang kedua, bila sudah belajar, amalkan ilmu itu.

Yang ketiga, istiqomahlah dalam beramal kerana ini adalah perkara yang paling penting dan paling payah iaitu istiqomah dalam bertalaqi dan beramal.

Kerana itu, ketika turunnya ayat:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
maka para sahabat melihat di kepala Nabi sudah tumbuh uban. Para sahabat bertanya: “Apakah di dalam surah At-Taubah ini terdapat cerita para Nabi dan Rasul tentang beratnya tanggungjawab mereka, atau cerita pembunuhan dan peperangan sehingga menyebabkan uban tumbuh di kepalamu, ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Tidak, aku menjadi beruban hanya kerana turunnya satu ayat ini. Itulah dia ayat “Fastaqim kama umirta..” yang bermaksud: “Hendaklah kamu (Muhammad) istiqomah sebagaimana yang disuruh oleh Tuhanmu.”

Kerana itu, sesiapa yang dapat beristiqomah, maka baginya perbendaharaan dunia dan akhirat. Kerana orang yang istiqomah, Allah sangat sayang dan kasih padanya. Kalau tidak istiqomah, takut-takut dia tergolong dalam salik waqif. Mungkin dengan jalan sedikit sahaja lagi dia akan diberi pemberian dan penganugerahan dari Allah, tinggal lagi, dia tidak dibimbing, tidak bertalaqi sehingga hatinya sejuk dan takut-takut pengakhirannya adalah su’ul khatimah.

Kita belajar tasawwuf dan bertalaqi kerana kita mahu martabat ubudiyyah kehambaan kita dinaikkan oleh Allah. Antara caranya adalah sucikan hatimu dan cintai Nabimu . Kerana orang yang tahu agama, tetapi tidak cinta Nabi dan Ahlulbait, hatinya akan menjadi gersang. Bila mendengar bicaranya, kita dengar bicaranya kering kontang. Talaqi memberi kelebihan kepada entum. Bukan kita meminta darjat di kalangan manusia, tetapi Allah yang mengangkat darjat hambaNya.

Diceritakan bahawa, dalam perjalanan Ibnu Abbas RA mencari ilmu agama, beliau lahir agak terkemudian, sehingga beliau tidak berkesempatan selalu dalam majlis ilmu Rasulullah . Sebab itu, beliau mula belajar dengan para sahabat. Antara guru beliau adalah Zaid bin Thabit. Ada yang meriwayatkan, guru beliau adalah Ubay bin Ka’ab. Beliau (Ibn Abbas) menghambakan diri kepada guru beliau. Dikisahkan, suatu hari, ketika beliau pergi ke rumah guru, beliau tidak berani mengetuk pintu rumah guru beliau kerana takut jika menyalahi adab dan takut jika mengganggu gurunya. Ketika itu merupakan hari yang berangin. Beliau duduk di situ dan tidak menjerit-jerit memanggil gurunya, sehingga debu-debu melekat di mukanya. Kerana terlalu lama menunggu, debu-debu yang melekat di muka dan janggutnya membuatkan beliau tidak dikenal sebagai manusia, yang namanya Ibnu Abbas yang merupakan sepupu Rasulullah . Sehingga ketika gurunya keluar, gurunya bertanya: “Siapakah ini? Masya Allah! Ini adalah sepupu Nabi! Kenapa kamu berbuat sedemikian?”. Ibnu Abbas menjawab: “Saya tidak mahu takut-takut saya mengganggu guru tidur atau berehat dan sebagainya.” Demikianlah juga ketika gurunya ingin pergi ke suatu tempat, Ibnu Abbas lantas mengambil dan menaikkan gurunya ke atas seekor unta, dan beliau berjalan di belakang unta tersebut kerana tanda hormat kepada gurunya. Ketika ditanya oleh gurunya, mengapakah kamu berbuat demikian? Maka dijawabnya:
هَكَذَا أُمِرْنَا أَن نَفْعَلَ بِعُلَمَائِنَا
“Demikianlah kami diajar supaya kami buat hormat pada ulama’ guru kami.”
Ketika sampai di tempat yang dituju, Sayyiduna Zaid lantas turun dari unta dan mengambil tangan Ibnu Abbas dan menciumya. Ibnu Abbas lantas bertanya mengapa gurunya berbuat demikian? Gurunya menjawab:
هَكَذَا أُمِرْنَا أَن نَفْعَلَ بِآلِ بَيْتِ نَبِيِّنَا
“Demikianlah kami diajar supaya kami menghormati Ahlil bait Nabi kami.”
Akhirnya Ibnu Abbas menjadi orang yang dihormati dari segi wara’nya, ilmunya dan firasatnya sehingga keluar dari mulutnya sebagai tasyji’ kepada para penuntut ilmu:
ذَلَلْتُ طَالِبًا فَعَزَزْتُ مَطْلُوبًا
“Aku dahulu menghinakan diriku untuk belajar menuntut ilmu, tetapi sekarang aku mulia kerana menjadi pengajar yang dituntut ilmu.”

Demikianlah, maka kekalkanlah ‘ilaqah qolbiyyah dengan guru walaupun sudah tidak bertemu dengan guru iaitu jangan lupa baca Al-Fatihah tujuh kali setiap kali selepas solat. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan berkat daripada Allah Robbul A’lamin. Allahumma Amin.”

(Catatan ini berdasarkan rakaman dari taushiyah spontan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz pada malam tersebut, tanpa diubah ayat dan perkataannya)

# Amalan Rabitatul Qulub (‘ilaqah qalbiyah)

Baca 7 kali Al-Fatihah dan dihadiahkan buat:
1. Rasulullah , para Anbiya’ dan Malaikat
2. Para sahabat, tabi’n dan tabi’ tabi’in
3. Para auliya’illah terutamanya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Syeikh Abul Hasan asy-Syazili, Syeikh Ahmad Badawi, Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, Habib Abdul Qadir ibn Ahmad as-Saqqaf, Habib Ali ibn Jaafar al-Aydrus..…
4. Para fuqaha’ terutamanya Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad
5. Para muhaddithin terutamanya Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam at-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah dan Imam An-Nasa’i
6. Para ulama’ terutama para masyaikh kita (boleh dibayangkan wajah mereka seimbas lalu)
7. Kedua ibu bapa kita.
(Al-Fadhil Ustaz mengizinkan taushiyah dan amalan Rabitatul Qulub ini untuk dicopy dan dipanjangkan untuk kebaikan)
Dicatat oleh ahli-ahli talaqi.

duhai anak ...


Bismillah.....



kata-kata ini sy ambil dari sebuah buku bertajuk "DIARI SUFI"..moga2..perkongsian ini meningkatkan lagi proses muhasabah didalam diri...insyaAllah...=)

bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...
bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...

bila hati kita terguris,kita kata..." Mak memang tak pernah faham..."
bila hati kita terhiris,kita kata..."Ayah memang tak ambil kisah..."

TETAPI

bila hati mak kita guris, mak kata..."Tak apa,dia masih muda..."
bila hati ayah kita hiris, ayah kata..."Tak mengapa,belum sampai akalnya..."

bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

berbaktilah kepada mereka selagi terdaya,
hargailah mereka selagi masih bernyawa...
dan jadilah anak yang diredhai oleh keduanya....

p/s:cahaya terjumpa kt FB

rezeki yg baik




Bercerita Tentang Jodoh
Rab, 01 Jun 2011 21:24 | Pahrol Mohd Juoi | Editor: kasihsayang
Print
0
alt

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"

"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."

"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

Wasilah Memilih Jodoh

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."

"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."

"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"

"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.

"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis

Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.