NUFFNANG

Thursday 15 August 2013

Mesir Berdarah. Kekejaman Pasukan Keselamatan Mesir Terserlah.

Mesir Berdarah. Kekejaman Pasukan Keselamatan Mesir Terserlah.

Pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan pro-Morsi di Mesir semalam mendapat kecaman hebat dari masyarakat dunia. 

#PrayForEgypt menjadi trending di seluruh dunia dan semua orang nampaknya mula sedar kekejaman rejim pasukan keselamatan Mesir kini memasuki fasa yang tidak boleh lagi dipandang ringan.

Seramai 278 orang dilaporkan mati dibunuh menurut angka rasmi. Angka tidak rasmi menyebut lebih 2,000 orang maut ditembak tanpa belas kasihan.

Masjid Rabiah Adawiyah yang menjadi kubu penyokong Morsi dibakar oleh pihak tentera dengan mayat-mayat penyokong Morsi yang mereka tembak mati, hangus di dalamnya.

Inilah hasil tangan dari Arab Spring. Arab Spring yang dahulunya disanjung oleh Nurul Izzah dan kawan-kawan dan seboleh-bolehnya mahu direbakkan ke negara ini ketika mereka berkempen sebelum PRU ke 13 yang lalu.

Untuk rekod, Arab Spring diketahui bermula di Mesir dengan bantahan anti Hosni Mubarak tidak lama dulu.

Mesir: 500 orang berhimpun di KL kecam pembunuhan


Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR 15 Ogos - 

Lebih 500 orang mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di sini bagi mengecam tindakan pasukan keselamatan negara itu membunuh penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Dengan laungan 'Allahu Akbar' serta membawa poster bertulis seperti Stop the killing, return back peoples choice dan 'Hidup Morsi' bagi menyokong Morsi, kumpulan itu berarak ke Kedutaan Mesir.

Demonstrasi yang diadakan kira-kira pukul 2 petang itu merupakan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia.

Kumpulan yang memulakan perarakan dari Pusat Beli-belah Ampang Point itu kemudian turut menyerahkan memorandum bantahan yang disampaikan kepada wakil kedutaan tersebut. 

UTUSAN ONLINE

source : IPOH MALAY

No comments: