HIPERTENSI/ TEKANAN DARAH TINGGI
Pengenalan
Hypertensi atau
Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak
komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini
adalah 24%.
Tekanan Darah
Jantung anda bekerja
seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua
bacaan contohnya 140/75
- Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
- Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal
Kategori
|
Sistolik
|
Diastolik
|
|
Normal
|
bawah
120
|
dan
|
bawah
80
|
Pre-hypertensi
|
120
- 139
|
atau
|
80
- 89
|
Hypertensi
|
140
dan keatas
|
atau
|
90
dan keatas
|
Hypertensi sistolik
|
160
dan keatas
|
dan
|
bawah
90
|
Penyebab-penyebab
Penyebab hypertensi
selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun
hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Penyakit buah pinggang
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Faktor keturunan
- Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda & gejala
- Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
- Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
- Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
Komplikasi-komplikasi
Komplikasi-komplikasi
Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting
terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis
kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah
meningkat.
- Peningkatan
mendadak tekanan
darah
- Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
- Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
- jantung - menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
- pembuluh darah - pembuluh darah menjadi keras
- buah pinggang - mengakibatkan kegagalan buah pinggang
- mata - pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
- otak - strok/angin ahmar
Semua komplikasi di
atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Rawatan
Tekanan darah tinggi
anda boleh di rawat secara
- Rawatan tanpa ubatan
- Anda perlu mengubah cara hidup seperti
- Kurangkan pengambilan garam
- Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
- Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
- Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
- Hindari stress
- Rawatan Ubatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan