:: KEMAHANGcare TV ::

Saturday 26 January 2019

#32 .:: ROS LULUS PERTUKARAN NAMA RASMI KEMAHANGcare ::.


Dengan ini dimaklumkan bahawa PERTUBUHAN KEBAJIKAN UMMAH KEMAHANGCARE (KEMAHANGcare) kini dikenali sebagai:-

PERTUBUHAN BANTUAN BENCANA DAN KEBAJIKAN KEMAHANGCARE
(KEMAHANGcare)

Pertukaran Nama Rasmi ini adalah SELARAS dengan KELULUSAN PINDAAN PERLEMBAGAAN
yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
melalui Surat dengan rujukan PPM-023-03-17072017.

Penggunaan nama rasmi yang baharu adalah berkuatkuasa 1 NOVEMBER 2018.


Sekian, Untuk makluman.

Puan Wan Doti Nozarina Binti Wan Yahya,
Setiausaha,
KEMAHANGcare

Sunday 8 January 2017

#31..:: KEMAHANGcare SERTAI MISI BANTUAN BENCANA BBNGO 2017 SEKITAR TANAH MERAH & TUMPAT ::

:: 5 JAN 2017, TANAH MERAH ::

SYUKUR ALHAMDULILLAH.. KEMAHANGcare telah diberi peluang untuk menyertai MISI BANTUAN BENCANA 2017 anjuran Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) bagi mengagihkan 526 kampit beras dan lain-lain sumbangan kepada penduduk Sekitar Kg Sokor, Kg Sokor Blok, Kg Sokor Estate, Kg Pasir Besar dan Kampung Kusial yang turun terkesan ekoran banjir yang melanda Gual Ipoh, Tanah Merah.

Krew KEMAHANGcare
khusyuk mendengar taklimat.

 Penduduk kampung turut membantu mengangkat
dan memunggah barang/sumbangan.

 Abg Din CROC 4x4 mewakili
BBNGO turut menyampaikan
sumbangan kepada mangsa banjir.
 Penyelia DUN Gual Ipoh, Cikgu Wan
turut sama turun padang.
 Wakil KEMAHANGcare

Mangsa banjir amat berterima kasih kepada BBNGO
atas bantuan yang dihulurkan.


:: 6 JAN 2017, TUMPAT ::

Pada 06 Januari 2017 pula KEMAHANGcare telah menyertai satu lagi MISI BANTUAN BENCANA 2017 anjuran BBNGO. Kali ini beberapa NGO yang bernaung di bawah BBNGO termasuk IMARET, IKRAM Health, KEMAHANGcare, PAPISMA dan yang lain-lain memberi tumpuan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.

Dalam misi bantuan kali ini, BBNGO telah menyampaikan sumbangan berupa beras, biskut, hygiene kit dan lain-lain keperluan kepada lebih 120 keluarga di kampung ini. 

Sekian, dilaporkan. 

 Orang kuat BBNGO sedang bersampan
untuk ke Pusat Agihan.
 Antara barangan / bantuan / sumbangan 
yang diagihkan kpd mangsa banjir
Kg Kajang Sebidang.

 Koordinator KEMAHANGcare,
Sdr. Sayed Zol.
 Sek. Men Ugama (Arab) Nurul Huda
Kg Kajang Sebidang, Tumpat 
turut ditenggelami air.

 "BBNGO, Bersatu Membantu"
tanpa jemu.
 Antara Sukarelawan BBNGO yang 
turun ke lapangan.

Sukarelawan KEMAHANGcare
gigih packing barang2 sumbangan.

Sukarelawan KEMAHANGcare
 "KEMAHANGcare, Cakna Ummah"
Kami Tak Ramai, Tapi Kami Tetap Ada..

#BBNGO.. Bersatu Membantu
#KEMAHANGcare.. Cakna Ummah
#BanjirKelantan2017

Friday 12 August 2016

#30..:: MOHD AMIR FIRDAUS, REMAJA CERIA YANG KINI TERLANTAR (KOMA) DI PEMBARINGAN ::

KES 1: LAPORAN ZIARAH MARHAEN 12 OGOS KEMAHANGcare Official
Kira-kira 10bulan yang lalu, Mohd Amir Firdaus Bin Mohd Hijazi merupakan remaja ceria dan sihat seperti mana rakan-rakan seperingkat usia dengannya. Namun segalanya berubah dalam sekelip mata pada tanggal 16 November 2015 setelah beliau terlibat dalam kecelakaan jalanraya (terbabas motosikal) yang ditunggang bersma rakannya semasa pulang dari mandi manda di Air Terjun Lata Bijih, kira-kira 15 kilometer dari rumahnya ketika itu di Batu 7, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam kecelakaan jalanraya itu, Mohd Amir Firdaus telah jatuh ke dalam cerun/gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kg Lawang, dan hanya dijumpai orang ramai setelah kira-kira 2 jam selepas beliau kemalangan. Dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah, beliau mula tidak sedarkan diri (koma).

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati beliau patah kaki, mengalami gegaran otak, hatinya terkoyak dan beberapa kecederaan lain. 16 Ogos ini akan genaplah 9 bulan beliau berada dalam keadaan koma di pembaringan.

Menurut ibunya, YM Raja Rasiah Binti Raja Ibrahim, 45 tahun, kos untuk membeli barangan keperluan Mohd Amir Firdaus setiap bulan mencecah hampir RM950, belum lagi termasuk belanja barang dapur dan bil utiliti terutama elektrik yang agak tinggi memandangkan bilik Mohd Amir Firdaus terpaksa dipasang alat penghawa dingin ekoran beliau akan mengalami sawan jika kepanasan. Bil elektrik melambung sehingga RM300 lebih setiap bulan. Namun, demi keselesaan dan memenuhi keperluan Mohd Amir Firdaus, mereka terpaksa berkorban.

Lebih malang lagi, YM Raja Rasiah, ibu kepada 4 orang anak ini disahkan menghidap penyakit jantung dan perlu berjumpa pakar di Hospital Tanah Merah setiap bulan. En. Hijazi, 55 tahun (suami kepada YM Raja Rasiah) pula mengalami masalah semput dan tidak boleh melakukan kerja berat. Untuk menampung perbelanjaan keluarga, Raja Rasiah melakukan kerja mengambil upah menghantar dan mengambil anak jirannya dari tempat kerja dengan bayaran sebanyak RM120 sebulan. Selain itu, mereka juga ada menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak bulan JUN 2016 yang lalu, selain bantuan dan sumbangan keluarga terdekat, jiran-jiran dan orang perseorangan. Rumah yang dijadikan tempat berteduh mereka sekeluarga juga tidak lagi perlu disewa memandangkan kini menumpang tinggal di rumah PPRT salah seorang anak tirinya. (Untuk pengetahuan, YM Raja Rasiah sekeluarga sebelum ini menyewa di sebelah Sawmill Batu 7, tetapi kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah, mereka terpaksa berpindah ke rumah PPRT milik anaknya tirinya ini.

Semasa team KEMAHANGcare menemuramah En Hijazi dan YM Raja Rasiah, mereka memaklumkan tentang hasrat mereka untuk menjalankan perniagaan makanan ringan dan masakan panas secara kecil-kecilan di hadapan rumah yang didiami sekarang. Namun, mereka memerlukan modal permulaan sekitar RM3,000 untuk membeli peralatan memasak dan bahan-bahan keperluan yang lain. Mereka juga mengharapkan sumbangan katil boleh laras untuk Mohd Amir Firdaus bagi memberi keselesaan kepadanya.

Kepada para dermawan yang berhasrat untuk membantu keluarga ini, boleh hubungi alamat dibawah :-

YM Raja Rasiah Binti YM Raja Ibrahim,
D/A Mohd Hijazi,
Lot 84, Kg Batang Merbau,
17500 Tanah Merah, Kelantan 
( Belakang Sek Keb Batang Merbau, TANAH MERAH)
No. Telefon: 0111 792 4802

No. Akaun Bank Islam: 03- 054 - 02 - 065597- 6

Terima kasih atas kerjasama diberikan.








 

#29.. :: PN WAN NAEMAH HIDAPI KANSER TIROID TAHAP 2, TIDAK MAMPU TANGGUNG KOS RAWATAN ::

KES 2: LAPORAN ZIARAH MARHAEN 12 OGOS -  KEMAHANGcare Official


ALHAMDULILLAH, sekitar jam 5.00 petang tadi (12 Ogos 2016), Aktivis KEMAHANGcare telah berpeluang melawat PN WAN NAEMAH WAN DERASOL, 61 tahun di RPK Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, setelah mendapat laporan/aduan daripada En. Nik Zulkifli dan En. Muhasly Muhamad (kedua-duanya adalah Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanah Merah).


Lawatan team KEMAHANGcare & SAHABAT KEMAHANGcare kali ini turut disertai oleh adik-adik pelajar daripada SMU (A) Maahad Ahmadi Padang Siam, Tanah Merah dan orang perseorangan.

Untuk makluman semua, Pn Naemah yang telah kematian suami tahun lepas merupakan penghidap KANSER TIROID TAHAP 2 dan sedang menerima rawatan susulan daripada HUSM Kubang Kerian dan Hospital Tanah Merah.
Ibu kepada 6 anak ini diarahkan menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan lengkap di HUSM Kubang Kerian pada 10 Januari 2017, tetapi beliau tekad untuk 'menolak' pemeriksaan kesihatan tersebut ekoran tidak mampu menampung kos rawatan yang semuanya berjumlah hampir RM1,850 (tidak termasuk kos wad). Kini beliau tinggal dua beranak (anak bongsu, perempuan) di rumah peninggalan arwah suaminya.

Pn. Wan Naemah ada menerima bantuan daripada JKM RM300 sebulan, tetapi mulai Ogos 2016 bantuan tersebut telah dikurangkan kepada RM200 sebulan.

Anak bongsu beliau, Nurhikmah Bt Osman, 19 tahun pula telah bertindak menolak tawaran ke IPTA pada 2015 memandangkan pada waktu itu ayahnya sedang tenat. Kini Nurhikmah sedang menuntut di Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2.

Pn. Wan Naemah juga ada menerima bantuan MAIK (one off) sebanyak RM300 pada bulan Jun yang lalu. Duit belanja yang dikirimkan anak-anaknya tidak mencukupi untuk beliau mengumpul wang bagi membiayai kos rawatan pada bulan Januari 2017 nanti memandangkan anak-anaknya juga sudah bekeluarga dan mempunyai tanggungan masing-masing.

Kepada tuan/puan para dermawan budiman yang ingin turut sama membantu Pn Wan Naemah mengumpul wang bagi pembiayaan kos rawatan (RM 1,850) pada Januari 2017 nanti atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai beliau, boleh hubungi:-

Pn. Wan Naemah Binti Wan Derasol,
Kg. RPK Gual Ipoh,
17500 Tanah Merah, Kelantan.
(011 1634 8425 - Nurhikmah (anak bongsu Pn Wan Naemah)

No. Akaun Bank Islam: 03 - 054 - 02 - 050294 - 2

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan anda semua.
KEMAHANGcare - Cakna Ummah





Tuesday 9 August 2016

#28.. :: HEBAHAN KANAK-KANAK HILANG@MACHANG, KELANTAN ::


KEMAHANGcare Official mohon KERJASAMA anda semua untuk VIRALKAN hebahan ini, jika terjumpa kanak-kanak malang ini, sila laporkan kepada pihak berkuasa. Terima Kasih.

Saturday 6 August 2016

#27.. ::JJMK BESUT/JERTIH - TERIMA KASIH NGO WARGAKILANG::

ALHAMDULILLAH... Berlangsung dengan jayanya pada hari ini ( 6 Ogos 2016, SABTU ) program JALAN-JALAN MASUK KAMPUNG (JJMK) anjuran NGO WARGAKILANG Kelantan Chapter utk kawasan sekitar Besut & Jertih. 30 keluarga/asnaf telah berjaya disantuni meliputi kawasan-kawasan seperti Kg Alor Selising, Padang Luas, Kg Tanjung Alir, Cerang Meliling, Kg. Padang Baloh, Pasir Akar dan beberapa kawasan lagi.
KEMAHANGcare yang telah menghantar 4 wakil untuk turut sama merasai denyut nadi rakyat bersama NGO WARGAKILANG ini, dengan 2 matlamat.. turut sama membantu NGO WARGAKILANG dalam menyantuni asnaf, dan dalam masa yang sama kami turun sebagai 'pemain baru' untuk belajar selok belok pengurusan kerja-kerja amal dan kebajikan daripada NGO WARGAKILANG yang telah berbelas tahun menabur bakti menjejak, mendekati, dan membantu para asnaf tanpa mengira penat lelah. Alhamdulillah, walaupun pertama kali turut serta dalam program besar begini, kehadiran kami diterima dengan terbuka oleh mereka, malah kemesraan yang ditunjukkan aktivis NGO WARGAKILANG membuatkan kami begitu selesa membantu. TERIMA KASIH UNTUK LAYANAN YANG CUKUP MESRA, dan tunjuk ajar yang diberikan.

Berkenaan asnaf pula, daripada 30 keluarga yang terlibat dalam program ini, KEMAHANGcare akan memilih beberapa keluarga untuk kami usahakan sesuatu kepada mereka, mungkin lebih kepada bantuan berbentuk pembangunan ekonomi isirumah.

Dipaparkan bersama laporan ringkas ini gambarfoto JJMK BESUT & JERTIH untuk tatapan semua.








#26.. :: KAMI TAK RAMAI, TAPI INSYA'ALLAH KAMI ADA.... ::


ANTARA wakil KEMAHANGcare ke program JJMK JERTIH & BESUT kelolaan NGO WARGA KILANG. Peluang terbaik untuk kami menimba sebanyak mungkin ilmu bagi menggerakkan KEMAHANGcare yang baru setahun jagung ini. 

ANDA tidak perlu risau, ye betul KAMI TAK RAMAI, TETAPI KAMI ADA.. KEMAHANGcare - Cakna Ummah

Masjid Wakaf Lichong,
Pasir Puteh.