Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 30 September 2012

Belanjawan 2013 Tak Bawa Rakyat Kepada Allah

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah.Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

 Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah. “Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman. Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana. Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. “Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya. Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram.

Edisi Capati : Janji Tinggal Janji


Belanjawan 2013 dah pun selamat diumumkan namun apa yang dijanjikan langsung tak dilaksanakan. Projek hanya dilaksanakan hanya pada kawasan yang dimenangi sahaja. Nampak sangat double standart yang dilaksanakan oleh Kerajaan Bangkrap Negara. 

Tunjuk “Anu” bawa Padah

Gara-gara berkelakuan lucah terhadap seorang pensyarah, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.R Siva, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.Berdasarkan pertuduhan, Siva didapati menunjukkan kemaluannya untuk dilihat Mahfuza Jamaluddin, 28, di hadapan lif tingkat satu, Blok C, Hospital Melaka pada jam 3.50 petang, 25 September lalu.Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam belanya, N Gunalan merayu diberikan hukuman rendah kerana mempunyai pendapatan kecil, selain perlu menanggung dua anak dan bapanya yang tua.Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ida Rahayu kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.Mengikut fakta kes, ketika pengadu (mangsa) menunggu lif selepas mengadakan temu janji dengan doktor di Blok C, Hospital Melaka, dia terkejut apabila seorang pengawal keselamatan di situ menunjukkan kemaluan sebelum bertindak membuat laporan polis.

Jumaat, 28 September 2012

Takziah untuk Keluarga Tan Sri Abdul Ghani Minhat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat pada pagi ini."Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara.

Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa.Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi."Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya."Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi.Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya.DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah

Gula-gula akan ditabur petang ini

najib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’ dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini. Menyifatkannya sebagai ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggnajib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’ dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini. Menyifatkannya sebagai ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

 Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggalakkan pelaburan. “Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara,” katanya kepada di lobi parlimen. Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik. BR1M berlawanan dengan kebajikan berstruktur yang dicadang Pakatan dalam Belanjawan 2013 dengan peruntukan kebajikan tertentu mengikut tempoh bersesuaian. 

 Sebelum ini, kerajaan Umno melalui Bajet 2012, menyogok wang tunai RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan yang dianggap mahathir sebagai menyerupai rasuah.alakkan pelaburan. “Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara,” katanya kepada di lobi parlimen. Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik. BR1M berlawanan dengan kebajikan berstruktur yang dicadang Pakatan dalam Belanjawan 2013 dengan peruntukan kebajikan tertentu mengikut tempoh bersesuaian. Sebelum ini, kerajaan Umno melalui Bajet 2012, menyogok wang tunai RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan yang dianggap mahathir sebagai menyerupai rasuah.~tukanglawan

Balu Pejuang Kemerdekaan Meninggal Dunia

Berita Kematian Balu Pak Sako seorang Nasionalis dan juga Pejuang Sastera "tukanglawan" dapat bila baca Tweet Pak Syed Husin Ali sebentar tadi. Aishah @ Esah bt Husin Pernah aktif dalam AWAS, (Angkatan Wanita Sedar) iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sedikit Sejarah Aishah Husin dan Penglibatan dalam AWAS, Kita sedikit lupa siapa Aishah bt Husin, beliau sebenarnya seorang pemimpin yang harus kita hormati, Selain dari Aishah Ghani (Bekas menteri Kebajikan Masyarakat) dan Shamsiah Fakeh, Aishah Husin adalah antara pemimpin awal dalam AWAS, jadi selayaknya beliau kita gelar "pejuang kemerdekaan". tetapi kerana perjuangannya bersifat "kiri" maka jarang dihebahkan peranan besarnya dalam menuntut kemerdekaan negara ini. AWAS bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. 


Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis. Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948, lebih kurang 10 tahun sebelum merdeka. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga pejuang kemerdekaan ini dicucuri rahmat.~tukanglawan

Khamis, 27 September 2012

Ahli UMNO Sabah Warganegara India

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu. Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. 


Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan. Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2. Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India. Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial. 

 Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah dan sampai di Lahad Datu sekitar 1994. Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991. Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu). Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu. 

 Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91. Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM. Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah. Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah. 

 Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India. Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya. Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan. 


 Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India? Kini dengan pendedahan Klip video Kamaruddin untuk masyarakat India diapungkan di Youtube yang bertajuk 'Kuch-Kuch Hota Hai Malaysia'telah menaikkan kemarahan rakyat Sabah. Namun yang paling merasa kesan dan terancam oleh pendedahan ini ialah Baisul Khan kerana ramai pihak telah menulis surat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, mencadangkan anugerah 'Panglima Gemilang Darjah Kinabalu' (PGDK) yang dianugerahkan kepada Baisul Khan ditarik balik.~Tukanglawan

Kerajaan Selangor Memang Zalim


Kerajaan Selangor memang zalim. Ada ke patut tak beri rakyat bayar bil air macam kat negeri lain.Tapi untung juga jadi rakyat selangor sebab tak payah nak susah-susah beratur nak bayar bil air, tak payah nak fikir masalah tak de air dan tak rugi bila dibatalkan perjanjian bekalan air. Sebab Selangor Negeri Kaya tak macam Melaka, Nama saja negeri maju tapi air minuman warna macam air longkang terpaksa rakyat melaka beli penapis air yang harga beribu-ribu. 

Korang sanggup tak minum air yang warnanya macam nie ? 
Air yang digunakan di Jasin ( Kawasan Dato' Ahmad Hamzah / UMNO ) 







Pakcik India Mengamuk Depan Pejabat DAP

Kesian tengok pakcik india nie yang tak puashati dengan tindakan DAP .. Kesiannya ... Tak De orang nak layan plak tu dengar keluhan dia. Inilah dia akibat makan gaji buta 







Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 Baik Untuk Sabah Sarawak ?

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin melihat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan memberi satu impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Malah menurut beliau, perancangan Pakatan Rakyat yang ingin membina lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.

Pakatan Rakyat melalui belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentangkan semalam meletakkan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat melihat kemudahan jalanraya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

Di mana rakgkaian jalan di Semenanjung mencapai 35,735 km menjelang 2009, manakala gabungan jalan di Sabah dan Sarawak hanya 10,171 km.

Menurut Lajim lagi, kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini telah menjanjikan pembinaan lebuhraya tersebut namun sehingga kini belum ada sebarang tanda mahupun isyarat yang mereka ingin laksanakan.

"Sabah dan Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dan merupakan pengeluar minyak dan sumber hasil bumi yang amat banyak.

"Namun apa yang rakyat di sana dapat, malah tidak ada satu pun pembangunan mega dilakukan terutamanya pembinaan lebuhraya yang menghubungkan ke dua-dua buah negeri," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Beliau yang cukup yakin dengan apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat kerana agenda yang dibawa adalah untuk memastikan dan memberi keutamaan kepada rakyat terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung.

"Jadi harapan saya agar rakyat Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat jika ingin melihat pembangunan serta kehidupan mereka berubah pada masa yang akan datang.

"Atas dasar itulah saya dan kawan-kawan meletak jawatan serta meninggalkan Barisan Nasional adalah semata-mata untuk berjuang demi kesejahteraan rakyat di sana," sambung beliau lagi.

Lajim yang ketika ditanya pengalaman beliau sewaktu berada di dalam Barisan Nasional dengan apa yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya dalam urusan belanjawan.

"Bagi Barisan Nasional mereka memang bentang bajet seperti biasa dengan mengumumkan peruntukan untuk kebaikan rakyat tapi pada masa yang sama kita boleh nampak rakyat Sabah dan Sarawak yang miskin semakin miskin manakala yang kaya terus mengaut kekayaan.

"Saya tidak mempunya satu harapan yang tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi dengan adanya pendekatan Pakatan Rakyat, saya yakin bahawa apa yang akan dilaksanakan di negeri-negeri tersebut memberi impak yang besar kepada kedua-dua negeri, apatah lagi dengan pemberian 20 peratus royalti minyak," kata beliau lagi

Beliau yang yakin dengan peruntukan 20 peratus royalti minyak itu bukan sahaja pembangunan di Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan malah rakyat negeri itu akan keluar dari garis kemiskinan.

Pakatan Rakyat selain daripada perancangan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu itu turut akan memperluaskan dan menaiktaraf rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak yang kini terdiri hanya pada 134 km sahaja.

Pakatan Rakyat berpendapat dengan terlaksananya pembinaan lebuhraya dan juga naiktaraf landasan keretapi itu, pembangunan di Sabah dan Sarawak akan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.~Hrkh

Kajian Rakyat Bukti PR Mampu Tadbir Negara

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat selari dengan realiti yang berlaku di luar sana.Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat suasana di peringkat rakyat ternyata wujud gelombang perubahan yang sangat besar khususnya kepada Pakatan Rakyat.

Cuma, katanya, rakyat sedang tertunggu-tunggu bila parlimen akan dibubarkan memandangkan 'mood' perubahan rakyat telahpun berlaku."Perubahan rakyat dari semasa ke semasa telah berlaku, malangnya mereka tidak boleh menterjemahkan perubahan itu sebab parlimen belum dibubarkan," katanya kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim percaya, antara faktor besar yang mendorong kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rayat termasuklah perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan selepas memberi peluang 55 tahun kepada BN mentadbir negara.Di tambah pula, katanya kejayaan yang ditunjukkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut mempengaruhi negeri- negeri lain untuk turut sama membuat perubahan.

Penyelewengan yang sangat ketara berlaku misalnya dalam kes NFC, katanya cukup memberi kredit kepada Pakatan Rakyat apabila rakyat cukup terkesan kerana ia membabitkan dana rakyat."Berbanding isu Anwar naik jet mewah, rakyat tidak terkesan sebab jet itu adalah hak peribadi bukannya duit rakyat. Ini bukan isu teras. NFC duit rakyat. Ini mempengaruhi persepsi pengundi," katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati kerajaan PAS Kelantan agar memberi perhatian terhadap kajian tersebut yang melaporkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu agak menurun."Bagi kita kajian ilmiah ini perlu diambil penting untuk buat agenda bertindak seterusnya, dan Pakatan Rakyat pula jangan ambil selesa dengan kajian ini dan perkemaskan strategi untuk capai matlamat kita," katanya.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.Kajian terbaru yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dibuat pada 1 -16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.Parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

7 Teras Utama Belanjawan Pakatan Rakyat

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita."Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.

Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni."Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.

"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.

Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.

Rabu, 26 September 2012

Sokong Syiah Sesat , Sokong Sekular .....

Hakikat mereka yang terlalu sibuk menghentam SYIAH tetapi mendiamkan diri terhadap golongan sekular seperti ibarat takut kepada harimau akan tetapi boleh berjinak-jinak dengan singa sedangkan kedua-duanya amat bahaya. Fahaman sekularisme yang memperjuangkan semangat kebangsaan dan nasionalisme melampau juga sesuatu yang ditentang oleh Islam kerana fahaman ini berjaya menggulingkan Kerajaan Uthmaniyah Turki, khilafah yang menaungi umat Islam suatu masa dahulu. 

Bahkan Rasulullah SAW tidak mengakui umat mereka yang berjuang atas semangat kebangsaan. Syeikh Islam terakhir kerajaan Uthmaniyah Turki, Al-Marhum Syeikh Mustafa Sobri (gambar) pernah memberikan amaran kepada umat Islam ketika fahaman sekular yang disebarkan Kamal Attaturk mula diterima. Kata beliau, "Fahaman sekular adalah jalan yang paling mudah bagi umat Islam menjadi murtad." Justeru, tolak fahaman Syiah yang menyesatkan, tolak juga fahaman sekular yang dianuti sesetengah umat Islam Sunni. Sokong Syiah Sesat, Sokong Sekular Murtad 

Putuskan Hubungan Dengan Iran Segera !!

WAJAH SEBENAR IRAN DAN FATWA ULAMA SYIAH TENTANG SYRIA 


 Ahmedinejad (Presiden Iran) : "Adalah menjadi suatu kewajipan bagi kita untuk membantu (mempertahankan) rejim Syria walau dengan apa jua cara..." 

 Hasan Nasrullah (Hizbul Lat) : "Tiada berlaku apa-apa kebangkitan pun di Syria. Tetapi rejim Basyar masih mendapat sokongan majoriti rakyatnya.." 

 Ali Sistani (Ulama syiah terkenal) : " Barangsiapa yang mahu membela Syiah, maka dia mestilah berusaha membantu Basyar. Barangsiapa yang cuai maka sebenarnya dia hanya akan membantu pembunuh-pembunuh Husein yang kafir golongan Nawaseb!" 

 Yaser Habib al-Khabith: " Wajib ke atas Hizbullat Lubnan untuk masuk campur tangan segera bagi menyelamatkan makam-makam ziarah kaum Syiah di Syria dari ancaman-ancaman kaum nawaseb (Sunni)" 

 Ali al-Kuraani: " Yang menjadi para pengganas di Syria sekarang ialah pengikut-pengikut dan cucu cicit keturunan Abu Sufyan dan tentera-tentera Yazid " 

 Ahmed Jennati (ulama paling kanan Iran) : " Wajib ke atas orang Syiah arab masuk ke Syria dan berjuang bersama-sama rejim Basyar agar ia tidak jatuh ke tangan musuh-musuh Syiah "

Masih banyak lagi fatwa ulama'-ulama' mereka yang mengharuskan membunuh dan memerangi kaum muslimin khasnya di Syria. Masih ada lagikah yang buta!? Rakyat Malaysia Tolak Syiah 

Bahaya juga 16 September Ni

Tarikh 16 September bukan sahaja hari berdarah buat umat Islam Palestin akibat pembunuhan Shabra dan Shatila, tetapi juga buat umat Islam di LIBYA. 16 September 1931 dikenang kerana ia tarikh pejuang kebebasan negara Libya, As-Syahid Syeikh Omar Mukhtar dihukum gantung sampai mati oleh penjajah Itali. Antara kata-kata akhir As-Syahid Umar Mukhtar.."Kami sama sekali tidak akan menyerah, sama ada kami menang atau gugur (syahid), akan datang generasi selepas kami yang akan berperang dengan kalian (penjajah).." Kalam ini dijadikan kata-kata semangat oleh pejuang kebebasan di Syria waktu ini. Semoga Allah merahmati roh Syeikh Umar Mukhtar.



Pembunuhan kejam di Kem Shabra dan Shatilla oleh Ariel Sharon pada 16 September 1982

Isnin, 24 September 2012

PAS Tawan Markas UMNO Dungun

DUNGUN - Sebuah 'tadika' yang juga menjadi markaz pergerakan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Pinang Wa, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di sini telah diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail mengesahkan, 'tadika' (Gambar) itu yang didirikan di atas tanah persendirian sebelum ini, menjadi pusat mesyuarat dan bilik gerakan Umno-BN setempat.


 "Apabila tuan tanah tersebut menjual tanahnya kepada orang lain, kebetulan aktivis PAS dan Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita telah menukarkan markaz Umno-BN itu kepada markaz Pakatan Rakyat, "ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan pada minggu lalu adalah 'kira-kira' acara rasmi pembukaan markaz PAS dan Pakatan Rayat bagi menghadapi pilihanraya akan datang,"ujarnya.

 Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Besi semasa pemerintahan kerajaan PAS 1999 - 2004 berkata demikian, ketika ditemui skuad buletinonline (skuad BO) sewaktu program Tamrin dan Qiamulail di masjid Kampung Pulau Serai dekat sini pada Khamis malam 20 September. Beliau menyifatkan pengambilalihan markaz tersebut merupakan satu 'lonjakan politik' bagi PAS dan Pakatan Rakyat mengatasi Umno-BN di kawasan Parlimen Dungun, khususnya dalam DUN Bukit Besi. Sebelum itu, Timbalan Ketua Peneranga PAS Terengganu Ustaz Shapawi Abdul Rani memaklumkan perkara 'gembira' itu dalam ceramahnya di Chukai, Kemaman pada 18 September lalu.~https://www.facebook.com/raunas.dhom

Nak Pilih Lagi Ke ?


Senarai skandal penyelewengan pemimpin Umno


Berikut adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan yang pernah dilakukan :


1) Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo : 
Tuduhan : Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia
dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Hukuman : Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia


2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen
Dakwaan : -Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan pembunuhan ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.
-Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN,
sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.
Hukuman : Tiada pendakwaan dalam kes ini.



3) Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.
Tuduhan : Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.
Hukuman : Masih dibicarakan



4) Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul Taib Mahmud dan keluarga :
Dakwaan : Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion
-Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta
-Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
-Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.
-Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.
-Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada “orang yang tidak dikenali” pada tahun 2009.
Hukuman : Tiada pendakwaan.



5) Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.
Dakwaan : Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10 juta.
-Untung RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)
-Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.
- Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
- Sebanyak RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan NFC.
-Suaminya, Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.
Hukuman : Sedang dalam siasatan SPRM



6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md Taib :
Dakwaan : Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.
-Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan bersumpah beliau.
-Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.
-Muhammad Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.



7) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.
Dakwaan : Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.
- Bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Jumlah merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.
Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.
Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah
Hukuman : Tiada pendakwaan.



8) - Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Kewangan II, Hasbie Satar (Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Setiausaha Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.



9) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London pada tahun 2008. 



10) - Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah wang dalam Pemilihan Umno.
Turut dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan amaran sahaja.Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun 2010 telah ditutup SPRM.
Paling besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :
Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.
- RM1.8 billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.
- Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).
- Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti).
- Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.
- Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.
- Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas. 40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion.
- Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar.
- Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah.
Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.
- Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato’ Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan ‘hospital support services’), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).
-Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.
- Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.
- Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.
-Anwar melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham.



Edisi Kantoi : Sekolah Lalang Di Selangor


Papan tanda di bawah telah dinaikkan semenjak sebelum pilihanraya 2004 lagi. Kononnya UMNO mahu mendirikan sebuah sekolah agama di tapak di bawah.

Bagi kami, gambar2 di bawah ini adalah contoh jelas perangai UMNO yang suka mungkir janji.


Hati-Hati Duhai Perokok Muslim

Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa. Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang. Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini? Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. 
Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka. [Judah Lion] Singa Judah Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor. Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. 

Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau. Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan. Masih tak pasti? Yehuda = Yahudi Lion of Judah = Singa Yahudi Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. 

Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat. Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.

Teraju Utama Filem Burukkan Kerajaan Selangor Dikenalpasti

Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 

Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini. 

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.
"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

Iklan Air Sabotaj Kerajaan Selangor Berjalan Secara Rahsia


Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya. Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu. 


 Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka. 


 Iklan Air Sabotaj Kerajaan Selangor Berjalan Secara Rahsia Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya. 

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu. Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Isu Kawin Tidak Sah Rashidi - Vee Imran

Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama. "Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

 P/s: Patutnya tuan mufti turut menasihati pelakon terutama yang sudah berumah tangga tentang adab dan batasan ketika berlakon. Usahkan aurat, ada pelakon rela tubuhnya dirangkul, atau merelakan isterinya diperlakukan begitu atas alasan skrip atau pengarah meminta mereka berbuat demikian. Sanggup membuat dosa atau menjadi dayus kerana wang ringgit!~ Busman

Ceramah Minggu Ini


Ceramah Pakatan Rakyat Bersama 
Ustaz Sidek Noor (Mantan Pimpinan PAS)
Yb Lim Jak Wong (ADUN Bachang ) 
Saudari Ginie Lim ( Exco AMK ) 
Tarikh : 29 September 2012
Masa : 9.30 Malam 
Tempat : Kampung Bukit Piatu , Bukit Baru Melaka 

Rentung dengan minuman keras

Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori dipercayai membawa muatan minuman keras dan rokok seludup dalam kemalangan di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata mangsa yang belum diketahui identitinya maut di tempat kejadian setelah badannya terbakar kira-kira 80 peratus. Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, kereta jenis Myvi yang dipandu mangsa sedang menghala ke Kuala Lumpur sebelum melanggar bahagian belakang lori yang menuju arah sama. 

 "Pelanggaran tersebut menyebabkan kereta mangsa melekat pada belakang lori dan terseret sejauh 100 meter dan terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Katanya pemandu lori terbabit kemudian melarikan diri sementara mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

 Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Ayer Keroh Hadzar Hasan berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.16 pagi dan tiba 29 minit kemudian dengan empat jentera dari balai Ayer Keroh, Bukit Katil dan Jasin melibatkan 18 anggota. Beliau berkata api yang marak di kenderaan tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada 7.35 pagi. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka Datuk Mohd Nasir Said ketika dihubungi mengesahkan lori tersebut membawa rokok dan arak seludup yang dianggarkan bernilai RM350,000 dengan cukai melebihi RM2 juta. - Bernama

Kemalangan Ngeri di Persimpangan MITC- Kota Cemerlang





 Menurut sumber, kemalangan maut ini melibatkan 3 lori, 10 kereta, 5 motorsikal. 5 orang maut. Hospital Besar Melaka. . Kejadian berlaku lebih kurang jam 3-4 petang tadi di persimpangan MITC - Kota Cemerlang Ayer Keroh. Ini disebabkan oleh tayar lori meletup dan mengakibatkan pemandu lori berkenaan hilang kawalan dan merempuh beberapa buah kenderaan yang berada disitu. Al-Fatihah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan ngeri ini. 



DAP Dah Mohon Maaf, UMNO Bila Lagi ?

Tok Janggut 

 Apabila Pengerusi DAP Perak dalam twitter nya mempersoalkan akan kewajaran umat Islam membuat demonstrasi aman mengutuk puak Yahudi kerana filemnya yang menghina Nabi, bergegak tempik puak UMNO mengutuk pula Dato Ngeh malahan ada yang meminta polis menyiasat beliau. Akhirnya beliau memohon maaf diatas ketelanjuran dan sikap tidak pekanya itu. Namun begitu mengapa bila pemimpin UMNO seperti Mahathir, Najib dan lain-lainya menghina syariat Allah dan memperlekehkan sunnah Nabi tidak ada pula pihak yang buat demonstrasi? 

 Pemimpin DAP itu secara terbuka meminta maaf, samada beliau ikhlas atau tidak tidak ada siapa pun yang boleh mengesahkanya. Bagaiman pula dengan Mahathir, Najib dan lainya? Bila pula mereka ini hendak meminta maaf, yang selalu kedengaran bukan minta maaf tapi bertambah hebat dan angkuhnya mereka memperkecilkan syariat Allah itu. Ingin juga kita bertanya pada Mahathir. Apakah beliau tidak tahu bahawa syaitan itu musuh ketat umat Islam? Apakah beliau tidak pernah membaca atau mendengar bahawa syaitan itu sifatnya sangat pendendam, menipu, kerjanya merosakan aqidah dan akhlak umat Islam? Jadi mengapa beliau sanggup menyamakan UMNO/BN itu sebagai syaitan yang perlu disokong? Ini jelas beliau telah mengesahkan bahawa jahat dan zalimnya UMNO sama seperti syaitan juga. Jadi mestikah umat Islam perlu terus menyokong dan membantu serta membela puak syaitan? Perlukah orang Melayu bersyukur kepada talibarut syaitan? Orang Melayu Islam yang beriman hanya wajib bersyukur kepada Allah, bukanya kepada UMNO yang mempunyai bayangan syaitan itu! Dia bagi RM500.00 pada rakyat tapi puak mereka sapu berjuta RM duit rakyat. 

Golongan penipu beginikah yang orang Melayu perlu sokong dan pertahankan? Hancur negara. Hanya manusia yang berkhlak dan beraqidah seperti syaitan sahaja yang akan terus menyokong, membela dan mempertahankan UMNO itu. Orang Melayu kena ingat....kemerdekaan yang kita kecapi sekarang bukanlah dari hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Mereka hanya menyambut kemerdekaan tetapi bukanya pejuang kemedekaan. Yang berjuang untuk menghalau penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air kita air pejuang Melayu yang hidup di dalam hutan dengan bersenjatakan keris, lembing dan tombak. Dato Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj Abd Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Janggut, Tok Ku Paloh dan ramai lagi. Inilah pejuang kemerdekaan sebenarnya. 

UMNO adalah pejuang palsu yang mendapat nama hasil dari darah dan nyawa pejuang kita di dalam hutan sana. Akibat tidak tahan dengan asakan dan amukan pejuang kita, maka penjajah mengambil keputusan untuk berundur dan keluar dari bumi ini maka dicarinyalah puak yang perlu diberikan kuasa memerintah dengan syarat wajib mengikuti dan mematuhi semua perjanjian yang dibuatnya. Itulah UMNO. Umat Ilsam kena ingat, penjajah datang menjajah ke negara umat Islam diseluruh dunia sekadar untuk menjajah dan merompak hasil mahsul negara tersebut dan dibawa pulang ke negara asal mereka tetapi tujuan utama mereka ialah untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus setelah mereka kalah dalam perang Salib dulu. 

Antara kejayaan besar mereka apabila meninggalkan sesebuah negara yang dijajah itu ialah undang-undang mereka kekal diamalkan oleh pemerintah negara tersebut yang menjadi boneka dan anjing peliharaan mereka. Inilah kebanggaan penjajah kerana aqidah umat Islam berjaya dirosakan dengan hanya pewarisnya mesti mengekalkan undang-undang yang mereka tinggalkan sehinggakan ada umat Islam yang beriktiqad bahawa undang-undang penjajah ini lebih baik, lebih adil dari syariat Allah itu sendiri. Bagi umat Islam yang faham bab tauhid, mereka sanggup mati dan sanggup hidup susah, asalkan tidak sekali-kali menyokong puak yang mempertahankan dan menjunjung undang-undang peninggalan penjajah itu demi kerana aqidah, kerana Allah dan kerana Rasul. 

Bagi yang telah rosak aqidahnya, mereka tidak peduli itu semua, yang penting poket mesti penuh, anak bini mesti hidup mewah, rumah besar, pangkat tinggi dan boleh buat apa sahaja tanpa siapa berani menghalangnya kerana mereka berkuasa. Itulah sebabnya pemimpin mereka berani menghina syariat Allah dan sunnah Nabi tanpa rasa berdosa dan tanpa perlu meminta maaf. Nampaknya DAP lebih bermaruah dari pemimpin UMNO ini. Inilah syaitan manusia yang sebenarnya. Jauhilah UMNO. Wallahualam. ~Tranungkite

Laporan Audit Dibentang Lepas Budget 2013

Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut. “Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut. 

“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini. “Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan cuba menutup kelemahan tadbir urus negara. Ahli Parlimen Gombak ini menegaskan, dengan melengah-lengahkan pembentangan laporan berkenaan, kerajaan jelasnya cuba untuk mengalihkan pandangan ahli parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

 “Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi. “Pihak kerajaan cuba tutup kelemahan dan salah guna kuasa kerana biasanya Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan pada hari pembentangan bajet negara untuk membolehkan ahli Parlimen mengunakannya sebagai asas perbahasan di Dewan Rakyat. “Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini. Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.

 “Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu,” tegasnya lagi. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita dokumen itu hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat “seminggu hingga dua minggu” selepas pembentangan Belanjawan Jumaat. “Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan. 

“Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi. Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang. Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.~Malaysia Insider

Majlis Makan Malam dan Amanat Presiden PAS

Lokasi : Sungai Rambai , Melaka 
Tarikh : 23 September 2012