Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 29 April 2007

MENANTI KEBIJAKSANAAN PENGUNDU IJOK

OLEH : BUDI

Sabtu ini akan menjadi saksi satu pertarungan yang boleh diibaratkan sebagai menguji marwah dan kebijaksanaan khususnya kepada pengundi melayu yang menjadi mejoriti di sebuah daerah yang terpencil dinegeri maju Selangor Darul Ehsan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menawarkan seorang tokoh yang cukup berwibawa lagi tersohor untuk penduduk Ijok iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mewakili mereka .Manakala BN yang seakan tidak yakin akan menang cuma meletakan calon yang entah dari estet mana sebagai calon mereka.

Ketika kempen semakin rancak, saya teringat dulu - dulu orang pernah berkata "BN letak tiang lampu sebagai calon pun boleh menang". Mungkin tidak sekarang. Rata-rata pengundi telah semakin matang menimbang bola politik dan begitu juga dengan kefahaman agama yang semakin meningkat bagi penganut islam.

Seperti biasa "taktik wajib" BN (lebih tepat lagi UMNO) ialah pembangunan dan pastinya banyak projek segera diluluskan serta wawasan mega yang dijanjikan. Kita pun meluat melihat muka TPM yang bermasaalah itu saban malam di kaca TV. Seolah – olah yang bertanding itu calon UMNO pulak. Pimpinan MIC pun tiadalah sibuk sangat.

Inilah UMNO yang kununnya memperjuangkan nasib bangsa. Kata bangsa Parthiban "porrah". Saya dimaklumkan pada pilihan raya kecil Machap yang baru lalu sebanyak 30 program "taqarub" rumah ke rumah telah diadakan. Ustaz – ustaz yang menjadi barwah UMNO sanggup melakukan kerja menjual agama kerana takut dengan tindakan KM. Walhal yang bertanding disitu adalah MCA dan DAP. Mungkinkah di Ijok ada ‘taqarub’ juga? Sedarlah sikit ustaz.

Kepada pengundi di Ijok, buatlah keputusan dengan bijak demi kedaulatan bangsa . Berilah pengajaran dan amaran kepada pimpinan UMNO yang penuh dengan panau dan kurap itu agar lebih cerdik mengatur agenda parti. Katakan kepada mereka "hidup melayu".

Isnin, 23 April 2007

MAHASISWA PERLU MENGAMBIL ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Mahasiswa pada hari ini tidak kurang sibuknya dalam melaksanakan tugas harian mereka sebagai pelajar di universiti. Mereka melaksanakan amanah ini siang dan malam tanpa mengira penat lelah mereka selama tiga atau empat tahun di universiti. Begitu juga halnya berkenaan dengan pengorbanan. Tidak cukup tidur, tidak cukup makan, tidak cukup rehat, dan lain-lain lagi. Semuanya adalah wajib dilakukan selagi mana segulung ijazah tidak di dalam genggaman. Apakah semua ini merupakan idaman dan harapan bagi semua mahasiswa kita di sini? Apakah semua ini merupakan rencana utama kehidupan di dunia ini? Atau ada perkara lain yang perlu kita lihat menerusi kaca mata yang berbeza di alam kampus ini?

Tidak kurang juga, ada mahasiswa kita yang mengambil alternatif lain semasa di alam kampus. Ada yang meluangkan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak universiti, mahupun kolej kediaman, dan ada juga yang meluangkan masa mereka dengan aktiviti yang tidak sihat. Bukankah perkara yang nagetif itu amat merugikan masa dan tenaga mereka dan ianya juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada kerjaya atau diri mereka sendiri? Tetapi bagi mereka yang mengambil peluang di kampus, mengisi masa mereka dengan aktiviti yang positif dan boleh menambahkan lagi daya kepimpinan, kreativiti, kreadibiliti serta apa sahaja yang membuatkan diri mereka lebih berkeyakinan adalah golongan yang tidak rugi.

Benarkah di universiti kita boleh mengubah diri kita?


Jawapannya, Ya. Mahasiswa pasti boleh berubah. Persoalannya, apakah perubahan itu? Baik atau sebaliknya? Segalanya, mahasiswa boleh memilih.

Islam sebagai cara hidup

Kini, banyak persoalan yang timbul di benak pemikiran mahasiswa millennium kita. Adakah cara hidup Islam itu masih dan perlu di hayati sepenuhnya? Perlukah kita melihat apakah yang terkandung di dalam cara hidup ini? Tidakkah cara hidup selain dari Islam tidak membantu mahasiswa kita lebih terkehadapan dan maju di dalam dunia akademik mereka? Apakah Islam dapat membantu?

Sebelum melangkah jauh, di manakah tahap mahasiswa Islam kita pada hari ini? Adakah mereka benar-benar memahaminya dalam erti kata yang sebenar? Jika ya, mengapa masih ada perkara-perkara yang sering bercanggah dengan dimensi Islam itu sendiri? Maka, disini dapat disimpulkan bahawa, mahasiswa Islam kita masih jauh memahami cara hidup Islam yang sebenar.

Islam mendidik jiwa manusia di dunia ini agar bersifat hamba kepada Penciptanya. Islam juga menganjurkan manusia agar berakhlak mulia dan bepekerti mulia. Islam tidak menganjurkan pengikutnya agar berakhlak buruk, tidak amanah dan sebagainya, namun Islam sering membawa perubahan yang amat jauh dari jangkaan akal manusia biasa. Mengapa hal ini berlaku? Jelas ia membuktikan bahawa Islam itu merupakan satu agama yang seharusnya di fahami dan dihayati sepenuhnya.


Anjakan Paradigma Melalui Islam

Islam adalah satu cara hidup yang membawa perubahan. Tidak benar dakwaan mereka yang mengatakan bahawa islam itu bersifat mundur, tidak maju dan langsung tidak membawa arus perubahan tamadun. Dakwaan palsu musuh-musuh Islam ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengelirukan penganutnya sendiri dan seluruh manusia di dunia ini agar menjauhi cara hidup yang murni ini.

Jika dilihat dari sudut definisi Islam itu sendiri, ia membawa maksud yang cukup jelas berkenaan dengan kesejahteraan di dunia ini. Bagaimana mungkin Islam membawa dan menjurus kepada aspek kemusnahan dan kehancuran? Ini sudah tentu tidak benar sama sekali. Sejarah lalu menyedarkan para cendiakawan dunia bahawa Islam sebenarnya membawa satu paradigma baru kepada perubahan tamadun dunia. Ini dijelaskan dengan melihat perubahan di Eropah selepas melalui zaman gelapnya (The Dark Ages). Tidakkah ini sumbangan daripada para ilmuan Islam?

Mari kita sama-sama melihat, apakah perubahan di peringkat individu, apabila Islam (syahadah) itu tertanam di jiwa manusia, khususnya mahasiswa kita pada hari ini.

Pembaikan Syahadah Mahasiswa

Pembaikan atau baiki semula syahadah merupakan satu aspek yang perlu dilihat oleh semua golongan mahasiswa kita pada hari ini. Pembaikan ini merupakan suatu muhasabah diri kepada Pencipta. Kita semua yankin bahawa, mahasiswa yang tercatat di dalam kad pengenalannya; Islam, maka dia adalah seorang Islam. Tetapi, adakah dia benar-benar mengahayati dan mengamalkan segala tuntutan di dalam Islam itu sendiri? Adakah dia benar-benar yakin dan bergelumang dengan seluruh panduan Islam? Itulah yang perlu di kaji dan diselidiki di dalam kehidupan kita sebagai hamba. Tidak kira kita ini mahasiswa atau apa sahaja.

Tetapi, mahasiswa wajar memperbaikinya semula kerana ia amat berkaitan dengan diri kita sebagai contoh tauladan kepada masyarakat di luar sana. Bukankah masyarakat kita memandang tinggi dengan mahasiswa di universiti? Bukankah itu satu penghormatan yang tinggi diberikan oleh masyarakat kita di luar sana? Jika kita tidak berubah, maka samalah taraf dan kedudukan kita dengan masyarakat kita yang kian tenat dengan masalah-masalah sosial dan sebagainya.

Cara Hidup Islam Pasti Membawa Perubahan

Apakah benar cara hidup Islam yang sebenar akan membawa perubahan yang lebih positif dan lebih baik? Jawapannya YA.

Apakah perubahan itu?
Mahasiswa, kita perlu menghayati Islam sebagai cara hidup kita yang lengkap (syumul). Terdapat banyak janji-janji Allah terhadap mereka yang mengambil Islam itu sebagai cara hidup mereka dengan kejayaan yang bersifat infiniti. Terdapat empat perubahan yang pasti berlaku di dalam diri kita jika ianya dihayati dan di perbaiki semula. Pertama; KEYAKINAN, kedua; PEMIKIRAN, ketiga; EMOSI dan keempat ialah TINGKAHLAKU.

Bagaimana perubahan ini akan berlaku di dalam diri kita?

KEYAKINAN- Perkara pertama yang perlu mahasiswa kita lihat ialah soal akidah. Tauhid sebenar kepada Allah. Hal ini sering gagal di hadapi oleh mahasiswa di universiti kita pada hari ini. Adakah mahasiswa kita pada hari ini benar-benar yakin dan bertauhidkan kepada Allah semata-mata? Adakah mahasiswa kita pada hari ini benar-benar berserah kepada kepada Allah dalam seluruh aspek kehidupannya? Atau hanya bergantung harap kepada manusia? Atau tidak ada keyakinan sepenuhnya? Mereka yang yakin dengan ketentuan dan takdir adalah mereka yang benar-benar beriman kepadaNya. Jika mahasiswa kita melihat semula hal berkenaan dengan tauhid rubbubiyyah dan uluhiyyahnya, maka sudah tentu tidak akan berlaku kes-kes murtad di kalangan mahasiswa kita. Mengapa hal sedemikian boleh berlaku? Sudah tentu keyakinan sebenar kepada Penciptanya tidak sekukuh tali yang disimpul kuat.

Keyakinan juga akan membuatkan mahasiswa Islam kita akan terus berusaha dan bergantungharap dengan penciptaNya. Dan ini akhirnya akan membuatkan mahasiswa kita lebih yakin dengan ketentuanNya. Bukankah sesuatu perkara itu harus di laksanakan dahulu kemudian berserah kepadaNya (bertawakal)? Bukankah itu juga sering kita lakukan di kampus? Mahasiswa berusaha, siang dan malam untuk menghadapi peperiksaan, namun seramai mana mahasiswa kita bertawakal selepas berusaha?

PEMIKIRAN- Islam memberikan satu dimensi baru kepada mereka yang sentiasa memperbaiki pengetahuannya tentang Islam. Dimensi ini akan bertambah tepat jika ada mahasiswa atau individu yang bukan Islam kembali kepada Islam. Bukankah Islam itu juga menuntut kepada pengamalnya agar sentiasa berfikir? Jika sebelum ini mahasiswa kita berfikir dengan satu dimensi, tetapi apabila dimensi Islam itu masuk di lubuk hati dan pemikirannya, sudah pasti cara berfikir juga akan teranjak kepada satu dimensi yang baru. Sebelum ini juga, biasanya mahasiswa kita mengambil sambil lewa berkenaan dengan amanah ¡¥belajar¡¦ di universiti ini. Mereka terpedaya dengan kebebasan yang mereka miliki sedangkan mereka sebenarnya terbelenggu dengan amanah yang berat. Bukan sahaja amanah ibu bapa, malah amanah PTPTN! Bukankah ianya satu amanah? Jika mahasiswa berfikir bahawa kita bebas untuk melakukan apa sahaja, maka mahasiswa kita adalah silap. Tetapi bagaimana dimensi Islam itu dihayati semula? Sudah tentu amanah tadi akan dipelihara dengan bersungguh-sungguh dan sudah pasti tidak ada alas an untuk ¡¥ponteng kelas¡¦, tidak siap kerja dan sebagainya kerana dimensi amanah di dalam perspektif Islam mendidik dan mengajar agar umatnya berfikir bahawa ada Pencipta yang sedang Melihatnya

Berfikir adalah satu tuntutan di dalam Islam. Bukankah itu satu kewajiban kepada mahasiswa kita pada hari ini untuk berfikir berkenaan dengan masalah ummah? Bukankah kita ini juga di seru agar memikirkan berkenaan dengan nasib orang-orang Islam di dunia ini yang sering dipijak dan dihina oleh mereka yang tidak tahu malu dengan Penciptanya? Adakah mahasiswa kita pernah berfikir sehingga tahap ini atau hanya tahu bagaimana dan apa yang perlu dipakai untuk bertemu dengan teman wanita sahaja? Bukankah ini budaya pemikiran yang amat lemah sekali? Jauh amat lemah!!! Marilah mahasiswa, kita hayati semula syahadah dan kembali memikirkan hal-hal yang bersifat global dan ummahcentric. Buangkanlah cara berfikir kita yang lapuk dan kembali memimpin diri dan masyarakat agar kembali berfikir tentang tuntutan kita kepada agama kita.

EMOSI- Sudah pasti emosi akan sensitif jika maruah kita diperkosa. Tidakkah itu satu perasaan dan emosi yang harus ada di dalam diri kita jika kita di perlakukan sedemikian? Bukankah Islam juga mengajar kita sedemikian? Tidakkah kita harus berasa malu dan segan dengan tingkah laku mahasiswa kita yang kini berani tampil melakukan maksiat dan perkara-perkara yang terlarang di dalam agama? Secara lumrahnya, mahasiswa adalah terdiri dari golongan muda. Orang muda biasanya mempunyai tahap emosi yang cukup tinggi. Maka, mengapa emosi ini digunakan bukan pada tempatnya?

Perasaan atau emosi ini haruslah ditujukan kepada agama. Jika perasaan cintakan agama dan benar-benar menghayatinya, maka sudah tentu jika ada sahaja pencerobohan di dalam agama, kitalah, mahasiswalah yang menjadi orang yang pertama mempertahankan kerana berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Tetapi agak malang, mahasiswa kita pada hari ini sebilangannya tidak mengetahui atau tidak ada perasaan sensitif terhadap apa yang berlaku di kalangan umat Islam. Umat di hina, dipijak, dibunuh dan pelbagai lagi keganasan yang melampau melanda kepada umat, langsung tidak ada apa-apa reaksi yang menyokong ummah. Bukankah itu satu bentuk fenomena yang berbeza dari yang seharusnya?

Emosi merupakan sebahagian dari diri mahasiswa. Seharusnya emosi ini dikawal dan dibendung dari terpengaruh dengan keadaan yang tidak membentuk persekitaran yang baik. Seharusnya emosi ini dihalakan kepada emosi yang terurus. Apabila syahadah dihayati semula dan diperbaiki, sudah pasti peranan iman dan taqwa akan memainkan peranan di dalam mengendalikan emosi.

TINGKAHLAKU- Islam mengajarkan kita akhlak atau budi pekerti yang baik. Rasulullah s.a.w. adalah contoh tauladan yag paling baik sekali di dalam menunjukkan peribadi yang baik. Secara lumrahnya, orang yang mempunyai keperibadian yang baik seperti amanah, bertangungjawab, menunaikan janji dan lain-lainnya, akan menjadi daya penarik kepada manusia lain. Bukankah ini satu pakej yang menjanjikan satu pulangan yang baik kepada mahasiswa?

Mahasiswa sebagai contoh tauladan kepada masyarakat di luar. Mahasiswa juga dipandang tinggi oleh masyarakat. Mengapa kita membawa budaya serta kelakuan yang tidak baik terhadap masyarakat? Bukankah mahasiswa menjadi rol model yang baik kepada masyarakat? Satu pemahaman yang salah dikalangan mahasiswa kita pada hari ini ialah terlalu mengagung-agungkan artis, sehinggakan mereka dijadikan rol model (ikutan). Tidakkah seharusnya artis mengikuti mahasiswa?

Syahadah merupakan satu ikrar, janji serta sumpah yang menjanjikan satu perubahan akhlak yang begitu besar apabila dihayati sepenuhnya ajaran yang terkandung di dalam syahadah itu. Bagaimana syahadah boleh mengubah semua ini? Tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah syahadah ini akan mengajak kepada akhlak yang baik kepada penganutnya. Cuma yang pasti, individu yang memperbaiki syahadahnya itu akan merasai satu perubahan di dalam aktiviti sosialnya seperti berhubung dengan manusia lain dan sebagainya. Islam membataskan pergaulan dengan benteng-benteng (hijab) adalah bertujuan untuk melindungi dan menutupi maruah. Ini lah nilai Islam yang bertujuan melindungi.

Keperibadian Islam Yang Sempurna

Perubahan demi perubahan pasti akan membawa satu kesan atau impak yang besar di dalam kehidupan. Perubahan yang benar akan memberikan satu perubahan yang cukup bermanfaat untuk pembangunan diri dan masyarakat. Anjakan paradigma di dalam cara kita berfikir, emosi, keyakinan dan tingkahlaku akan menjurus kepada perubahan dan pembentukan syaksiah diri Islam yang sempurna. Semua ini bermula dengan kita menghayati semula kandungan syahadah. Jika semua ini disandari dengan Islam yang benar dan disemak semula kandungan syahadah, maka sudah tentu akan lahir manusia; mahasiswa yang berakhlak mulia, adil, berkepribadian mulia dan universal.

Kembali kepada pembaikian (islah) syahadah, akan melahirkan manusia yang hebat dan terulung. Yakinlah dengan muhasabah syahadah ini akan memberi satu perubahan yang cukup besar tanpa di duga oleh sangkaan manusia biasa.

Firman Allah di dalam Quran (24:55)

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia bersungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang-orang fasik

Jumaat, 20 April 2007

CABARAN KEMERDEKAAN FASA KE DUA

Oleh : Tg Kudin

JASIN - Menjelang sambutan 50 tahun kemerdekaan negara kita yang bakal diadakan dengan gilang-gemilang, pelbagai usaha atau pelan pembangunan yang dilaksanakan oleh Umno Barisan Nasional(BN) telah gagal, reput dan hancur.

Malaysia kini melangkah masuk menghadapi cabaran kemerdekaan fasa ke dua yang memerlukan kita menilai kembali akibat dari proses kemerdekaan 'separuh masak' ini menyebabkan orang Islam murtad berbondong-bondong dan runtuhnya integriti dalam negara kita.

Ketua Pemuda PAS, Yang Berhormat Salehuddin Ayub berkata, umat Islam mula berbondong-bondong meninggalkan Islam, sembahyang tapi tolak pelaksanaan hukum Islam dan anak muda sanggup murtad kerana cinta dan kasih-sayang.

"Ibnu Khaldun mengatakan setiap kesalahan yang dilakukan kerajaan menyebabkan rakyat menderita 50 tahun paling singkat, contohnya tulisan jawi dihapuskan 1967 dan hari ini muda-mudi tidak tahu baca Al Quran serta jahil mengenai Islam menyebabkan mereka mudah murtad," kata beliau.

Menurutnya lagi, kepercayaan rakyat kepada integriti agensi penguatkuasaan telah runtuh sama sekali, pertuduhan rasuah ke atas Ketua Pengarah BPR, kes Anwar Ibrahim, jual AP dan 18 kes berprofil tinggi.

"Wang zakat Petronas boleh membiayai pendidikan untuk kaum bumiputera dari seawal pendidikan rendah hingga ke peringkat Phd, tapi malang nasib orang Melayu selepas 50 tahun merdeka masih bertengkar mengenai biasiswa," kesalnya lagi.

Beliau turut menyentuh mengenai kes Altantuya yang datang ke Malaysia ingin berjumpa dengan 'Mr Razak' sebab budaya Inggeris memanggil seseorang dengan mengunakan nama bapanya, persoalannya sekarang siapa itu 'Mr Razak'.

Altantuya

Altantuya yang sedang hamil datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan bapa kepada anak dalam kandungannya dan dipercayai anak itu boleh memberi malu kepada seorang pemimpin atasan menyebabkan dia dibunuh.

Chief Inspektor Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya di satu kawasan di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober.

Abdul Razak Baginda pula dituduh bersubahat dengan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman dalam pembunuhan Altantuya, 28, di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Oktober tahun lepas.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun yang sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Mohd Zaki Md Yasin yang mengambil alih kes itu daripada Hakim Dato' K.N. Segara menetapkan tempoh perbicaraan selama sebulan dari 4 Jun hingga 29 Jun, beliau menetapkan tarikh baru itu selepas kes itu dikemukakan untuk sebutan.

Ahad, 15 April 2007

PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PASTI KAWASAN JASIN

OLEH : Tg Kudin





JASIN, 9 Apr – Satu pertandingan bolasepak dan bolajaring Pasti kawasan Jasin telah diadakan pada 8 april lalu bertempat di padang surau Azzawiyah kg Berangan Enam.

Sebanyak 7 buah Pasti yang mengambil bahagian, mereka terdiri dari murid yang berumur 5 dan 6 tahun dan setiap Pasti menghantar 1 pasukan untuk bolasepak serta 1 pasukan untuk bolajaring.

Majlis dimulakan dengan perbarisan murid Pasti disertai bacaan ikrar Pasti yang diketuai Ketua Pemuda PAS kawasan Jasin, Aminudin Jalil, selepas itu pertandingan bermula yang dijalankan secara liga dan kalah mati diperingkat separuh akhir serta akhir.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek yang dalam ucapannya mengalukan keprihatinan ibubapa memberi kepercayaan kepada Pasti mendidik anak-anak mereka walaupun Pasti telah dilemparkan dengan pelbagai fitnah.


"Pasti adalah diwujudkan bagi menerapkan asaa-asas Islam ke dalam jiwa anak-anak kita seawal usia lagi sebagaimana yang dituntut oleh Islam' jadi tiada sebab Umno untuk menganggu serta menghalang usaha murni ini," jelas beliau.

Pasti Nurul Iman dari Simpang Kemendor Jasin telah menjadi johan bagi bolasepak mengalahkan Pasti Al Ikram manakala Pasti Al Amin menjadi johan bolajaring juga mengalahkan Al Ikram dan johan keseluruhan dimenangi Pasti Al Ikram.

Jumaat, 13 April 2007

ISU PECAT MUFTI-SALAH UMAT ISLAM SENDIRI!!!

Terang-terang, resolusi yang diputuskan di dalam mesyuarat Parti Gerakan Wilayah Persekutuan untuk memecat Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star baru-baru ini, merupakan satu tamparan yang hebat kepada umat Islam, khususnya bangsa Melayu.

Ini adalah kali kedua isu sensitif yang menyentuh tentang Islam, yang dibangkitkan oleh mereka yang bukan Islam. Dan apabila menyentuh tentang Islam, secara tidak langsung, ia turut menyentuh sensitviti kaum Melayu di bumi ini.

Marah? Pasti orang Islam dan kaum Melayu marah dengan usul tersebut. Kenapa? Jawapannya mudah dan seperti biasa. Setiap perkara yang berkaitan dengan urusan agama Islam, tidak boleh orang lain, selain Muslim yang boleh bersuara. Inilah satu tradisi dan ia tercatat di dalam perlembagaan negara perihal Islam dan hak-hak orang Melayu.


Dulu, apabila ada dikalangan menteri yang bukan beragama Islam, cuba membangkitkan isu berkenaan artikel 11, perlembagaan Syariah, umat Islam keluar dan berhimpun menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak bersopan para menteri tersebut.

Kali ini, usul bagi memecat seorang mufti oleh golongan yang bukan Islam nampaknya lebih jauh ke menusuk ke dalam hati.Jika sebelum ini, hanya catitan di atas kertas sahaja yang cuba diubah, tetapi hari ini, mereka mendesak untuk memecat seorang ulama pula Dan pastinya, isu ini akan membuatkan umat Islam bertambah marah.

Tetapi, satu persoalan kepada umat Islam di negara ini, sampai bila harus marah-marah? Tidak guna jika umat Islam hanya bangkit menyuarakan kemarahan apabila ada orang mengusik tidur mereka, dan selepas itu, kita ‘tidur’ semula.

Sedarkah umat Islam, bahawa permasalahan di kalangan umat Islam, dari segi ilmu akhirat dan duniawi, ekonomi, perpaduan dan sikap ambil berat kini berada di tahap yang agak runcing? Setiap hari akhbar melaporkan berita-berita dan perbincangan mengenai masalah moral Melayu Islam, namun sehingga kini, apa perlaksanaannya dan apa penyelesaiannya?

Ramai dikalangan orang Melayu yang seringkali menyalahkan orang lain atau faktor-faktor lain yang menjadi penyebab masalah moral anak-anak Melayu makin merebak. Sebagai contoh, ramai yang menyalahkan kerajaan kerana memberi lesen untuk pusat hiburan, sebagai alasan sebab mengapa masalah moral Melayu semakin parah.

Namun, jika seseorang Muslim itu benar-benar menghayati ajaran Islam, mereka tidak akan berkunjung ke situ. Binalah seratus atau seribu pusat hiburan, tetapi jika umat Islam tidak mahu untuk ke situ, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa!

Generasi Muslim, terutama golongan muda di negara ini usah lagi terus menerus bersikap menyalahkan orang atau faktor lain diatas masalah yang melanda umat Islam hari ini. Bersikap menyalahkan orang lain tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan.

Sudah sampai masanya, umat Islam, khususnya kaum Melayu bersatu dan berdikari menegakkan iman, ekonomi dan maruah Islam. Umat Islam di negara ini sebenarnya mampu untuk berdikari dan maju dari pelbagai sudut, tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak, termasuk kerajaan atau parti politik.

Mungkin itulah maksud mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila menggesa kaum Melayu agar membuang 'tongkat' dan berjalan di atas kaki sendiri.

Umat Islam, khususnya orang Melayu perlu sedar, Allah s.w.t. telah mengeratkan bangsa Melayu dengan dua perkara, keturunan dan agama. Jadi, apakah alasan lagi yang mahu kaum Melayu berikan menolak sebarang seruan perpaduan dan kerjasama dari segala sudut?

Ulama generasi muda yang berilmu juga perlu memainkan peranan penting bagi memulihkan kembali imej Islam yang dianggap sebagai kolot dan kuno, serta memperjelaskan tentang Islam terhadap umat Islam termasuk kepada golongan non muslim.

Para ulama dan cendekiawan Melayu juga tidak boleh terlalu gemar berbincang mengenai perkara-perkara ranting yang sudah disepakati. Juga tidak perlu kita bidaah membidaah sesama sendiri. Apa yang penting, ulama dan cendekiawan Islam perlu membangkitkan semula roh dan semangat Islamiyah terutama dikalangan anak-anak muda Melayu zaman ini.

Generasi muda Melayu Islam hari ini terutamanya, perlu berganding bahu, tidak kira mana jemaah atau pertubuhan sekali pun, dalam satu matlamat untuk mengembalikan hak dan kegemilangan Islam kepada umat manusia.

Isu-isu sensitif seperti kes-kes murtad yang dibangkitkan oleh Mufti Perak itu juga bukanlah satu alasan untuk umat Islam bertindak semberono dengan kekerasan terhadap bukan Islam. Ia juga bukanlah sebagai sebab untuk umat Islam marah-marah dan menyimpan syak wasangka terhadap non muslim.

Tetapi, ini adalah masanya, untuk umat Islam di negara ini untuk membuat post mortem, mengapa ajaran Islam itu dipandang serong oleh bukan Islam? Dan inilah masanya juga, umat Islam perlu membandingkan sikap dan amalan mereka, baik dari segi akhlak dan ibadah, serta prinsip dan pegangan iman mereka dengan berpandukan al Quran dan Sunnah.

Apakah cara hidup dan perilaku kita hari ini selari dengan perintah Allah dan Rasul? Tetapi permasalahnya, berapa ramai pula di kalangan kaum Melayu yang memahami dan membaca al Quran?

Akibat kejahilan serta leka dengan keseronokan dunia, umat Islam tidak menyedari, sebenarnya tingkah laku dan akhlak umat Islam sendiri yang menyebabkan Islam itu dipandang serong.

Di dalam sebuah laman web www.faithfreedom.org , jelas memperlihatkan bagaimana salah laku umat Islam di seluruh dunia, dijadikan senjata bagi memburuk-burukkan ajaran dan kebenaran Islam.

Ini termasuk upacara hari Asyura yang disambut oleh penganut Syiah, dengan melukakan diri mereka sendiri sebagai memperingati kematian Saidina Ali. Upacara ini dianggap sebagai ajaran Islam dan betapa kuatnya hujah mereka, untuk mengatakan Islam itu ganas,apabila laman web itu memaparkan gambar-gambar penganut syiah dengan sebilah parang di tangan, dan badan berlumurun darah!.

Sedangkan itu hanya satu budaya, dan tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam biar sedikitpun!

Jadi, para ulama, cendekiawan Islam dan pemikir Islam, NGO, termasuk jabatan dan mahkamah syariah, perlu serius memikirkan dan berusaha untuk mengubah segala amalan birokrasi dan kelemahan institusi agama yang selama ini telahpun menjejaskan imej Islam di kaca mata bukan Islam.

Perlu diingat, Islam bukan hanya untuk kaum Arab dan orang Melayu, tetapi Islam adalah untuk semua umat manusia. Dan apakah dakwah umat Islam hari ini terhadap bukan Islam, seperti yang dilakukan Nabi s.a.w. satu ketika dulu sudah terhenti?

Sumber dari http://www.umatmuhammad.blogspot.com

Khamis, 12 April 2007

MACHAP: UMNO DIPERBODOHKAN MCA

OLEH : TG KUDIN


MACHAP, 10 April - Hampir seminggu tempoh berkempen kita boleh melihat bagaimana ghairah dan rakusnya Umno berkempen bagi memenangkan calon MCA iaitu Lai Meng Chong, yang menentang calon dari DAP Liau Chen Kuang.

Umno dan seluruh parti komponennya telah mengerahkan jentera kerajaan membantu kempen BN seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan, Tenaga Nasional dan RTM.

Di seluruh DUN Machap amat sukar untuk melihat bendera MCA lebih - lebih lagi di kawasan yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu seperti di Felda Bukit Bulat, Felda Menggong dan Melaka Pindah, ini yang pelik bin ajaib kerana hampir seluruh kawasan pilihanraya ini dipenuhi bendera Umno, Puteri Umno, Putera Umno dan BN.


Umno terdiri daripada pemuda, puteri dan wanitanya sibuk berhempas-pulas merayu undi dari rumah ke rumah, ada yang meninggalkan suami, isteri dan anak di sepanjang tempoh berkempen ini namun hampir tidak kelihatan langsung kelibat ahli MCA bersama - sama membantu kempen pilihanraya.

Pelajar perempuan IPTA dilihat bergerak mengikut arahan dari Puteri Umno dan pelajar lelaki diselia oleh Pemuda Umno dan bertugas untuk Putera Umno serta dipantau oleh KPT yang terdiri dari TNC serta HEP IPTA.

TNC yang terdiri dari professor dan doktor ini rela diri mereka dicucuk hidung dan dikeldaikan oleh Umno kerana telah hilangnya maruah serta harga diri, mereka rela menerima arahan Jkkk yang hanya berkelulusan setakat darjah enam sahaja.

Program kerajaan negeri pun banyak jadi kelam - kabut kerana dilakukan di saat akhir sehinggakan ada pegawai kerajaan negeri melarang kakitangan bawahannya menunaikan solat kerana ingin menunggu ketibaan Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang tak kunjung tiba.

Sungguh mengaibkan kerajaan Islam Hadhari tidak membenarkan solat hanya untuk menunggu ketibaan Ketua Menteri, pegawai itu perlu disiasat dan diambil tindakan bagi membersihkan nama Ketua Menteri.

Difahamkan pegawai itu yang dikenali sebagai encik Rashid bertugas di bahagian perumahan di negeri Melaka selalu melarang kakitangan bawahannya untuk menunaikan solat dan kejadian ini telah berlarutan sekian lama tanpa diambil sebarang tindakan.

Rabu, 11 April 2007

40 TAHUN PAS KAWASAN JASIN (1967-2007)

OLEH : BUDI

Pada tanggal 12.4.2007 ini , PAS kawasan Jasin akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 40 tahun.Bersempena dengan tarikh bersejarah tersebut satu majlis tahlil dan tazkirah akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat dikompleks PAS kawasan Jasin , Simpang Kemendor. Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan – Mejar (B) Haji Jasme Bin Tompang,majlis tersebut diadakan bagi mengenang perjuangan pengasas PAS kawasan Jasin dan semua pimpinan diperingkat cawangan adalah dijemput hadir.

Sejarah PAS kawasan Jasin yang ditubuhkan 12.04.1967 itu, bermula dengan nama Melaka Timur (nama bagi kawasan parlimen pada masa itu). Diperingkat awal ianya diterajui oleh beberapa tokoh seperti , Allahyarham Haji Bujang Bin Madon (Pengerusi), Allahyarham Haji Alias Bin Sijak (Naib Pengerusi), Haji Haron Bin Konet (Setiausaha), Allahyarham Cikgu Yahya Bin Aminudin (Bendahari), Ustaz Salleh Bin Yusof (ketua penerangan), Allahyarham Cikgu Ahmad Bin Montel (Ajk), Cikgu Ali Bin Mahdi (ketua pemuda) , Cikgu Jalil Bin Morah, Ahmad Bin Said dan Mohd Dom Bin Tompang.

Walaupun dikalangan mereka ada yang telah pergi meninggalkan kita namun yang masih hidup tetap teguh semangatnya biarpun telah lanjut usia.

Ketika mengulas sejarah tersebut, setiausaha PAS kawasan - Abdul Karim Bin Kasim, mengharapkan agar perjuangan dan istiqomah mereka diteladani oleh pimpinan yang ada pada masa kini dan akan datang.

Tambah beliau lagi, "40 tahun adalah satu tempoh kematangan bagi PAS dalam membuat keputusan, menangani apa juga isu samada dalaman mahupun luaran dengan bijaksana. Dan 40 tahun bagi fasa kedua ini hendaklah diisi dengan banyak reformasi dalam setiap gerakkerja, pengurusan organisasi dan cara berfikir dikalangan pimpinan dan juga ahli PAS.

Seterusnya beliau mengharapkan agar PAS kawasan Jasin akan terus gemilang dimasa hadapan dan semua ahli dapat berfikir dan bekerja untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Kepada pengasas PAS kawasan Jasin yang telah pergi mengadap Ilahi, semoga Allah menempatkan mereka bersama para syuhada dan solihin. Al – fatihah.

MASJID AL-GHAFFAR MEGAH TANPA JEMAAH...

OLEH : BUDI

Satu lagi mercu tanda yang terbaru bagi Bandar Jasin ialah Masjid Daerah yang diberi nama al Gaffar. Masjid dua tingkat yang terletak dipersimpangan Taman Maju itu boleh menampung kira-kira tiga ribu jemaah dan baru saja digunakan sejak dua bulan yang lepas bersempena pengiktirafan Jasin sebagai perbandaran.

Sebelum ini pun saya pernah membangkitkan kisah masjid pelancongan iaitu Masjid Selat Melaka. Bukanlah maknanya saya anti masjid yang dibina oleh kerajaan Haji Ali Rustham tetapi jika membina masjid bertujuan nak tarik pelancong bukan nak tarik jemaah apa faedah yang diperolehi..?? Hakikat yang sebenarnya, projek membina masjid itu bertujuan nak bagi dekat kroni sepertimana projek tar jalan di kawasan Sungai Rambai….satu Melaya dah tau!!!

Akhir - akhir ini pun saya memang kerap bersolat di masjid baru –al Gaffar itu. Bukanlah kerana terpesona dengan senibinanya, kebetulan ada urusan kerja .Namun setiap kali berada disana pelbagai persoalan bermain dikepala.Seingat saya masjid ini beberapa kali bertukar kontraktor sebelum disiapkan.Adalah yang tak betul tu!! Jika diamati pada stuktur menara masjid itu pun menampakan ketidakhalusan kerjanya. Malahan besi penutup longkang pun dah banyak yang hilang kerana tiada yang mengawasinya.

Seperti juga masjid Selat Melaka, masjid daerah Jasin ini dibina jauh dari penempatan penduduk samada taman perumahan atau kampung. Taman Maju yang terletak satu kilometer dari situ memang telah memiliki masjid yang agak luas dan selesa dan solat jumaat juga didirikan disana. Namun bagi "meraikan" masjid baru tersebut ibadah solat jumaat dipindahkan ke masjid baru dan masjid lama diimarahkan sekadar untuk solat lima waktu sahaja. Memang masjid lama itu makmur dan solat jemaah didirikan pada setiap waktu.

Dan telah menjadi lumrah bagi kita melihat masjid besar lagi cantik tetapi ahli solat cuma tujuh atau lapan orang.(suboh mungkin ramai kot??)Itu memang suasana masjid akhir zaman.Kerap juga saya solat zohor seorang diri dan dibahagian luar kerana ruang solat didalam berkunci.Yelah, banyak barang berharga takut, hilang pulak.

Apa yang berlaku di masjid yang berusia dua bulan itu ialah masaalah kerap terputus bekalan air untuk kegunaan jemaah.Menurut seorang jemaah disitu, air yang dibekalkan dari paip utama tidak mampu naik keatas kerana kedudukan masjid yang agak tinggi diatas bukit. Memang ada usaha menambah baik sistem pam, persoalannya sudah tentulah memakan masa. Pihak pengurusan masjid perlu memikirkan pendekatan segera untuk menangani masaalah ini. Saya terharu apabila ada orang yang datang untuk solat terpaksa berpatah balik dan bersungut kerana tiada air.

Memang saya akui kebelakangan ini banyak masjid baru didirikan atau masjid lama diperbaiki. Kalau hendak hitung di Jasin saja pun banyak, cuma belum dirasmikan lagi. Dan saya yakin menjelang pilihanraya akan datang banyaklah acara merasmikan masjid , balairaya dan longkang baru akan diadakan. Cuma saya ternanti-nanti bila dan dimana masjid hadhari akan didirikan. Bolehkah saya bersolat disitu nanti kerana saya bukan penganut agama baru tersebut.

Ahad, 8 April 2007

DARI MEJA ICT JASIN....

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana blog jasindaily ini masih 'Bernyawa' sehingga ke hari ini. Setelah hampir sebulan tidak dikemaskini dengan sempurna akibat oustation ke Korea selama seminggu, kemudian wife pula bersalin (terpaksa ulang alik KL-Melaka), jkuasa penting untuk kejohanan FUTSAL Zon Selatan anjuran Harakah yang diadakan pada 1 April 2007 diikuti pula dengan tugasan untuk menyiapkan Buku Mesyuarat Agung kawasan DPPKJASIn untuk kali ke 24 yang diadakan pada 22 Mac 2007, semua ini berlaku dalam tempoh 3 minggu. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dalam menghadapi ujian ini, Allah S.W.T telah mempermudahkan perjalanan ana dalam menyelesaikan satu persatu masalah ini. Inilah salah satu kemanisan yang diberi ketika kita berada diatas landasan perjuangan.

Sebagai makluman, blog ini sudah diambil alih oleh Saudara Mat Noh bin Modeng (Pengerusi ICT DPPKJASIN 07-09), beliau telah menggantikan saudara Badrul Hisham yang sudah tamat tempoh pemuda. Diharap dengan peralihan jkuasa ini akan lebih memantapkan jentera ICT DPPKJASIN. Ana seperti biasa bekerja dibelakang tabir dalam bidang ICT.

Insya-Allah seperti yang dimaklumkan, jasindaily akan beroperasi seperti biasa. Maaf diatas segala kekurangan yang ada pada kami. Terima kasih diatas segala teguran, kami memerlukan teguran yang membina dalam merealisasikan impian perjuangan PAS dalam memperjuangan kalimah Allah di bumi ini. Marilah kita sama-sama men'jatuh'kan UMNO dan konconya yang semakin rakus dalam menganiaya rakyat jelata di Malaysia ini dalam pilihanraya akan datang. Salam Perjuangan dari ana untuk sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.