Ahad, 14 April 2013

KANTOI DAH

Dalang pemfitnah Mustafa dikesan

Era Pasca, 13 Apr 2013




Blogger Era Pasca mendakwa beliau dapat mengesan siapakah dalang di sebalik penyebaran dan pembikinan video yang memfitnah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, Mustafa telah menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan kes ini.


Klik untuk melihat penuh laporan blogger ini.

GEMPAR!! Lagi Dalang Penyebaran Video Seks Fitnah Telah Di Kesan!!!

Posted by Abas® - tiewnama® Saturday, April 13, 2013 19 341 comments


Kuala Lumpur - by @tiewnama
penyebaran fitnah berbentuk video lucah adalah salah satu dari amalan zikir Bloger
Barisan Nasional,  ini adalah ADMIN kepada watanharian.my yang menjadikan blognya
sebagai medan memfitnah Pakatan Rakyat.

dari hasil tinjauan Dr @tiewnama dari ajensi berita fakap EP, kami mendapati, latar
belakang blog ini, pemiliknya di dapati adalah En Zainudin Mohd Jamil dari UMNO 
yang tinggal di Taman Sri Keramat Tengah Kuala Lumpur.

dan beliau adalah salah seorang yang terlibat dalam penyebaran video seks FITNAH
terutama yang hangat diperkatakan sekarang, Mustafa Ali.

begitu teruja seronoknya beliau menabur fitnah disana sini, apakah ajensi antarabangsa 
berita fakap EP tidak boleh trace dia? Zaman semakin maju, teknologi semakin canggih, tidak
perlu belajar IT sampai tahap PhD pun tahu macam mana hendak trace.

Gambar ini didapati dari Whatsup yang tertera nombor telefon yang tercatat di result carian
whois. sila telefon beliau 019 - 6691806 untuk penjelasan lanjut saman RM 100 Juta..


Kesan dari kekantoian tim media umno dalam isu fitnah Mustafa Ali, admin blog
Watan Harian ini yang telah pun gugur rambutnya dan telah menarik balik semua posting
fitnahnya terhadap Mustafa Ali. Dulu kata BERANI KERANA BENAR, baru kena gegar
sikit sudah kecut telor!!! RM 100 JUTA SAJA, BUKAN BANYAK MANA PUN!
Waaaakakakkaaaaa!!!!

by @tiewnama - fitnah video seks adalah ZIKIR harian pencacai Barisan Nasional!kah3
Isu video: BN tidak akan desak pemimpin PR letak jawatan
JAMILAH HAMZAH
13 April 2013
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan mendesak mana-mana pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kontroversi video seks agar mengundurkan diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, hari ini.

Beliau berkata, pendedahan video berunsur seks membabitkan beberapa pemimpin pembangkang akan menunjukkan tahap kebijaksanaan pembangkang menyelesaikan kontroversi panas tersebut.
Sehubungan itu katanya, rakyat juga menjadi penilai untuk memilih pemimpin.

"Kita tak desak pemimpin pembangkang atau (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan sesiapa yang terlibat dalam video seks untuk letak jawatan.

"Mereka ada disiplin parti masing-masing, kita serah kepada rakyat untuk buat keputusan," kata beliau pada sidang media di PWTC di sini hari ini.

Mengenai individu dalam video itu, Ahmad menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Menurut laporan Bernama lewat malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun malam tadi, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.
Video seks: Puad mahu Pas siasat
Wartawan Sinar Harian
13 April 2013
Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
BATU PAHAT - Pas harus mengadakan siasatan berhubung penyebaran cakera padat lucah dan foto, yang dikaitkan dengan pemimpin kanannya, kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, oleh kerana ia melibatkan isu moral, maka satu siasatan seharusnya dimulakan.

Polis sudah pun mengakan siasatan manakala Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam memberitahu, biar polis menyiasat kes tersebut.

"Mereka tidak boleh berselindung di sebalik isu kerana rakyat memerhatikan mereka, kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan bagi pembinaan SJK (C) Hwa Jin di sini hari ini.

Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ini, Pas tidak harus ada sikap pilih kasih.
PRU13: Sebar VCD antara 75 kes disiasat polis

13 April 2013
KUALA LUMPUR - Polis kini memulakan siasatan kes penyebaran VCD aksi seorang lelaki yang menyerupai pemimpin kanan parti pembangkang dengan seorang wanita di Terengganu.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan dimulakan mengenai dalang di sebalik penyebaran VCD itu dan siasatan masih di peringkat awal.
Katanya kes itu disiasat bersama 74 lagi kertas siasatan yang dibuka sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.
Kebanyakan kes lebih menjurus kepada kesalahan-kesalahan pilihan raya seperti melakukan provokasi, bergaduh, ugut dan mengoyakkan poster parti lawan.
"Kesemua kertas siasatan yang dibuka membabitkan 406 laporan polis yang dibuat sejak 3 April lepas, termasuk siasatan penyebaran VCD itu di Terengganu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau berkata polis memantau sebanyak 480 aktiviti sempena PRU13 yang dijalankan semalam membabitkan 136 ceramah, 100 perjumpaan parti politik, 13 lawatan dari rumah ke rumah, 38 kempen dan 196 lain-lain aktiviti. - Bernama 


Utusan Kantoi Fitnah Dr. Azmi Omar
Posted on Sunday, April 14 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Ameno World

Inila kuasa facebook. Peranan media sosial. Bersyukurlah pada yahudi sebab dorang la kita dapat kesan penipuan umno dan utusan.

KAH KAH KAH

Utusan yang kaki fitnah dan dah kantoi ke berapa ratus kali tah, kali neh kantoi lagi. Ini kemaskini utusan di laman mereka. Aku captured sebelum depa buang. Masa tue nak lari pun tak dan sebab dah terkantoi kan.
KAH KAH KAH


Rujukan : utusan.com.my - Terpedaya imej warak Anwar

Ini pula penafian dari sahabat kepada individu di atas.



Dr. Maszlee Malik ialah individu yang tidak berkepentingan. Aku selalu baca status2 dia yang menyegarkan dan menginsafkan. Pendek kata, kata2 dia boleh dipercayai berbanding utusan. Dia selalu share benda2 yang baik je. Sesiapa yang like page dia akan tahu. Aku dah lama follow.

Dan kali neh utusan dikantoikan sebab menggunakan dan mengheret individu yang tiada kaitan untuk membalon Anwar..

Adoi utusan, kot ye pun sengkek modal, kot ye pun tiada sesiapa yang sudi di interview ko.. tak payah la buat citer bodoh macam neh. Ko interview je la diri2 ko dan umno2 tue.. dorang masih sudi kutuk2 Anwar ma..
KAH KAH KAH

PADAN MUKA. ASYIK KANTOI JE.

Link rujukan : Facebook - Dr Maszlee Malik

Nak serang utusan kat sini. Aku dah lama kena ban.. ==> Facebook - UtusanOnline

Sumber


 Panas bila Tuan Guru ini pun kaki seks juga
Posted on Saturday, April 13 @ 23:45:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: dukunpasir

"Penulis tak tahu nak kata macam mana bila seorang Muslim yang PERNAH MENGELUARKAN FATWA HARAM UNDI PAS ini rupa rupanya..............


Suka pada bahan bahan lucah .........suka mengeluarkan kenyataan yang TIDAK SEPATUTNYA DARI LIDAH SEORANG YANG BERNAMA TUAN GURU ........Bukti buktinya anda lihat beberapa posting yang dibuat dari Fanpage beliau ini



NILAIKAN dimana letaknya maruah Tuan Guru yang begini YANG SUKA BAHAN SEKS seperti ini?








Mungkin ada yang akan memberikan pendapat dengan berkata ID itu BUKAN MILIK SEBENAR INSAN YANG BERGELAR TUAN GURU BABO HJ ABDULLAH SA'AMAH AN-NAJMIAH ......ID ini dikawal oleh penyokong pembangkang untuk menjatuhkan maruah beliau malah mungkin juga oleh penyokong UMNO ......

Nak tahu sama ada Fanpage @ID ini betul atau tidak pemiliknya.........TUAN GURU BABO haruslah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya, KERANA DALAM STATUS FB DIA MENCABAR DATO MUSTAFA ALI BERSUMPAH UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA, DAN KINI KITA MINTA BELIAU PULA MEMBERSIHKAN NAMANYA MELALUI ID INI...

Jika  TIDAK .......faham fahamlah sendiri dimana letaknya sarban INSAN ini diKEPALANYA KA? ATAU DI EKORNYA KA?...... 

 Pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang warga emas
Posted on Saturday, April 13 @ 23:44:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
laporan polis
Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.

Menurut laporan itu, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.

Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan maalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuan saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu dibuat mengesahkan menerima aduan tersebut.
Anda mungkin juga meminati: Daging babi dikesan dalam salami halal
 Celakalah Pembikin Video Jahat Itu!
Posted on Saturday, April 13 @ 20:20:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ustaznik

"Video adalah sebahagian dari teknologi. Jika digunakan untuk Islam dan kebaikan, maka berpahalalah si pembuat videonya. Sebaliknya jika dibuat dan direka video yang buruk dan keji, tentu sahaja si pembuatnya menempah dosa. Apatah lagi jika video yang dibuat itu bersifat ‘qazaf’ tuduh zina yang melibatkan maruah dan harga diri seseorang.

Orang yang diqazaf itu pula dikenali sebagai orang yang baik. Tidak biasa kita dengar mengenainya berbuat perkara dosa besar dan gemar terhadap perkara fasiq. Justeru, membikin video seperti ini amatlah besar dosanya. Dosa yang tidak mampu dibayar dengan sebuah nilai projek mega. Dosa yang tidak dapat ditampung dengan bayaran komisen kapalselam. Dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan hanya selesai dari pilihanraya umum ke 13. Video seks yang dikatakan berlaku ke atas SU Agung PAS, Hj Mustafa Ali sebenarnya amat jelek sekali. Ia diwar-warkan ketika hampir PRU 13. Ia melibatkan seorang yang dikenali sedari awal komited dan istiqamah dalam PAS. Ia melibatkan satu nama yang tidak biasa kita mendengar ia gemar berbuat jahat atau perkara fasiq. Sekonyong-konyong video seksnya keluar.

Kalau kita mahu menghukum, kita ada 3 bentuk hukum yang diajar dalam Islam. Ada hukum akal, hukum adat dan hukum syarak. Hukum akal menyebut tidak mustahil perkara ini boleh berlaku kepada Hj Mustafa Ali kerana ia termasuk dalam perkara harus. Namun hukum adat mengatakan tidak biasa kita mendengar dan kita tahu Hj Mustafa Ali melakukan perkara dosa besar, terutama zina atau melanggan perempuan jalanan. Hukum syarak pula mengajar kita supaya mengira seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, Perkara tuduh zina pula memerlukan 4 orang saksi yang adil bagi membuktikannya. Ditambah dengan kaedah: ‘Alhukmu ala syaiin far’un an tasawwurihi’ (Menjatuhkan hukum kepada sesuatu perkara adalah cabang dari menggambarkannya).
Kes video ini muncul ketika hampir PRU 13, melibatkan SU Agung PAS yang kelihatan ada motif politik dan teknologi yang boleh dimanipulasi dengan topeng muka, watak yang boleh dilakonkan suaranya dan lain-lain. Saya menulis artikel ini sambil mendengar bacaan al-Quran oleh Sheikh Abdul Nasir Harak, seorang qari muda Mesir yang sedang naik namanya dengan bacaan al-Quran yang sangat merdu. Samada kebetulan atau entah macamana, saya perasan ayat al-Quran yang dibaca ialah ayat dari surah al-Hujurat yang melarang mukmin dari beberapa sifat termasuk jangan menggelar, jangan tajassus (mengintai-ngintai) keaiban yang tertutup dan jangan bersangka buruk kepada seorang mukmin. Subhanallah! Maha benar Allah dengan KalamNya. Celakalah pembikin video jahat itu!
 

Tiada ulasan: