Khamis, 4 April 2013

INSYAALLAH...KITA TENGOK SAPE YANG KENA

PRU13: MB mengadap Sultan Kelantan esok

Salmah Mat Husain, Foto Rizal Tahir, 03 Apr 2013
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V esok bagi mendapatkan perkenaan Tuanku bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Tuan Guru berkata, beliau akan mengadap sultan Kelantan malam esok di Istana Telipot selepas menghadiri majlis penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan.

“Terserah kepada baginda untuk menentukan bila-bila pembubaran negeri Kelantan,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Lajnah Politik dan Piihanraya PAS Negeri, di sini sebentar tadi.

Tuan Guru turut memberitahu, beliau juga akan menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri besar dan ketua menteri di bawah Pakatan Rakyat di ibu negara petang esok.

Sementara itu, mengulas tentang peluang PAS di negeri itu, Tuan Guru berkata beliau hanya berdoa supaya pemerintahan di Kelantan tetap berada di bawah kepimpinan Islam.

Beliau juga berharap rakyat Kelantan akan mengekalkan kerajaan negeri yang ada hari ini.

“Kita berdoa kepada Allah SWT supaya Kelantan tetap di bawah pentadbiran Islam,” ujarnya.

Najib ciplak idea turun harga kereta

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Setelah menciplak program penghapusan tol dengan mengikuti cadangan Buku Jingga melalui pembelian semula PLUS yang telah mereka lakukan, Najib kini mahu laksanakan program kedua yakni 'Penurunan Harga Kereta' dengan cara mengurangkan 'Cukai Eksais'.

Baru beberapa bulan yang lalu bersama hulu-balangnya termasuk anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin  berhujjah di Dewan Rakyat bahawa amat tidak menasabah untuk menghapuskan ‘cukai eksais’ ini.

"Kita akan kehilangan RM7 bilion setahun dan negara akan bankrap!" kata Najib ketika itu.

Dengan tidak tahu malu dan muka selamba, pentadbiran Najib, melalui Ketua Pagawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI) di bawah MITI telah mendedahkan bahawa kerajaan bersetuju menurunkan ‘eksais duti’ kereta.

Ia dibuat sebagaimana yang dianjurkan Manifesto Pakatan yakni berperingkat yakni sebanyak 20 peratus setahun untuk lima  tahun.

"Dasar Automobil Nasional yang baru akan memuatkan polisi ini," dedah Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif  Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Katanya, dalam pada mengkritik semua program Pakatan sebagai membankrapkan negara, Najib dan kabinetnya sedar bahawa tawaran-tawaran Pakatan bukan sahaja mampu dilakukan atau ‘doable-feasible’ tetapi juga mempunyai perhitungan yang jauh dan mengambil kira impak kewangan dan pelbagai sisi pandang termasuk alam sekitar.

Program pembangunan vendor, menjadikan industri automobil lebih berdaya saing dengan kereta yang lebih efisien tenaga, penambahbaikan pengangkutan awam digarap seluruhnya secara holisitik.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengemukakan manifesto yang mempunyai anggaran perbelanjaannya setiap satu dan aliran tunai termasuk sehingga menayangkan lebihan aliran tunai (free cash-flow) sesuatu tawaran. Semada penghapusan tol, penurunan cukai eksais kereta, membiayai pendidikan percuma, menurunkan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, pembiayaan perumahan mampu milik, kesihatan, gaji minima dan program-program kebajikan terhadap petani, nelayan dan suri-rumah dan program perinits untuk lepasan sekolah yang tidak dapat ke pengajian tinggi telah dibuat kajian anggaran perbelanjaannya dan di mana datangnya sumber kewanganya, kata beliau.

Dr Dzulkefly meramalkan Najib akan menggunakan habis-habisa masa sisanya sebelum menjadi ‘lame-duck’ sebagai PM Caretaker yang tidak berkuasa untuk ciplak satu demi satu tawaran Manifesto Pakatan Rakyat.

Pendidikan percuma mungkin akan menjadi sasaran plagiarisme rakus Najib seterusnya, ramal anggota Parlimen Kuala Selangor itu.

"Najib boleh ciplak semua program Manifesto Pakatan Rakyat! Namun yang Najib tak boleh ciplak adalah menyediakan kepimpinan yang punya integriti," kata beliau.

Najib juga, katanya, tidak berupaya untuk menangani tata-kelola yang mengkayakan kroni dan suku-sakat dengan pelbagai kaedah monopoli dan oligopoli.

Bagi beliau, Najib tidak akan berjaya menangani rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan kebocoran dalam system penghantaran (delivery system).
"Najib tidak boleh ciplak kejayaan Pakatan Rakyat sebab ia bersabit dengan kepemimpinan dan jati diri manusiawinya," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Najib direhatkan dahulu untuk meyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat memerintah sebentar untuk satu penggal paling tidaknya.

E-Paper Harakah percuma sempena PRU13

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar mengumumkan langganan secara percuma e-paper Harakah selama sebulan atau 8 edisi bermula edisi 1832 ini bagi menyatakan terima kasih di atas sokongan yang diberikan warga siber selama ini.

Sehubungan dengan pihak Harakah akan mengemaskini rekod kepada pelanggan-pelanggan sedia ada dengan memanjang tempoh langganan mereka secara automatik.

Manakala bagi pengguna-pengguna baru perlu mengemaskinikan maklumat mereka dalam laman web http://epaper.harakah.net.my dengan segera untuk menikmati kemudahan ini.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan pemgumuman ini, sila hubungi 03-4021 3425 atau emel kepada epaper@harakah.net.my

Pengumuman langganan percuma epaper ini dibuat serentak dengan pembubaran parlimen yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada hari ini.

Sebelum ini, Harakah juga telah memberikan sisipan Bangkit sekarang juga secara percuma bagi pembaca Harakah.

Ceramah pertama lepas bubar malam ini

Harakahdaily, 03 Apr 2013


KUALA LUMPUR: Selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan memberikan amanat penting dalam ceramah pertama selepas bubar malam ini.

Beliau akan memberikan ceramah yang bertema 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' di Taman Melewar malam ini mulai jam sembilan malam.

Turut serta bersama beliau malam ini adalah Haji Mohamad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Hishamudin Rais (Aktivis Bersih).

Ceramah ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Bintang.

PRU13: NGO Tolak kumpul tandatangan tolak BN

Hazayani Zakaria, 03 Apr 2013

Wakil Tolak memegang kain rentang yang mengandungi tandatangan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) hari ini berjaya mengumpul kira-kira 200 tandatangan orang ramai yang sepakat menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Tandatangan tersebut diturunkan orang ramai di atas kain putih yang dibentangkan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo tengah hari tadi sambil NGO tersebut mengadakan pameran tujuh sebab Umno BN harus ditolak.

Kira-kira 30 wakil Tolak yang merupakan NGO yang disertai Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersama 26 NGI itu berkumpul sambil memegang kain rentang hitam yang bertulis tujuh sebab Umno perlu ditolak iaitu:

1. Umno BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka.

2. Umno BN gagal mengurus  ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi.

3. Umno BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara.

4. Umno BN campur tangan daam Institut Pengajian Tinggi dan menyekat kebebasan akademik, mahasiswa dan universiti.

5. Umno BN telah melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya.

6. Umno BN telah menafikan hak-hak rakyat dan menggadaikan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera.

7. Umno BN gagal gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak atas golongan itu.

Pengerusi Tolak, Azan Safar dalam ucapanya berkata, dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, mereka bersedia membawa gelombang anak muda untuk menolak Umno pada PRU13.

"Seiring dengan pembubaran parlimen hari ini, bermaksud gendang telah dipalu. Kami bersedia membawa gelombang anak muda untuk memastikan umno BN tidak lagi diberi mandat selepas ini.

"Kuasa berada di tangan rakyat termasuk di tangan anak muda yang akan turut menjadi pemilih. Jadi saya seru kita sama-sama turunkan tandatangan sebagai bukti kita menolak Umno BN," katanya.

Pameran tersebut berjaya menarik perhatian orang yang lalu-lalang menyebabkan mereka berhenti membaca kain rentang dan mendengar ucapan Azan serta merakamkan gambar sambil diperhatikan kira-kira sepuluh anggota polis.

Mereka berkumpul di hadapan Sogo bermula jam satu dan bersurai dengan aman pada jam 2.30 petang.

Azan yang ditemui selepas itu berkata, beliau berpuas hati kerana dapat menyampaikan mesej kepada rakyat dan mendapat kerjasama yang baik dariapda pihak polis.

"Kami berpuas hati kerana hanya ambil masa 30 minit untukkumpul tandatangan orang ramai dan kerjasama polis pun baik hari ini,"  katanya.

Pada Sabtu lalu, Azan termasuk lima aktivis Tolak yang ditangkap di hadapan kediaman perdana menteri ketika mengadakan program yang sama di sana.

Menurut Azan juga, tandatangan yang telah dukumpulkan akan dibentangkan dalam program kemuncak pada 14 April ini.

PRU13: Selangor bubar Dun esok

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubar esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, Sultan Selangor juga telah dimaklumkan berhubung perkara itu ketika beliau mengadap tuanku di Istana Alam Shah kira-kira jam 1.30 petang tadi ekoran pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.

"Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.

"Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini membayangkan Dun Selangor akan dibubar 22 April ini jika Najib masih berteka-teki dengan tarikh pembubaran parlimen.

Bagaimanapun, dengan pengumuman Najib hari ini, pilihan raya bagi Dun Selangor dijangka serentak dengan Pusat.

Saya persiap jentera terbaik - Azizan

Harakah, 03 Apr 2013


ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak berkata, beliau telah mempersiapkan jentera terbaik untuk PAS di negeri ini dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini.

"Saya telah menyiapkan jentera PAS Kedah sejak lima tahun lalu, selepas kita berjaya menerajui kerajaan negeri pada tahun 2008.

"Sama ada saya bertanding atau tidak, saya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, itu kewajipan saya untuk memastikan PAS Kedah menang (dalam PRU13).

"Selepas menang lagi nanti, saya serahkan kepada PAS Pusat untuk melantik siapa (Menteri Besar). Selaku Pesuruhjaya, saya harus menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa menunggu hingga dipilih sebagai calon untuk memulakan kerja (pilihan raya). Ini amanah saya dengan jemaah (PAS)," kata beliau.

Azizan berkata demikian dalam wawancara khas para wartawan Harakah dengan beliau baru-baru ini.


Ikuti wawancara penuh dengan MB Kedah itu dalam Harakah Jumaat ini.

Tiada ulasan: