Sunday 31 July 2011

Contest: KAMI DATANG NAK DUIT RAYA


Esok akan bermulanya kita berpuasa.Bila sebut puasa,orang dewasa tentu suka,tapi budak2 diaorang sibuk2 kira hari untuk Raya..hee..ok lah aku sahut cabran cik Anis untuk join contest yang dia anjurkan..menarik juga.

nak join click SINI

Ni homemade card dari Aku Dan Sesuatu..takde cetak rompak ,hasil dari jejari dan otakku..:)


Closing Date :25/08/2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432h.
jom geng join :Bunga Malam
                      Fatim mawar

Selamat Berpuasa Semua

SPECIAL REWARDS ...MY 111 FOLLOWERS

Cantik tak num 111...triple one..follower aku..thanks to minda khayalan..cute little panda..i like..Alhamdulillah dah ramai sahabat sudi jenguk2 belog aku nie..walau tak sampai tahap ribu-ribuan..tapi syukur sangat..Semoga hati dan fizikal ku akan terus berbelog untuk masa-masa akan datang.


thanks sekali lagi buat minda khayalan dan semua yang sudi mengikuti belog Aku Dan Sesuatu




Saturday 30 July 2011

BEN ASHAARI MESRA BLOG DENGAN GAMBAR

JOIN LAH LAGI  BELUM PUKUL 10

Terlambat sikit hari ini..tapi belum pukul10 lagi..ada saja kan idea bernas BA untuk rakan-rakan blogger bersuai kenai..menambahkan kenalan dan idea.sempat lah join dan pilih gambar..ni gambar pilihan aku..



Gambar ini di ambil pada 8 mei 2010..Gambar ini semasa kami mengikuti satu rombongan ke Cameron Highland..Terbaik pada aku laa sebab aku yang take picture nie dan gambar aku ada termasuk juga..Jangan kata syok sendiri pula..heee..Gambar dapat menggambarkan pelbagai maksud.Dari gambar wujudnya satu kenangan yang dapat dilihat tapi tidak dapat diwujudkan kembali.Kenangan bersama 3 orang rakan baik ku rod dan aja..sedapnya strawberry chocolate..bila la dapat makan pula nie.Masa ni kami tak kahwin lagi..dan sekarang tinggal sorang je masih single and available..Aja yang bertudung pink.Bila lagi kita dapat macam ni kan..mungkin masih boleh lagi mungkin dah tak boleh..apa ayat aku nie..boleh pergi tapi tak bleh pergi single macam ni lagi laa..itu lah maksud ku.


WELCOME RAMADHAN 1432H


A Checklist For Ramadhan

1. Ask Allah to enable you to reach Ramadan and to get the most out of it as the Salaf (early generation of pious people) used to do.

2. Intend to fast every day with Iman and pure intention seeking the reward from Allah alone. The Prophet peace be upon him said, "Whoever fasts in Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven". (Bukhari)

My Lovely bloglist

 Sambungan BA Segmen..hari nie baru aku free nak letak link bloglist kengkawan..sorry ek


1.http://akudanchenta.blogspot.com/
2.http://lulu-pages.blogspot.com/
3.http://www.nizamijam.com
4.http://lzulxocraxme.blogspot.com
5.http://princesskeymah.blogspot.com/
6.http://blogfarha.blogspot.com
7.http://fareezvanfillers.blogspot.com
8.http://nissajalaluddin.blogspot.com/
9.http://areyf90.blogspot.com
10.http://abyazree.blogspot.com
11.http://marinafazli.blogspot.com
12.http://ceriagurlz.blogspot.com/
13.http://phoenix-hidupseoranghamba.blogspot.com/
14.http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/
15.http://gadiskutersayang.blogspot.com/
16.http://heartlywritten.blogspot.com/
17.http://anasweetblueberry.blogspot.com

Kepada semua sahabat tersayang..ingatkan saya jika tertinggal link anda..minta maaf ye






Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Nur Zahirah


Alfatihah buat Mohd Ashraf Hafiz,Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Thursday 28 July 2011

Namaku REMAJA

Mari kita hayati..Part 1 cari tak jumpa..Maaf yer

Masa remaja adalah usia yang akan dilalui oleh setiap orang dewasa. Masa ini akan menguji setiap orang bahawa tidak selamanya hidup dilewati dengan perjalanan yang lurus. Seorang pendayung yang hendak menuju suatu pulau mungkin tahu arah jalannya dan mungkin tahu ada badai di hadapan, tapi tidak semua pendayung mampu melewati badai dan sampai pada tempat yang dituju. Masa remaja adalah masa yang penuh badai dan tidak semua orang mampu melewati masa-masa itu.




Cecahkan Dahimu ke Sejadah

Aku sangat berdebar-debar bila dengar ayat ini di baca..selalunya di IKIM fm..Terasa sampai ke hati..debaran jantung boleh kencang mendengarnya..Tapi kena baca dengan intonasi suara yang boleh buat orang sampai menangis.Macam sekarang di Halaqah selalu ada sesi muhasabah diri bersama dengan ESQ.naik bulu roma bila dengar.Apa-apa pun ini semua sebagai motivasi untuk diri kita agar jadi lebih baik dari semalam.


Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan


Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput? Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru marilah kita sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Wednesday 27 July 2011

Wordless Wednesday# 1

Misi menjelajah blog dari segmen BA..best juga singgah2..senang je..cari link blog kawan2 di belog MTT..hari  ini aku menjelajah..esok aku masukkan link kengkawan di belog ..


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,
Bergerak bersama..... .....,
Menangis bersama..... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....


Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN...


Baraka Allahu lakuma

Hari ini 27072011 bersamaan 25 Syaaban 1432H genaplah 44tahun usia Mak angkatku..Selamat Hari Lahir Cik.Semoga Panjang umur,murah rezeki dan diberkati hidupmu..Semoga segala impian cik tercapai..Amin..

    Hanya Ingatan yang dapat ku berikan padamu cik,walaupun Aku dan Dia tiada hubungan darah namun pertalian kami amat erat bagai ibu dan anak,namun masa membataskan pergerakan,tiada dapat aku berkunjungmu selalu..Hanya Doa dan ingatan menguatkan ukhuwah kita.

Terima lah puisi ini khas untukmu

Selamat Hari Lahir Ibu

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan "Ibu'
Walau ianya hanya satu pinjaman, 
Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana ibu
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala bertitisan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini hari lahirmu
Di pagi hariku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus

Aku hanya mengingati tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikanku dikau wahai ibu

Selamat hari lahir
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu






Tuesday 26 July 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


jom JOIN

MTT saya dah try buat scroll blog.tapi xkuar scroll pun..aduhh..:)

Selamat Menyambut Ramadhan kawan-kawan..Kalau boleh saya nak letak korang dalam friend list..tapi scroll box tak menjadi lagi nie..heran betul..ikut cara betul dah..



Saturday 23 July 2011

Menunggu Kedatangan Ramadhan

Tak sabar rasanya untuk menyambut Ramadhan.Tak berapa hari lagi Syaaban akan pergi dan ramadhan akan datang.Semalam rumah mertuaku adakan kenduri kesyukuran dan tahlil..n sempena menyambut kedatangan ramadhan juga.Sangat terasa kehangatan ramadhan nanti di mana semua umat islam akan berpuasa.Berpuasa bukan sahaja dari menahan lapar dan dahaga,tapi berpuasa panca indera sama dari melakukan perkara yang mungkar.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

LAFAZ NIAT:
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

 نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Tuesday 19 July 2011

Thanks Mish Apple


Korang jangan gelak pula..Aku 1st time dapat header dari blogger..thanks sesangat kepadaMISH APPLE.Teruja sikit la.Aku pun masih baru dalam dunia blog nie.Masih banyak yang perlu ku belajar dan mencari n terus cari.Comey kiut miut header doodle ni macam Mish Apple gak.Jom tengok..Aku simpan dulu header nie..sebab aku baru je tukar header..nanti bila dah boring aku letak header ni pula.


suka tengok cartoon muslimah nie..comey..

Kertas Kerja Perniagaan

Dah lama tak buat kertas kerja .Dulu masa belajar aku selalu juga buat krtas kerja program..Tapi kertas kerja program tak sama dengan kertas kerja perniagaan.Kertas kerja perniagaan amat penting bagi seseorang usahawan itu apabila hendak memulakan perniagaan atau membuat sebarang loan.Aku tengah buat kertas kerja untuk perniagaan aku juga ni.Di sini aku ada format yang boleh dikatakan lengkap juga la untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang memerlukannya.

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA


PENGENALAN 

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.
Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.


Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?



1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.

4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

Monday 18 July 2011

Taharah / Bersuci

1. Definisi :

i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

Saturday 16 July 2011

Mencari Ilmu Fardu Ain

 Fadhu Ain bukanlah satu perkara yang kita boleh dianggap remeh.Fadhu Ain Adalah satu perkara fardhu yang wajib kita ketahui.Bila aku mencari apa yang aku masih tak tahu..aku teringat mungkin ada juga orang yang mencari macam aku juga.Kita bukannya nak sesempurna tapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik.


BIMBINGAN FARDHU AIN
 


1-TAHARAH/BERSUCI

-Pengertian bersuci
-Taharah zahir dan batin.


2-Jenis-Jenis bersuci.


3-Istinjak

  • Syarat Istinjak  
  • Rukun Istinjak.

-Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).

-Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.

-Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj).

-Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak


4-Hukum Qada Hajat

Kehebatan Bulan Syaaban

Masa cepat sangat berlalu..tak terkejar rasanya..sedar tak sedar esok dah nisfu syaaban..ramadhan pun dok melambai-lambai..Rejab pun dah lama meninggalkan kita.terasa sedikit sangat amalan sunat yang sempat buat..kerdilnya ku rasa.Syaaban juga mempunyai kehebatannya jika kita menghayati,memahami dan mengamalkannya.



Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat SyaabanBulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.

Monday 11 July 2011

"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

Tak terlewat rasenyer lagi nak join giveaway nie..bosan-bosan ni tunggu idea datang,gatai kan tangan dulu msuk giveaway.Mega lagi sebab hadiahnya besau-besau..menarik.Orang bagi free..sape tak mau..rajinkan diri je..heee..Thanks kepada Yana dan sahabat akrabnya Cik Putih,Putih gebu juga orangnya.Baner mereka pun cantik..aku teruja dengan Canon Cik Putih tu..nak adiah canon leh..hee..sape mau kasi..ribu-ribuan.

Nak Join click SINI or SINUN

Mengikut syarat-syaratnya kena wajib letak senarai sponsor seperti di bawah


senarai sponsor :

1.Scarfsweethoney
2.Wirdazurainie
3.Droplet house
4.Lens.Mania
5.Ayu-Raudhah Shawlstore
6.Nora Nabella
7.Applepinkbow Collections
8.syafeika edora
9.Pixel Mania
10.wan hazel
11.Momo Chan Collections
12.NHL Collections
13.Kei Seinchi
14.Sya Razali
15.Aimi Craft
16.Habibi Hamid
17.Shawl Az
18.Imann Abdul
19.Aan Boutique
20.Kz Nabihah Boutique
21.Ciktiqz Adamaya
22.Tri Fa
23.Kittyshawls

Kawan-kawan aku tag korang yek
1.Rosmoss
2.Yna
3.Sub Gebu

ok..cukup dah agaknya syarat-syarat yang diminta.Ada rezeki insyaallah..Tak da rezeki ,itu bukan rezekiku:)
contest ni berakhir pada 8 OGOS

Sunday 10 July 2011

7 Wonderful Qualities of a Leader

Dah lama tak join program-program dan handle program-program.Bila handle program ni memerlukan kemampuan dan kekuatan kita sebagai seorang leader ataupun ketua .Bukan senang dan mudah untuk menjadi seorang leader yang sentiasa di hormati.Seseorang leader itu penting dalam sesebuah organisasi.Mampukah seorang pemimpin memimpin sesebuah organisasi dengan adil dan penuh berhemah.

Untuk menjadi seorang leader kita perlu mempunyai kualiti seorang pemimpin..bukan secara sukarelawan untuk memimpin.


7 Wonderful Qualities of a Leader


1) Leaders Have Good Communication Skills

Leaders are good communicators. They leave no doubt about the meaning of their message. That's what Stan Toler (2002) wrote in his book "Minute Motivators for Leaders". He added that communication process is not complete until the audience has both listened and understood the delivered message.

Bob Adams (2001) in his book "The Everything Leadership Book" said that effective communication skills are integral to any working partnership / team or personal relationship. Therefore, according to him, it is safe to say that good communication skills are one of the building blocks of being an effective leader.

Saturday 9 July 2011

Best Reward 100 Follower

Terima Kasih aku ucapkan kepada seorang blogger, Syafiq namanya..terharu juga aku 1st time dapat reward camni...Yang lawaknyer dia bleh tak tau jantina aku..heee..tak pa lah tak jadi masalah..bleh panggil kak ila je..ye syafiq..hee..cepat juga dia 2minggu dah dapat 100 follower..kalau 2 bulan atau 2 tahun beribu-ribu pe..
Satu contoh yang baik..teruskan ye dik..ni buktinya aku yg ke 100 follower

Bagi besar sikit gambar nie


Kritikan menjadi Kekuatan

Assalamualaikum..Selamat Petang semua..opss buka-buka belog aku..berjela juga orang comment..kritik2..Semuanya aku accept..terima kasih kengkawan dan penganjur segmen, BA..Kritikan menjadi sumber kekuatan kita  untuk menjadi lebih baik dan terbaik..orang kata kritikan yang membina.Sape kata kritikan melemahkan semangat..Cuba ada orang kritik kita ..Ko ni tak selekeh,pehh ayat..haa apa kita akan buat..tentu pegi amik cermin besar2 duduk depan cermin tengok di mana lah selekeh itu..Pada masa yang sama membangkitkan semangat kita untuk majukan diri kita..dan kita mungkir berkobar-kobar nak mengatasinya kan..kan..


Macam belog aku ni ramai yang kritik ada verification word masa nak comment..aku pun tak pernah perasan sebelum nie..So aku cari dekat setting jumpa pun..belog aku lambat..memang aku raa agak lambat n slow macam siput babi mata buta jalan terbalik..ahaks.So aku carilah caranya nak atasi..jom tengok cara nak ringankan belog

Senang je semudah A,b,c rupanya..tak tau lah lepas ni nak lambat lagi tak..heee..

Open Dashboard - Design - Add a gadget - HTML/ javascript

Copy code ini je


<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhabJXDOy0HMoif-StE2YGad_1f1yvsU9gAJSxPvYh1KaetQTmzCrhzF9cV3UET4j6Hpt0YcxRlYp1X7m-EqSm1vOJtKxiJN0NBh-BugK1ayaUxudF3x3lhxVoXTg-fx1ejhZZYslIM7TU/s1600/grey.gif"
});
});
</script>

taraa senang je kan..thanks kepada sumber..dari belog http://duniakuemieysandra.blogspot.com



Thursday 7 July 2011

my header

 my 1st header

 2nd Header

 3rd header

4th header

Apa ada pada header?header adalah salah satu cara nak bagi orag teruja dengan blog kita..Ada header yang animation..cantik kan..tapi aku tak reti la nak buat.Header2 seperti di atas je aku mampu buat..Korang nak tak aku buat header?..cee macam bagus pula statement aku kan..Macam la header aku ni meletup.Cap Ayam je nie..heee..

Rosmoss ni header ko..mai copy kat sini..Kalau tak cantik jangan letak tau..Malu kami:)

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "

JOM KRITIK SINI


Wahh Tajuk panas lagi meletup nie,Bro je ke..Sis xda ka..jom kritik..Kasi panas sikit blog Gua..hahaa



6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan

Aku tak mau orang kata aku buang masa berbelog..korang pun tentu tak mau orang kata kita kan..sakit telinga ni kan..aku dapat satu artikel dari sumber iluvislam untuk dikongsi bersama kawan-kawan dan aku juga.Aku copy n paste saja.Senang kita nak faham..kalau guna ayat aku kan salah tafsir pula:)



Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.

Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.

Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspotataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah, dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.

Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja.

Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...

Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog.

Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog.

Monday 4 July 2011

Kena Buang Sekolah..Salah Siapa?

Masalah Pelajar zaman sekarang sangat serius,sampai kena buang sekolah.Tadi aku ke Pejabat Pendidikan ada saudara aku minta tolong..tak payah cerita la siapa..Tapi kes ini menjadi semakin berleluasa,banyak masalah pelajar tak dapat ditangani..SALAH SIAPA..adakah salah ibu bapa..salah guru..pihak sekolah..kawan-kawan..atau pelajar itu sendiri.
       Mengikut sumber dari pelajar itu memang 70% salah diri sendiri juga.Kalau diri kita kuat,kita tak kan terjebak dengan nilai-nilai tak baik nie.Tapi disebabkan background sekolah juga ada sebabnya.Dengan kawan-kawan yang sama-sama nak tunjuk hero.Mereka tak puas dan tak serik dihukum..HERO katakan.Macam mana tu kalau Guru Besar pun marah n tegur cikgu di depan student.Di mana nilai untuk dicontohi.Ini realiti bukan fantasi.Kat sini yang aku agak geram juga la.Faktor di rumah juga adalah satu peranan yang penting.Ibu Bapa kadang-kadang dah cukup ambil berat tentang anak mereka.Tapi di sekolah mereka macam hantu,di rumah mereka baik sangat.Itu sebab ibu bapa tak dapat mengesan sikap anak-anak mereka.
menarik juga dialog nie.


Sumber dari utusan,tahun 2006 dahulu..terkejut tak 7000 Pelajar dibuang sekolah.

Sunday 3 July 2011

CONTEST HEADER SAYA COMEL.

Ish malu pun ader nak msuk contest ni..kan aku terperasan pula header aku comei..ahaks..Comel ke?..korang la yang bleh menilai..aku just nak mencuba nasib je..hehee..

Sebelum tu aku letak header penganjur dulu..memang comel..i like..

CLICK SINI UNTUK JOIN



Mari tengok header aku pula.Memang tak leh lawan tauke..tauke ada 2 gadis kiut miu n pelangi indah


macam header aku di atas juga cume tambah sikit-sikit je..Header ni menerangkan Aku dan Sesuatu..Sesuatu yang aku minat,yang aku fikirkan dan sesuatu yang aku dah tercapai dan belum tercapai..perjalanan masih jauh.

Tag:little diary,yna


Tips Cara mengatasi Telinga yang Kemasukan Air

Telinga aku masih berdengung-dengung nie.Letih hah tak keluar-keluar g air kat dalam telinga.Nak cuba petua di bawah pula.Dah rupe orang pekak sebelah dah ni.

Cara 1
Jika yang kemasukan air adalah telinga kiri maka tutup telinga kanan dengan jari telunjuk tangan kanan dan miringkan kepala ke kanan. Gunakan telunjuk tangan kiri untuk meneteskan/memasukkan air ke dalam telinga kiri dan ketika sudah terasa masuk ke bagian dalam segera miringkan kepala ke kiri agar air yang ada di lubang telinga kita bisa keluar semua. Ulangi cara ini jika belum berhasil.(tips dari organisasi.org)

Cara 2
Yaitu dengan meloncat-loncat (seperti main skipping), pada saat meloncat gunakan telapak kaki, kalau sudah melakukan pendaratan gunakan tumit, itu supaya air yang masuk kedalam telinga kita langsung keluar.

Cara yang pertama saya tidak berani mencubanya kerana takut kalau airnya tidak keluar mungkin boleh menyebabkan infeksi. Jadi, saya hanya mencuba cara kedua dan ternyata langsung berhasil, keluar air hangatnya setelah beberapa kali melompat-lompat.

Jangan gunakan cotton buds!

Bagi anda yang telinganya sedang kemasukan air, silahkan mencuba tips di atas. Jika berhasil, jangan lupa untuk bersyukur. Jika tidak berhasil, berdoa memohon kesembuhan, dan hubungi doktor.

Saturday 2 July 2011

GA : Abg Irfan 5th Birthday

GA ni bermula pada 23 Jun 2011 hingga 6 Julai 2011 ( 2 minggu)

CLICK HERE FOR JOIN

SELAMAT HARI LAHIR IRFAN..SEDAP NAMA NYER MUHAMMAD ZAIM IRFAN.maksud nama pun indah Nama Nabi Muhammad S.A.W ,Zaim =Brigadier General , Irfan =Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan.Semoga peribadinya seindah namanya.amin.Barakallahuffi Irfan.Hadiah potret buat irfan

Saya cadangkan bagi Irfan Set Alat tulis ataupun PS..wow..hee

Tag: bunga malam,sub gebu,fatim mawar