20091008

Doa Muhasabah Diri

Ya allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa yang sengaja dan yang tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, para pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, di…… (pagi/petang/malam) yang mulia ini kami bermohon agar Engkau memberkati majlis yang sedang kami jalankan iaitu majlis……..……

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan kebesaranMu, taat akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang menghidup dan mematikan kami, engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka patuh dan taat akan perintahMu serta mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada anak didik kami agar mereka berani dan bersedia menghadapi peperiksaan yang akan dijalani. Terangkan lah hati mereka, mudahkanlah mereka memahami pelajaran dan bantulah mereka ketika menghadapi peperiksaan.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka taat menunaikan solat 5 waktu sehari dan semalam. Dengan solat itu Kau kurniakanlah rezki ilmu yang bermanfaat kepada mereka. Dengan solat juga Kau lepaskan kami dari Azab kubur, diberi buku catatan amalan melalui tangan kanan,melintas jambatan sirat sepantas kilat dan memasukkan kami ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-mudahan mereka tahu yang manakah suruhan dan laranganMu.

Ya Allah ya….. berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka sentiasa mengingatimu dalam setiap masa dan keadaan. Semasa senang dan semasa susah, semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa tua, semasa sihat ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ke dalam diri mereka seperti sifat rajin, tekun, sabar, rendah diri, tolong menolong dan sebagainya, sebaliknya kau buangkanlah sifat-sifat keji (mazmumah) yang ada pada diri mereka seperti sombong, ujub, riak, dan sebagainya dari diri mereka.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada anak didik kami agar mereka melakukan dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau disuruh oleh sesiapa.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka berjuang bersungguh-sungguh di dalam menghadapi peperiksaan yang akan dijalani. Jadikanlah mereka bukan sahaja pelajar yang cemerlang di dunia bahkan juga di akhirat nanti.

Ya Allah sebenarnya banyak lagi yang ingin kami minta, tetapi kami tidak pandai berdoa. Cukuplah apa yang nabi minta untuk kebaikan umatnya itu yang kami minta dan apa yang nabi minta jauhkan itu jualah yang kami minta jauhkan.

Rabbana….

keluarga di Pemenang

1. Pak long zainuddin
- rodziah
- lukman
- olea
- nazimah
- salmah
- samroh
- shahir
- zuriah

2. Pak ngah mokhtar
- khalifah
- sable
- yarisuni
- waheda
- ramlah
- jadawi

3. Maksu aishah
- norhayati
- samad
- timah
- minah
- somiyati
- kinah
- jawariah
- abu

20091007

FAIZ

Suasana biasa kalau budak2 ni balik kg.

20091006

Sekadar renungan

4 IBU UTAMA
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

  1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
  2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
  3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
  4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

20091005

CALVIN AND HOBBES












ada la sikit tempias2 cam anak2 buah aku..





















Tu yang aku admire sket citer calvin neh



































Diary memandu


Suatu hari yang agak unik untuk dikongsi bersama.
PERGI : lagi 5km nak sampai sekolah jam pun dah menunjukkan 7.32am. kami nampak 2 buah motor dengan 4 orang pelajar sekolah sedang membonceng. Apalah bebudak ni, patutnya 7.30 dorang ada perhimpunan. Ini 7.33 masih lagi 5km dari sekolah. Kawan aku ni pun tau kami pun dah lewat tapi saja je dia nak follow gak bebudak ni. Bebudak ni mula2 slowkan motor nak bagi kitorang potong tapi dorang mesti perasan kereta cikgu ni asyik follow dorang je. Then dorang memecut. Kami pun ikut jela. Sampai satu kampong KEDA, dorang masuk sana. Ntahla sampai skolah ke tidak. Takkan kami nak masuk sana. Jalan sana kecik n berliku-liku sikit.

BALIK : sampai jalan besar kami ikut satu keta iswara KBB neh dipandu oleh seorang pakcik yang teragak-agak laju. Tapi tak boleh nak laju mana gak sebab di depan dia ada bas sekolah. Tetiba kami nampak hujan yang agak lebat di depan. Pakcik ni memperlahankan keta dengan memberi signal kiri. Ingatkan nak berenti tapi tak. Kami pun confuse nak potong sebab sesekejap dia jadik laju gak. Then memang dia betul nak berenti barulah kami memotong dengan yakin. Makin lama hujan makin lebat dan disertai angin yang kuat. Dari cermin sisi nampakla KBB neh meneruskan perjalanan semula. Rupanya dia berenti sebab cari untuk on wiper tak jumpa. Sebab bila wiper dah terpasang baru dia jalan. Kami nampak hujan neh datang dari depan dibawa angin bukan datang dari atas sampaikan dalam kelajuan 40kmj pun langsung tak nampak apa2. ingatkan nak terus jugak tapi kami perasaan ada satu signal kiri macam berenti di tepi jalan. Rupanya bas pun dah berenti. Kawan aku pun terpaksa berenti. Dia pun tak sanggup tanggung risiko. Di depan tu ada selekoh tajam gak. Lebih baik bereti daripada jatuh masuk tasik tu. Dalam keadaan hujan dan ribut, ada satu keta dari belakang meneruskan perjalanan dengan selamba. Rupanya pakcik tadi .amboih. kemain dia. Bangga la dapat memotong vios dengan bas neh sekaligus.

Bila dah reda sket baru kami jalan, ikut bas then potong. Ada plak kami jumpa keta kancil accident dengan motor tersadai tepi jalan.macam kenal je keta tu. (bila dah jauh dalam 10km baru kami sedar kancil tu keta akak satu sekolah dengan kami)

Bila dah keluar jalan besar, perjalanan agak stabil. Hujan pun tak sekuat tadi. Renyai2 je. Tetiba kat depan ada plak keta berderetan. Oh. Ada pokok tumbang. Memang hujan dengan ribut tadi kuat sangat. Itula sampai pokok pun tumbang. Tapi nasib baik masa pokok tu tumbang takda keta yang lalu. Camana pun kami kena tunggu orang potong pokok tu dlu baru bleh jalan. Selang sebuah keta kancil di depan kami ialah keta KBB tadi. O. pakcik tadi rupanya. Bila pokok pun dah dipotong kami pun meneruskan perjalanan. Kancil tu dah memotong KBB. Tinggal la giliran kami. Hujan makin lama makin xde.wiper kami pun dah off.. KBB bagi signal kiri. Oh nak masuk kiri ke?.tak lama kemudian dia tukar sugnal kanan plak.oh dia silap bagi signal kot. Bukan nak masuk kiri tapi nak memotong. Itula dia punya ambitious kami pun puji.jalan kecik gini, dengan keta bertali arus di depan, awal2 lagi dia dah bagi signal nak memotong. Ok ok. Kami pun tak kisah. Tapi lama gak mengikut. Sampai part bleh potong pun dia tak potong2 gak. Apahalla pakcik. Then baru aku perasan bila signal kanan dia dah offkan. Dia punya wiper pun baru je berenti.
Kami gelak pecah perut. Rupanya dia nak cari part untuk off kan wiper. Itula pasal dia terpasang signal kiri kanan. Adoi...pakcik kami terpaksa take over lah. kalau tak, memang kami dua berserabut tengok pemanduan pak cik..tumpang lalu ye pak cik......

LAST MEMORY


Now is 2.00pm. Outside hostel, rain downpour make the weather really cool. Usually in this time I go to library but now, nothing I can do. I just hang my chain at the window and look at the rain drop by drop. Then the biology book attracted my attention. I grab and open it page by page not to do a homework but, just to exercise my fingers. Suddenly I saw my friend's letter. That is the last letter before she followed her husband to Sabah. That letter make my heart feel empty.
Arin is the oldest in family. She has three sisters and a brother. She is the best student in my school but since her father died, she stopped studying and worked at factory to help her family. She really want to continue her study but poorness stopped her. Then she never thought about that again. I don't believe when she told me by letter, her mother was not well so, they need to live with her aunt family. Only for few week after that they find out a husband for her. I knew she has no choice and she really don't want to burden her aunt family. She sacrifice her freedom in her young age.So poor Arin
My eye slowly in tears. I can't keep a sadness in my heart. I sobbed very hard. My friend, Aida was studying on her bed was shocked and quickly came to me. "What happen Adibah?" I embrace her with sobbed. "What happen to you?". I try to answer but only my hiccup is coming out. My heart really miss Arin. "She was died!. I never know she get a bone cancer!" I reply in hiccup. "who?" Aida wonder.

20091004

sayur berkhasiat

idup kat kg biasala....klu x ayam itik, mestilah pokok renek, rendang smua ada. kadang2 xsangka pokok yg kusangka rumput pun bleh makan...nasib baik masih ada bonda yg boleh tolong menterjemahkan rumput yg menyemak tu rupanya ada nama dan khasiatnya....kadang aku xtau khasiat pun, janji aku tau pokok2 tu selamat di makan cukuplah.
jom semak pokok2 yang menyemak tapi boleh makan rupanya
pokok panggil urat - bunga merah

lobak mak yong / sawi lang / sayur jepun ( kalau tak silap panggilannya masa aku tinggal di sabah)

pucuk kaduk

serimbun bayam

cemumar

cekur hitam

pokok akar som

taugeh cina......agak2 je - kalau salah tolong tunjukkan
to  be continued....