Kata kata Hikmat
KATA-KATA HIKMAT
1.     Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita. 2.     Lazimnya, kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian. 3.     Kata-kata hikmat merupakan sebahagian daripada peribahasa. 4.     Kata-kata himkat biasanya mempunyai maksud yang tersirat. 5.     Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan pendapat tokoh, negarawan, cendekiawan, dan sasterawan yang bijak pandai. 6.     Biasanya, kata-kata hikmat digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan.
CONTOH-CONTOH KATA HIKMAT
1. Bahasa Jiwa Bangsa -      Bahasa merupakan satu identiti atau lambing sesuatu negara
2. Bahasa Menunjukkan Bangsa –      Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya
3. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh –     Kita akan menjadi kuat sekiranya bersatu dan kita akan menjadi lemah jika kita     bercerai- berai.
4. Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa     Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada sekiranya bahasanya sudah tidak ditutur lagi
5. Kata Mesti Dikota –     Setiap janji hendaklah ditunaikan
6. Ilmu Pelita Hati -     Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan     manusia.
7. Masa Itu Emas -     Masa adalah sangat berharga
8. Membaca Jambatan Ilmu -     Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan
9. Otak Cerdas, Badan Cergas –     Kita dapat berfikir dengan baik dan sempurna jika mempunyai kesihatan yang baik
10. Pandu Cermat Jiwa Selamat –       Sekiranya kita memandu dengan berhati-hati, kemungkinan kita ditimpa        kemalangan adalah sedikit.
11. Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia –       Wanita yang secara umumnya bersifat malu dan lemah lembut, mampu       menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan negara.
12. Bertangguh Pencuri Masa –       Kerja bertangguh tidak membawa manfaat kepada diri sendiri
13. Ilmu Itu Pelita Hati –       Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang
14. Hidup Ini Adalah Suatu Perlumbaan –       Kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.
15. Kita Harus Memberi Dan Menerima –       Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan Bantu-membantu antara satu        sama lain
16. Kata-kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang        Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan menghiris perasaan seseorang
17. Muafakat Membawa Berkat –       Sesuatu perkara yang dilaksanakan atas persetujuan ramai akan membawa kebaikan

 









 

Published: 0000-00-00 Hit: 173 Laman Asal
Set semula kata laluan Facebook
   Hai Hafizah, Your Facebook password was reset using the phone number +60173510627 pada 4hb Februari 2018 jam 9.38 pagi (UTC+08).  Peranti: A606 Alamat IP: 123.136.106.244 Pembawa: U Mobile J .. ..
"Sasaran awal mungkin dianjak ke 20 September", kata Anwar
10 Sep 2008 11:15AMKETIKA tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan te .. ..
Kesalahan Istilah atau kata atau bahasa..?
a) Dari segi zahir, bangunan itu perlu dirobohkan kerana banyak tiang yang telah rosak dimakan oleh anai-anai. b) Anak jutawan terkenal itu diculik ketika semua orang sedang tidur pada malam itu denga .. ..