Wednesday, December 11, 2013

Malam berinai che ta

cntik warna baju die..eh macam same lak ngan warna sanding dulu..hehe







Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam tadi.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.







Menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.

Pasangan ini akan dinikahkan pada malam ini di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib. Memang benar kata orang, ini sememangnya perkahwinan janda termahal ! :P

No comments: